..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Saturday, January 17, 2009

KENYATAAN AKHBAR

berhubung

PEMBATALAN KELAYAKAN SEBAGAI CALON

PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

PENDAHULUAN


Proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sesi 08/09 memperlihatkan pelbagai kezaliman dan penyalahgunaan kuasa terhadap calon-calon bukan tajaan universiti. Bentuk-bentuk kezaliman yang dilakukan adalah berhubung dengan peraturan yang diperuntukkan di dalam tatacara pemilihan yang menjadi undang-undang utama dalam proses pemilihan kali ini. pihak Jawatankuasa Pelaksana Pilihanraya (JKP) dengan sesuka hati menggunakan peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam tatacara ini untuk menghilangkan kelayakan calon-calon daripada Pro-Mahasiswa UPM


KES 1 : PEMBATALAN KELAYAKAN BERTANDING TERHADAP 8 CALON


Pembatalan yang diterima oleh 8 calon Pro-Mahasiswa termasuk saudara Mohd Lukman Al-Hakim B Low Abdullah dengan alasan kegagalan melengkapkan borang pencalonan dengan selengkapnya walaupun kesilapan itu berpunca daripada kesilapan pemakluman daripada pegawai JKP sendiri. Pembatalan ini termansuh setelah rayuan yang dibuat diterima.


KES 2 : PEMBATALAN KEDUA TERHADAP SAUDARA LUKMAN AL-HAKIM


Pembatalan kedua ini berhubung bantahan yang dibuat oleh seorang calon berhubung kegagalan Saudara Lukman Al-hakim untuk menafikan salah seorang mahasiswa yang mengaku sebagai pencadang beliau dalam satu sesi taklimat calon bersama pencadang calon. Bantahan ini ditolak setelah pengadu gagal membuktikan kesahihan aduan.


KES 3 : PEMBATALAN KETIGA TERHADAP SAUDARA LUKMAN AL-HAKIM


Pembatalan ketiga ini diterima berhubung bantahan yang dibuat terhadap beliau di atas tindakan beliau mengoyak satu notis yang dikeluarkan oleh JKP walaupun terdapat keraguan dalam membiktikan kesahiahn notis tersebut daripada JKP. Tiada rayuan dibuat terhadap bantahan ini.


Perkara tersebut di atas dan surat bertarikh 17/01/09 daripada jawatan kuasa induk (JKI) Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) University Putra Malaysia (UPM)08/09 adalah dirujuk.


Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin mencabar kesahan terhadap keputusan JKI untuk membatalkan pencalonan saya menerusi surat makluman mereka bertarikh 17/01/2009.

Alasan-alasan tindakan saya adalah:-


1. Merujuk kepada keseluruhan kandungan tatacara pemilihan MPP UPM 08/09 (setakat 08/01/09) didapati bahawa tiada tafsiran Jawatankuasa Pemantau (JKP) sebagaimana yang dinyatakan di dalam kandunagn surat tersebut. Oleh yang demikian, saya memohon agar pihak tuan menjelaskan kepada saya secara bertulis mengenai apa yang dimaksudkan dengan Jawatankuasa Pemantau.

2. Sekiranya merujuk kepada tatacara 32(1), peruntukan yang tersedia hanyalah sekadar membuat pemantauan dan pengawasan sahaja dan ini tidaklah termasuk bidangkuasa membuat aduan sehingga boleh membatalkan sesuatu pencalonan. Selain itu, saya menyatakan behawa peruntukan ini masih lagi gagal menjelaskan dan/atau mendefinisikan maksud dan/atau bidangkuasa Jawatankuasa Pemantau sebagaimana kandungan surat tersebut.

3. Saya tidak menafikan bahawa pihak JKI mempunyai bidangkuasa sebagaimana tatacara 6(7)(a)(vii). Walaubagaimanapun, saya memohon penjelasan atau pertimbangan pihak tuan mengenai tatacara 6 secara keseluruhannya bahawa setiap keputusan JKI perlu diputuskan sekurang-kurangnya oleh satu pertiga keanggotaan dan bukanlah bergantung kepada satu kuasa muktamad oleh pengerusi JKI (dalam erti lain dengankata lain kuasa veto dan/atau kuasa penentu).

4. Seterusnya, tiada istilah dan/atau kejadian mengganggu tugas mana-mana pegawai dan/atau JKP sepertimana yang dinyatakan. Ini adalah kerana, segala maklumat telah dapat diakses dan/atau disampaikan kepada massa. Selain itu, notis yang dikoyakkan (sekiranya benar sperti dakwaan) adalah bukan yang terkini dan/atau terbaru bagi menyampaikan sebarang maklumat kerana terdapat notis-notis terkemudian yang lebih terkini dan/atau terbaru.

5. Saya juga menyatakan pembatalan ini memprejudiskan pencalonan saya sebagai calon wakil pelajar di mana salinan aduan bertulis tidak diserahkan kepada saya. Malah, saya tidak diberi peluang langsung untuk menjelaskan kedudukan saya di dalam hal ini. Pembatalan ini diterima secara tiba-tiba dan saya tidak mempunyai asas pengetahuan tentang dakwaan ini.

6. Aduan ini antara lain adalah tidak jelas di mana butir-butir aduan seperti masa, pengadu dan kandungan tidak dijelaskan dan/atau dimaklumkan kepada saya. Sekali lagi aduan ini telah memprejudiskan saya di mana saya tidak mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai butiran aduan.


Sehingga penjelasan lanjut mengenai perkara-perkara yang disentuh sebagaimana kenyataan lanjut mengenai perkara-perkara yang disentuh sebagaimana kenyataaan di atas, saya berpendapat bahawa pembatalan pencalonan saya adalah tidak sah dan terbatal kerana gagal mematuhi peruntukan-peruntukan di dalam tatacara dan selnjutnya gagal memberikan penjelasan lanjut mengenai kelompangan (lacuna) di dalam tatacara yang sama.

KES 4 : PEMBATALAN TERHADAP SAUDARI NOR AZHANI BT ABDUL RAHMAN


Pembatalan kelayakan bertanding ini berhubung kegagalan saudari Nor azhani untuk mengikut tatacara yang ditetapkan iaitu telah menggunakan bahan kempen berbentuk gambar yang ditampal pada kenderaan persendiriannya. Rayuan telah dibuat namun rayuan tersebut ditolak.


Alasan pembatalan ini adalah kerana setelah merujuk kepada 31 (4), didapati bahawa saya menjalankan perarakan. Mengikut maksud biasa (common usage) bagi perarakan adalah sekumpulan manusia berjalan bersama-sama di dalam suatu barisan.


Tetapi di dalam kejadian ini, saya hanya berdua dengan pencadang saya di dalam perjalanan pulang ke kolej dan bukan atas niat untuk berarak atau sebaliknya sebagaimana yang diertikan oleh maksud perarakan di dalam penggunaan biasa seharian.

Seterusnya saya juga merujuk kepada 35(2), mengenai penggunaan kempen secara bercetak atau elektronik. Saya menjelaskan bahawa kenderaan tersebut adalah milik persendirian saya yang mana pada sebarang masa tidak bertujuan untuk digunakan bagi maksud berkempen sebagaimana yang dimaksudkan oleh penggunaan biasa maksud ‘kempen’ sepertimana 35(2).


Seterusnya, saya mohon merujuk kepada tatacara pemilihan MPP UPM 08/09 (setakat 08/01/09) secara keseluruhannya saya mendapati bahawa tiada sebarang klausa atau peruntukan yang menyatakan atau menjelaskan bidang kuasa Jawatankuasa Pemantau (sepertimana kandungan surat jawatankuasa pilihanraya bertarikh 17/01/09).


PENUTUP

Kami juga melahirkan kekesalan dimana pihak pentadbiran university gagal/enggan/cuai dan/atau/abai memberikan akses kepada para pelajar UPM mengenai keberadaan perlembagaan Universiti Putra Malaysia 1998(P.U(A)106/98) dan kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib pelajar-pelajar 2005). Undang-undang ini merupakan ‘Priciple Law’ yang mana tatacara pemilihan perlu ditafsir/disilang rujuk sepertimana yang dinyatakan didalam beberapa peruntukan yang tersedia didalam tatacara yang sama.

Ini merupakan suatu penafian university terhadap hak-hak asasi manusia iaitu, hak untuk mendapatkan informasi/pelajaran sebagaimana termaktub didalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Ini juga bertentangan dengan prinsip ‘Declaration of Human Right’.

Terakhirnya kami memohon pihak JKNCBRP dan/atau mana-mana pihak berwajib university memberikan penjelasan lanjut secara bertulis atau penerangan umum tentang isu-isu dan permasalahan yang timbul.

Sehingga sebarang penjelasan dibuat, kami menegaskan bahawa pembatalan kami adalah tidak sah danterbatal kerana gagal mematuhi tatacara dan/atau mana undang-undang yang terpakai.


PAKATAN PRO-MAHASISWA UPM

0 comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox