..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Wednesday, January 28, 2009

Bahagian Hal Ehwal Pelajar: Jangan Masuk Campur!

Pakatan Pro Mahasiswa UPM pada kali ini, menegaskan bahawa pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar tidak mempunyai hak dan autoriti untuk menentukan pelantikan Majlis Tertinggi MPP pada kali ini. Daripada sumber yang didapati, Pro Mahasiswa dimaklumkan hari ini, bahawa seorang pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, merupakan dalang yang mencemarkan nama baik universiti apabila cuba untuk masuk campur dalam urusan pelantikan MPP pada kali.

Daripada sumber tersebut, Pro Mahasiswa dimaklumkan bahawa seorang pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menyerahkan beberapa senarai nama untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi dalam pelantikan MPP pada kali ini kepada seorang calon Aspirasi, Pihak Pro Mahasiswa UPM, tidak teragak-agak untuk menuntut pihak universiti agar mengambil tindakan tatatertib sama ada dilucutkan jawatan ataupun dibuang terus daripada memegang jawatan di dalam Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM ke atas beliau.

Sekiranya perkara ini tidak diambil berat oleh universiti, secara tidak langsung akan merosakkan prestasi kepimpinan Mahasiswa yang menginginkan kebebasan dalam menentukan corak kepimpinan Mahasiswa yang sebenar. Tindakan ini seolah-olah memperlekehkan mahasiswa UPM yang juga merupakan pengundi semasa Pilihanraya Kampus yang lalu. Apakah makna sebuah Pilihanraya Kampus itu dijalankan sekiranya yang menentukan individu yang bakal memegang jawatan MPP itu adalah pegawai universiti yang langsung tidak berkelayakkan dan tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan ini?
Selain itu, pihak Aspirasi juga diingatkan supaya agar lebih berdikari dan bertindak dengan lebih matang dalam menentukan corak kepimpinan Mahasiswa pada kali ini. Strategi melobi dan merayu-rayu daripada pihak-pihak yang tidak mempunyai kaitan langsung dalam pelantikan jawatan Majlis Tertinggi dalam organisasi MPP pada kali ini, merupakan satu perbuatan yang sangat hina dan merupakan dosa yang sangat besar kepada keturunan mahasiswa. Perbuatan ini benar-benar mencabar kedudukan keseluruhan mahasiswa UPM yang juga merupakan pengundi semasa Pilihanraya Kampus yang lalu.

Pengerusi Pro Mahasiswa UPM, Mohd. Lukman Al Hakim ketika dihubungi berkata “Seorang pegawai menerima gaji untuk berkhidmat kepada mahasiswa, bukan melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan dan mencabar maruah mahasiswa, sekiranya perkara ini tidak diambil kisah oleh universiti, saya yakin dan percaya prestasi kepimpinan dan kedudukan universiti ini akan terus ketinggalan dan lesap di mata dunia. Kalau beginilah keadaannya, mengapa tidak suruh sahaja pegawai itu bertanding dalam pilihanraya kampus yang lepas? ” Tambahnya lagi dengan nada menyindir.

Maka dengan itu, Pro Mahasiswa UPM menyarankan, agar pihak universiti khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar membersihkan kembali nama baiknya, demi menjaga nama baik universiti sendiri. Demi mengangkat dan menjaga nama baik universiti, Pro Mahasiswa tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan undang-undang sekiranya perbuatan seperti ini diteruskan dan individu-individu yang terlibat tidak diambil tindakan.

3 comments:

Anonymous said...

setau aku memg mpp dah dicatur la.. korang budak pro-m x leh wat pe. w/pun diaorg buat meeting, tapi budak aspirasi dah di programkan untuk angkat tgn pada budak aspirasi ja..so kalo wat pengundian pon..korang pro-m akan kalah coz budak aspirasi lagi ramai untuk angkat tangan masa tue.. nasihat aku..korang dok je sekt. arkib tugas-tugas khas tu...tu je yang layak dengan korang..hahaha

x-aspirasi

Anonymous said...

Apa nak kisah sangat dengan MPP tu, bukan ada apa pun.. buat kerja perabih duit rakyat ada.. ni kejap lah ni nak p Hotel Mariot lah pula.. ada perjumpaan ngan najib...> Apa kes? Bodoh betul lah aku ngan budak Aspirasi ni....

Anonymous said...

yeke mcm tue...
ini tidak adil...dan ..
"ini seriuos...
kami dalam kesusahan..
WonderMahasiswa datang la membantu...

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox