Khamis ,08/01/2009 - Pergerakan Hamas hari ini sangat menghargai langkah “berani” Presiden Venezuela , Hugo Chavez yang menghalau duta Israel ke Caracas sebagai bantahan pembunuhan beramai-ramai Israel di Semenanjung Gaza. Dalam satu siaran akhbar pergerakan itu berkata Chavez telah memulakan satu langkah di mana negara-negara Arab yang memelihara hubungan dengan Israel tidak berani melakukannya.
Adalah menjadi kejutan bagi sesetengah negara Arab yang masih berkeras mengatakan hubungan diplomatik dengan Israel dikekalkan walaupun pertumpahan darah sedang berlaku di Gaza. Caracas telah menegaskan duta Israel dan enam diplomat lain di kedutaan Israel adalah persona non grata (penolakan akreditasi diplomat di negara penerima). Israel bertindak balas dengan menyingkirkan duta Venezuela di Tel Aviv.

0 comments:
Post a Comment