..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Sunday, January 11, 2009

Pro Mahasiswa Membela Naib Canselor

Pakatan Pro Mahasiswa UPM, menegaskan akan terus membela kedudukan Profesor Dato’ Dr. Nik Mustapha Bin Raja Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Kenyataan ini timbul apabila terdapat sumber yang mengatakan bahawa telah berlaku masalah dalaman dalam pengurusan Universiti apabila ada pihak yang cuba untuk merampas jawatan ini secara halus dengan bersikap mesra dan baik di hadapan, tetapi di belakang dengan begitu bijak mengatur langkah dan strategi untuk mendapatkan jawatan tersebut. Ibarat pepatah melayu “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”

Pro Mahasiwa tidak teragak-agak untuk bertindak dan terus membela perjuangan Naib Canselor UPM yang begitu dihormati dan disegani ramai. Sikap dan akhlak kepimpinan yang jelas menggambarkan keperibadian beliau sebagai golongan bijak dalam mengatur strategi dalam membawa nama UPM ke peringkat antarabangsa. Sikap mesra dan mudah untuk didekati menyebabkan pihak Pro Mahasiswa begitu menghormati beliau dalam sebarang urusan berhubungkait dengan perkara-perkara yang membabitkan mahasiswa.

Walaubagaimanapun, hasil daripada sumber yang didapati, masalah yang sekian timbul di dalam kampus ini bukanlah berpunca daripada pengurusan Naib Canselor, sebaliknya dilakukan oleh individu yang melaksanakan gerak-kerjanya untuk menjatuhkan beliau dengan menggunakan kuasa dan pengaruh daripada pemimpin politik. Kejatuhan kepimpinan Mahasiswa yang berlaku di kampus ini adalah berpunca daripada individu yang bersifat kukuh besi dan adakalanya sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan hasrat beliau. Daripada isu pembuangan kolej, pelancongan yang berupa sogokan, kenaikan harga makanan, penghapusan gelaran Mahasiswa yang digantikan dengan nama “Pelajar”, penggantungan Mahasiswa tanpa sebab, serbuan ke bilik tanpa surat kuasa, serbuan ke bilik siswi dengan melampaui batasan agama, kumpulan pelajar samseng “Harimau Maut” yang sering melakukan masalah semasa pilahanraya kampus dan sebagainya merupakan antara agenda yang cuba dibawakan oleh individu ini, sehinggakan terdapat di kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang hadir dan mengadu bahawa kelemahan dan kegagalan perancangan MPP lepas adalah disebabkan oleh tindakan beliau yang begitu mengongkong Mahasiswa untuk bertindak dan bersuara. Malahan, ada juga di antara mereka yang diberi amaran dan ditegur kerana terlalu lancang mengkritik dan menyuarakan pendapat berhubung dengan kes kebajikan Mahasiswa.

Seterusnya, pihak Pro Mahasiswa juga mendapat pelbagai sumber daripada tenaga kerja pentadbiran UPM, untuk membawa perkara ini ke peringkat atasan. Antara aduan yang diterima ialah, ramai di kalangan mereka yang terpaksa tunduk dan menurut apa sahaja yang dikatakan oleh individu ini. Sekiranya ingkar, akibatnya akan dipindahkan, ataupun diturunkan pangkat, malahan ditengking tidak tentu pasal. Sehingga kini, terdapat beberapa staf yang terpaksa meninggalkan bangunan pentadbiran UPM semata-mata sifat kukuh besi yang diamalkan oleh individu ini. Adakalnya, terdapat juga di antara staf yang bukan daripada pentadbiran UPM, memberontak dan cuba untuk membaling beliau dengan kerusi kerana tindakan beliau melampaui batas untuk mengongkong aktiviti dan pergerakan mahasiswa.

Berita mengenai perpindahan individu ini ke kolej swasta menyebabkan kegembiraan di kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar akhirnya bertukar menjadi suram apabila beliau cuba untuk terus bertahan dan menyambung kontrak perkhidmatannya melalui hubungannya dengan pemimpin politik tertentu dan terus berusaha untuk merebut jawatan sebagai Naib Canselor di kampus ini. Dengan itu, beberapa aduan telah diterima oleh Pro Mahasiswa daripada tenaga kerja UPM, mahupun di kalangan Mahasiswa untuk membawa isu ini untuk dibawa ke peringkat atasan.

Pemimpin Pro Mahasiswa ketika dihubungi berkata, “Kita akan menggunakan segala ruang yang ada untuk menyuarakan perkara ini, tidak kiralah melalui badan kerajaan, mahupun di pihak pembangkang, kerana sebagai orang yang bijak,kita akan menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada, kita tidak mahu suasana keintelektualan di kampus ini bertukar menjadi buruk kerana tindakan golongan seperti ini, dan apa yang paling penting kita mahu seluruh Mahasiswa di kampus ini menyokong agar Profesor Dato’ Dr Nik Mustapah meneruskan perkhidmatannya di kampus ini”

0 comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox