"Poster dan banner tidak dibenarkan dalam prk kali ni. Calon hanya dbenarkan turun dari bilik ke bilik dari jam 8pg hingga 12mlm sepanjang kempen rasmi nanti", maklumat daripada seorang informer (Mr X) staf HEP UPM yang berkaca mata melalui sms ini amat menggemparkan. Tambahnya lagi, sepanjang tempoh kempen rasmi yang dijadualkan pada 16, 17 dan 18 januari akan datang, pengarahan terhadap MTM kolej untuk membuat tinjauan di kolej bagi memastikan tiada sebarang bahan kempen berbentu material digunakan. Walaupun peraturan rasmi belum dikeluarkan, namun maklumat yang diterima ini jelas menunjukkan pelbagai perancangan jahat BHEP telah disusun bagi mengelakkan kemenangan calon-calon pro mahasiswa.
Pro mahasiswa melihat peraturan baru yang ditetapkan dalam pilihan raya kali ini seolah-olah menafikan hak mahasiswa untuk memilih calon terbaik. Calon yang bertanding di dalam pilihan raya kali ini tidak dapat menjalankan kempen dengan sebaiknya. Kempen rasmi yang dijadualkan pada hari sabtu dan ahad yang merupakan hujung minggu itu menyukarkan calon bersua muka dengan pengundi. Ketidakadilan ini jelas menunjukkan ketidaktelusan dalam pilihan raya kali ini.
PAKATAN PROMAHASISWA UPM
0 comments:
Post a Comment