..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Tuesday, January 13, 2009

Al Biruni Mula Mengadu!

Hari ini dan ketika ini, semua mahasiswa di kampus hijau ini sedar, bahawa sesungguhnya, kita tidak lagi bebas untuk bergerak aktif dalam hal ehwal kepimpinan mahasiswa, kerana penglibatan kita hanya dibataskan kepada program-program tertentu. Seperti pogram kolej, pogram Bhep dan sebagainya yang memerlukan kerahan tenaga mahasiswa. Mahasiswa terus diasak dan dipaksa untuk bergerak aktif dalam pogram-pogram kolej, dan merit merupakan syarat utama untuk seseorang itu untuk terus menginap di dalam kolej kediaman. Tidak cukup dengan itu, setiap hari sabtu, kita dipaksa lagi untuk menghabiskan masa kita dalam hal ehwal kokurikulum yang dikatakan satu modul yang hebat dalam membina disiplin dan kepimpinan mahasiswa. Maka akhirnya, jawapan gembira bertukar duka, apabila pada tahun lalu Kelab Al Biruni telah diasak dengan soalan bertalu-talu di atas kejatuhan yang teruk dan sangat mengecewakan keputusan markah peperiksaan pelajar kemasukan sesi 2007/2008 pada semester kedua.
Seorang pemimpin Kelab Al Biruni menyatakan, bahawa pelbagai pihak datang bertanya dan kepada mereka, apakah sebab yang membawa kepada kejatuhan prestasi keputusan peperiksaan Mahasiswa. Mungkin kerana ingin menjaga hati dan perasaan, maka mereka hanya mendiamkan diri, dan menyatakan "Mereka belum mengenal pasti apakah puncanya".
Di sepanjang penelitian Pro Mahasiswa, inilah realiti yang berlaku di kampus hijau ini:
Suasana kampus ibarat pasar malam, dengan suasana riuh bergembira, kenduri-kendara, di kawasan kolej, mahupun di kawasan sekitar kampus.

Inilah Universiti Putra Malaysia yang kita agung-agungkan!
Ayuh Mahasiswa, kita perlu mengubah keadaan, bukan menafikan kepentingan melaksanakan pogram, namun perlunya batasan tertentu, kerana kita adalah mahasiswa yang sedang menuntut ilmu, kita perlukan persekitaran yang tenang dan memberi tumpuan yang lebih banyak kepada akademik.


0 comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox