Pakatan Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (Pro M UPM) melahirkan rasa terkilan dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM di dalam akhbar kosmo sebagai maklum balas terhadap penghantaran memorandum membantah peraturan yang digunakan dalam pilihan raya kampus kali ini
"ini bukan satu pilihan raya yang besar. ia sekadar pemilihan wakil pelajar sahaja dan memadailah peluang yang diberikan" kata datuk NC.
Mahasiswa melihat pernyataan yang dikeluarkan itu seolah-olah menganggap mahasiswa hanya seperti pelajar sekolah rendah dan proses pemilihan mpp adalah bagaikan pemilihan kelas semata. kekesalan ini dilahirkan oleh jurucakap Pro-Mahasiswa, Mohd Lukman Al hakim b Low Abdullah dalam satu pertemuan pagi tadi.
"kami bukan budak kecil atau pelajar sekolah rendah. dan pemilihan MPP bukan sekadar pemilihan biasa. Pernyataan yang dikeluarkan oleh Datuk NC seolah-olah kami tiada harga diri dan terlalu lemah. Saya memohon penjelasan daripada Datuk NC, Siapakah kami di mata NC?".
Menurut saudara Lukman lagi, beliau bercadang akan bertemu muka dengan Datuk NC sendiri bagi mendapatkan penjelasan mengenai pernyataan tersebut.
0 comments:
Post a Comment