KALENDAR 2009
Thursday, January 22, 2009
ERA PERJUANGAN BELUM SELESAI
Perjuangan dalam menyuarakan dan meletakkan kepentingan mahasiswa di tempat teratas sebagai perkara utama di kampus UPM tidak hanya terhenti dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. kuasa mahasiswa dibuktikan dengan tangan-tangan mahasiswa sendiri dalam pilihan raya kampus baru-baru ini walaupun terpaksa berdepan dengan sistem perlaksanaan pilihan raya yang penuh dengan ketidakadilan dan pencabulan dalam demokrasi kampus UPM.
Secara realiti, pro-mahasiswa UPM telah layak memegang kabinet MPP UPM kerana telah memenangi 9 daripada kerusi bebas dalam MPP seperti mana yang diamalkan di kampus-kampus lain iaitu pakatan yang memenangi majoriti kerusi bebas akan memegang "board" tertinggi MPP.
Hari ini, Pakatan Pro mahasiswa UPM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua mahasiswa yang telah membuat pilihan terbaik dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. anda telah memilih duta-duta anda dalam melaksanakan urusan-urusan anda sepanjang bergelar mahasiswa di UPM.
Bagi kami dari pakatan pro mahasiswa UPM..kemenangan baru-baru ini bukan beerti perjuangan kami telah tamat, namun kemenangan baru-baru ini membawa kami ke era perjuangan baru iaitu era mengisi kemenangan dalam meletakkan kepentingan mahasiswa sebagai yang utama di kampus UPM.
salam perjuangan serata kampus..
KAMPUS MILIK MAHASISWA!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sy ucap slmt membentuk kabinet. tp wpun mjdi kebiasaan uni lain kerusi bebas jd sandaran utk pegang kuasa ttinggi. tp kalu baca peruntukan dlm auku, ia tiada beza dgn kerusi faklti.sapa2 bleh pegang top 5. bincg baik2. yg penting kesyumulan islam tetap terpelihara.kebajkan pljr terjaga.Allahuakbar!
budak law.
o... macam tue ke...
apapun saya pasti kebenaran selalu diketepi demi kepentingan...
apa yang penting?...
"kerjasama" ........
maju pro-M...
kanak-kanak riang UPM =]
Oi, budak2 sialan pro mahasiswa... jangan cari pasal!
Post a Comment