..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Friday, January 30, 2009

Kejatuhan MPP UPM: Kerja Siapa?

Saban hari kita dikhabarkan dengan berita yang menyebabkan penyakit kemurungan dan ketakutan kepada Ahli pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar. Apa yang perlu untuk kita jadikan satu pengajaran yang jelas, ialah akan kegagalan pembawaan agenda yang digariskan oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPM di zaman doktrin mengikut dan tunduk sahaja perkara-perkara dan dasar-dasar yang lebih kepada mengugut dan mengancam Mahasiswa UPM daripada bangkit untuk bersuara. Ugutan buang kolej sering dijadikan hidangan kepada Mahasiswa, namun perkara ini akhirnya berjaya diatasi oleh Pro Mahasiswa UPM.

Banyak perkara sebenarnya yang menjadi persoalan kepada Mahasiswa mengapa perkara yang kecil yang sepatutnya boleh diperjuangkan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, namun seolah-olah perkara ini langsung tidak diambil kisah mahupun tidak kelihatan akan tindakan daripada MPP untuk bertindak dan terus membela nasib penuntut Universiti Putra Malaysia yang kita cintai ini.

Benar, tidak dinafikan Majlis Tertinggi Mahasiswa lebih dikenali berbanding ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Apakah MPP tidak bersikap mesra rakyat, ataupun tidak melakukan apa-apa untuk Mahasiswa UPM. Mengikut pemerhatian, tahap kepimpinan MPP UPM menjunam ke peringkat yang paling bawah di sejak kenaikkan Prof. Azali Mohammad sebagai Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni.
Beberapa serbuan daripada bilik ke bilik tanpa mengira batasan Hak Asasi Manusia, pejuang-pejuang Mahasiswa terus-menerus diancam dengan pelbagai ugutan dan diasak dengan pelbagai soalan di bilik-bilik pengetua kolej kediaman, mahupun di Makamah Universiti secara amnya. Malahan, yang paling membangkitkan kemarahan Mahasiswa apabila tindakan rombongan Prof Azali Mohammad menyerbu kamar-kamar kediaman siswi di kolej-kolej kediaman untuk mendapatkan bukti dan menghapuskan segala gerakan membela nasib Mahasiswa Universiti Putra Malaysia.

Satu perkara yang benar-benar mencabar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia iaitu Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, apabila tindakan Prof. Azali Mohammad, meluluskan sebuah pogram yang dinamakan sebagai Kursus Pemantapan Kolej yang diadakan di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada Tahun lalu, yang bercorakkan doktrinisasi kepada peserta-peserta yang kebanyakkannya adalah pelajar-pelajar junior UPM. Berdasarkan bukti yang sahih, semasa kursus ini dijalankan iaitu bersempena dengan bulan ramadhan, peserta-peserta pogram tidak mendirikan solat terawih kerana terpaksa mengikuti sesi bersama TNC dan pengetua-pengetua kolej kediaman. Selain daripada mandi dan berseronok bersama-sama di dalam kolam renang antara lelaki dan wanita di siang hari. Berdasarkan sumber yang lain, para peserta mengadu bahawa pogram itulah tidak bersangkut paut dengan pengurusan kolej, malahan lebih kepada menyokong pembawaan Aspirasi selama ini. Dan mengajak untuk menyokong calon-calon Aspirasi semasa pilihanraya kampus yang juga akan diadakan dalam bulan tersebut.

Manakala pada tahun ini pula, sekali lagi pogram seperti ini dianjurkan yang dinamakan sebagai Perhimpunan Patriotisme Remaja. Setiap peserta disogokkan dengan wang ringgit sebanyak RM50.00, malahan ada juga yang mencecah sehingga RM300.00. Walaubagaimanapun, kesan daripada perhimpunan ini dianggap gagal mencapai objektif berdasarkan penilaian kekalahan Aspirasi dalam kerusi umum dalam pilihanraya kampus baru-baru ini. Selain itu, percutian ke Pulau Pangkor calon-calon Aspirasi pada tahun ini juga sekali lagi menampakkan betapa kekejaman demi kekejaman dilakukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar di bawah Prof. Azali Mohammad sebagai Timbalan Naib Canselor yang sepatutnya wajib untuk bersikap adil dan demokrasi sebagai individu yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, pada tahun ini. Pro Mahasiswa UPM, menyifatkan perbuatan ini sebagai satu perbuatan yang paling teruk dan sepatutnya tidak menjadi pengamalan kepada golongan akademik yang perlu bersikap rasional dan bijak dalam melahirkan pemimpin Mahasiswa pada masa akan datang. Selain itu, perbuatan ini akhirnya menyebabkan Pilihanraya Kampus UPM 2009, berada di takuk yang paling bawah dan secara tidak langsung telah menconteng arang nama baik Universiti Putra Malaysia secara amnya.

Secara jelasnya, perjuangan dan dasar yang dijalankan oleh Prof. Azali Mohammad dalam menerajui Bahagian Hal Ehwal Pelajar selama ini, semakin hari menunjukkan keberjayaannya, dengan hilangnya roh semangat kepimpinan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar di kampus hijau yang kita cintai ini. Ini merupakan satu malapetaka yang maha dasyat menimpa dunia kehidupan Mahasiswa UPM. Penderhakaan kumpulan Aspirasi kepada Mahasiswa UPM merupakan satu dosa yang paling besar kepada keturunan Mahasiswa UPM sehinggalah ke saat ini. Dengan itu, kemaraan Pro Mahasiswa UPM dengan menggadaikan segala apa yang ada, demi menuntut dan melakukan satu perubahan dalam melihat kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UPM, menjadi sebutan di mata dunia. Biarlah segala fitnah datang melanda, kami menganggap itu sebagai dugaan dan cabaran untuk kami tempuhi, demi melihat senyuman Mahasiswa UPM kembali tercipta. Salam Perjuangan Buat Semua.

Wednesday, January 28, 2009

Bahagian Hal Ehwal Pelajar: Jangan Masuk Campur!

Pakatan Pro Mahasiswa UPM pada kali ini, menegaskan bahawa pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar tidak mempunyai hak dan autoriti untuk menentukan pelantikan Majlis Tertinggi MPP pada kali ini. Daripada sumber yang didapati, Pro Mahasiswa dimaklumkan hari ini, bahawa seorang pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, merupakan dalang yang mencemarkan nama baik universiti apabila cuba untuk masuk campur dalam urusan pelantikan MPP pada kali.

Daripada sumber tersebut, Pro Mahasiswa dimaklumkan bahawa seorang pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menyerahkan beberapa senarai nama untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi dalam pelantikan MPP pada kali ini kepada seorang calon Aspirasi, Pihak Pro Mahasiswa UPM, tidak teragak-agak untuk menuntut pihak universiti agar mengambil tindakan tatatertib sama ada dilucutkan jawatan ataupun dibuang terus daripada memegang jawatan di dalam Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM ke atas beliau.

Sekiranya perkara ini tidak diambil berat oleh universiti, secara tidak langsung akan merosakkan prestasi kepimpinan Mahasiswa yang menginginkan kebebasan dalam menentukan corak kepimpinan Mahasiswa yang sebenar. Tindakan ini seolah-olah memperlekehkan mahasiswa UPM yang juga merupakan pengundi semasa Pilihanraya Kampus yang lalu. Apakah makna sebuah Pilihanraya Kampus itu dijalankan sekiranya yang menentukan individu yang bakal memegang jawatan MPP itu adalah pegawai universiti yang langsung tidak berkelayakkan dan tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan ini?
Selain itu, pihak Aspirasi juga diingatkan supaya agar lebih berdikari dan bertindak dengan lebih matang dalam menentukan corak kepimpinan Mahasiswa pada kali ini. Strategi melobi dan merayu-rayu daripada pihak-pihak yang tidak mempunyai kaitan langsung dalam pelantikan jawatan Majlis Tertinggi dalam organisasi MPP pada kali ini, merupakan satu perbuatan yang sangat hina dan merupakan dosa yang sangat besar kepada keturunan mahasiswa. Perbuatan ini benar-benar mencabar kedudukan keseluruhan mahasiswa UPM yang juga merupakan pengundi semasa Pilihanraya Kampus yang lalu.

Pengerusi Pro Mahasiswa UPM, Mohd. Lukman Al Hakim ketika dihubungi berkata “Seorang pegawai menerima gaji untuk berkhidmat kepada mahasiswa, bukan melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan dan mencabar maruah mahasiswa, sekiranya perkara ini tidak diambil kisah oleh universiti, saya yakin dan percaya prestasi kepimpinan dan kedudukan universiti ini akan terus ketinggalan dan lesap di mata dunia. Kalau beginilah keadaannya, mengapa tidak suruh sahaja pegawai itu bertanding dalam pilihanraya kampus yang lepas? ” Tambahnya lagi dengan nada menyindir.

Maka dengan itu, Pro Mahasiswa UPM menyarankan, agar pihak universiti khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar membersihkan kembali nama baiknya, demi menjaga nama baik universiti sendiri. Demi mengangkat dan menjaga nama baik universiti, Pro Mahasiswa tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan undang-undang sekiranya perbuatan seperti ini diteruskan dan individu-individu yang terlibat tidak diambil tindakan.

Thursday, January 22, 2009

ERA PERJUANGAN BELUM SELESAI


Perjuangan dalam menyuarakan dan meletakkan kepentingan mahasiswa di tempat teratas sebagai perkara utama di kampus UPM tidak hanya terhenti dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. kuasa mahasiswa dibuktikan dengan tangan-tangan mahasiswa sendiri dalam pilihan raya kampus baru-baru ini walaupun terpaksa berdepan dengan sistem perlaksanaan pilihan raya yang penuh dengan ketidakadilan dan pencabulan dalam demokrasi kampus UPM.

Secara realiti, pro-mahasiswa UPM telah layak memegang kabinet MPP UPM kerana telah memenangi 9 daripada kerusi bebas dalam MPP seperti mana yang diamalkan di kampus-kampus lain iaitu pakatan yang memenangi majoriti kerusi bebas akan memegang "board" tertinggi MPP.

Hari ini, Pakatan Pro mahasiswa UPM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua mahasiswa yang telah membuat pilihan terbaik dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. anda telah memilih duta-duta anda dalam melaksanakan urusan-urusan anda sepanjang bergelar mahasiswa di UPM.

Bagi kami dari pakatan pro mahasiswa UPM..kemenangan baru-baru ini bukan beerti perjuangan kami telah tamat, namun kemenangan baru-baru ini membawa kami ke era perjuangan baru iaitu era mengisi kemenangan dalam meletakkan kepentingan mahasiswa sebagai yang utama di kampus UPM.

salam perjuangan serata kampus..
KAMPUS MILIK MAHASISWA!!!

Monday, January 19, 2009

Keputusan rasmi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 08/09

Pro mahasiswa telah menghantar 11 kerusi calon bebas dan 7 kerusi calon fakulti.

CALON BEBAS (MENANG)

1- Afifah bt Mohd Rodzi (8306 undi)
2- Nor Farhana Farzieana bt Azmi (8831 undi)
3- Abdul Razak b Omar @ Che Othman (6956 undi)
4- Ainur Atiqah bt Amid (6708 undi)
5- Jalilah bt Towkuman (8918 undi)
6- Siti Fasihah bt Zahari (7739 undi)
7- Nur Shahida bt Shahari (8364 undi)
8- Siti Aishah bt Mohd Dani (9080 undi)
9- Nur Shafiqa bt Mohd Ali (8387 undi)

CALON FAKULTI (MENANG)

1- Nurul Hidayah bt Ibrahim (Fakulti Pertanian)
2- Nur Ruqaiyah bt Abdul Rahman (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi)
3- Nor Roslina bt Rosalan (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan)
4- Fatanah bt Deraman (Fakulti Sains)

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada kami.

Saturday, January 17, 2009

MAHASISWA UPM MENOLAK TATACARA PEMILIHAN MPP UPM

Dalam satu sidang media yang diadakan di UPM pada ekitar jam 11 pagi, 18 jan 09, mahasiswa UPM menyatakan penolakan terhadap penggunaan tatacara pemilihan majlis perwakilan pelajar (MPP) UPM 08/09 yang menjadi peraturan utama dalam pilihan raya kampus kali ini.

menurut jurucakap Pro-mahasiswa UPM, saudara Mohd Lukman Al-Hakim b Low Abdullah, tatacara yang digunakan kali ini bersifat kuku besi yang mana menyekat kebebasan mahasiswa bagi menjalankan kempen dalam pilihan raya kali ini.

Beliau yang telah dibatalkan pencalonan sebanyak 3 kali menegaskan bahawa pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan (JKP) sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa dalam mentafsirkan peruntukan yang terdapat dalam tatacara tersebut.

turut bercakap dalam sidang media itu adalah saudari Nur Azhani Abd Rahman yang juga dibatalkan kelayakan bertanding dalam pilihan raya kali ini atas tuduhan melanggar tatacara pemilihan yang ditetapkan.

sidang media yang dihadiri oleh hampir 100 orang penyokong Pro-Mahasiswa UPM itu diakhiri dengan aksi memijak dan membakar naskah tatacara tersebut sebagai simbolik terhadap penolakan tersebut


KENYATAAN AKHBAR

berhubung

PEMBATALAN KELAYAKAN SEBAGAI CALON

PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

PENDAHULUAN


Proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sesi 08/09 memperlihatkan pelbagai kezaliman dan penyalahgunaan kuasa terhadap calon-calon bukan tajaan universiti. Bentuk-bentuk kezaliman yang dilakukan adalah berhubung dengan peraturan yang diperuntukkan di dalam tatacara pemilihan yang menjadi undang-undang utama dalam proses pemilihan kali ini. pihak Jawatankuasa Pelaksana Pilihanraya (JKP) dengan sesuka hati menggunakan peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam tatacara ini untuk menghilangkan kelayakan calon-calon daripada Pro-Mahasiswa UPM


KES 1 : PEMBATALAN KELAYAKAN BERTANDING TERHADAP 8 CALON


Pembatalan yang diterima oleh 8 calon Pro-Mahasiswa termasuk saudara Mohd Lukman Al-Hakim B Low Abdullah dengan alasan kegagalan melengkapkan borang pencalonan dengan selengkapnya walaupun kesilapan itu berpunca daripada kesilapan pemakluman daripada pegawai JKP sendiri. Pembatalan ini termansuh setelah rayuan yang dibuat diterima.


KES 2 : PEMBATALAN KEDUA TERHADAP SAUDARA LUKMAN AL-HAKIM


Pembatalan kedua ini berhubung bantahan yang dibuat oleh seorang calon berhubung kegagalan Saudara Lukman Al-hakim untuk menafikan salah seorang mahasiswa yang mengaku sebagai pencadang beliau dalam satu sesi taklimat calon bersama pencadang calon. Bantahan ini ditolak setelah pengadu gagal membuktikan kesahihan aduan.


KES 3 : PEMBATALAN KETIGA TERHADAP SAUDARA LUKMAN AL-HAKIM


Pembatalan ketiga ini diterima berhubung bantahan yang dibuat terhadap beliau di atas tindakan beliau mengoyak satu notis yang dikeluarkan oleh JKP walaupun terdapat keraguan dalam membiktikan kesahiahn notis tersebut daripada JKP. Tiada rayuan dibuat terhadap bantahan ini.


Perkara tersebut di atas dan surat bertarikh 17/01/09 daripada jawatan kuasa induk (JKI) Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) University Putra Malaysia (UPM)08/09 adalah dirujuk.


Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin mencabar kesahan terhadap keputusan JKI untuk membatalkan pencalonan saya menerusi surat makluman mereka bertarikh 17/01/2009.

Alasan-alasan tindakan saya adalah:-


1. Merujuk kepada keseluruhan kandungan tatacara pemilihan MPP UPM 08/09 (setakat 08/01/09) didapati bahawa tiada tafsiran Jawatankuasa Pemantau (JKP) sebagaimana yang dinyatakan di dalam kandunagn surat tersebut. Oleh yang demikian, saya memohon agar pihak tuan menjelaskan kepada saya secara bertulis mengenai apa yang dimaksudkan dengan Jawatankuasa Pemantau.

2. Sekiranya merujuk kepada tatacara 32(1), peruntukan yang tersedia hanyalah sekadar membuat pemantauan dan pengawasan sahaja dan ini tidaklah termasuk bidangkuasa membuat aduan sehingga boleh membatalkan sesuatu pencalonan. Selain itu, saya menyatakan behawa peruntukan ini masih lagi gagal menjelaskan dan/atau mendefinisikan maksud dan/atau bidangkuasa Jawatankuasa Pemantau sebagaimana kandungan surat tersebut.

3. Saya tidak menafikan bahawa pihak JKI mempunyai bidangkuasa sebagaimana tatacara 6(7)(a)(vii). Walaubagaimanapun, saya memohon penjelasan atau pertimbangan pihak tuan mengenai tatacara 6 secara keseluruhannya bahawa setiap keputusan JKI perlu diputuskan sekurang-kurangnya oleh satu pertiga keanggotaan dan bukanlah bergantung kepada satu kuasa muktamad oleh pengerusi JKI (dalam erti lain dengankata lain kuasa veto dan/atau kuasa penentu).

4. Seterusnya, tiada istilah dan/atau kejadian mengganggu tugas mana-mana pegawai dan/atau JKP sepertimana yang dinyatakan. Ini adalah kerana, segala maklumat telah dapat diakses dan/atau disampaikan kepada massa. Selain itu, notis yang dikoyakkan (sekiranya benar sperti dakwaan) adalah bukan yang terkini dan/atau terbaru bagi menyampaikan sebarang maklumat kerana terdapat notis-notis terkemudian yang lebih terkini dan/atau terbaru.

5. Saya juga menyatakan pembatalan ini memprejudiskan pencalonan saya sebagai calon wakil pelajar di mana salinan aduan bertulis tidak diserahkan kepada saya. Malah, saya tidak diberi peluang langsung untuk menjelaskan kedudukan saya di dalam hal ini. Pembatalan ini diterima secara tiba-tiba dan saya tidak mempunyai asas pengetahuan tentang dakwaan ini.

6. Aduan ini antara lain adalah tidak jelas di mana butir-butir aduan seperti masa, pengadu dan kandungan tidak dijelaskan dan/atau dimaklumkan kepada saya. Sekali lagi aduan ini telah memprejudiskan saya di mana saya tidak mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai butiran aduan.


Sehingga penjelasan lanjut mengenai perkara-perkara yang disentuh sebagaimana kenyataan lanjut mengenai perkara-perkara yang disentuh sebagaimana kenyataaan di atas, saya berpendapat bahawa pembatalan pencalonan saya adalah tidak sah dan terbatal kerana gagal mematuhi peruntukan-peruntukan di dalam tatacara dan selnjutnya gagal memberikan penjelasan lanjut mengenai kelompangan (lacuna) di dalam tatacara yang sama.

KES 4 : PEMBATALAN TERHADAP SAUDARI NOR AZHANI BT ABDUL RAHMAN


Pembatalan kelayakan bertanding ini berhubung kegagalan saudari Nor azhani untuk mengikut tatacara yang ditetapkan iaitu telah menggunakan bahan kempen berbentuk gambar yang ditampal pada kenderaan persendiriannya. Rayuan telah dibuat namun rayuan tersebut ditolak.


Alasan pembatalan ini adalah kerana setelah merujuk kepada 31 (4), didapati bahawa saya menjalankan perarakan. Mengikut maksud biasa (common usage) bagi perarakan adalah sekumpulan manusia berjalan bersama-sama di dalam suatu barisan.


Tetapi di dalam kejadian ini, saya hanya berdua dengan pencadang saya di dalam perjalanan pulang ke kolej dan bukan atas niat untuk berarak atau sebaliknya sebagaimana yang diertikan oleh maksud perarakan di dalam penggunaan biasa seharian.

Seterusnya saya juga merujuk kepada 35(2), mengenai penggunaan kempen secara bercetak atau elektronik. Saya menjelaskan bahawa kenderaan tersebut adalah milik persendirian saya yang mana pada sebarang masa tidak bertujuan untuk digunakan bagi maksud berkempen sebagaimana yang dimaksudkan oleh penggunaan biasa maksud ‘kempen’ sepertimana 35(2).


Seterusnya, saya mohon merujuk kepada tatacara pemilihan MPP UPM 08/09 (setakat 08/01/09) secara keseluruhannya saya mendapati bahawa tiada sebarang klausa atau peruntukan yang menyatakan atau menjelaskan bidang kuasa Jawatankuasa Pemantau (sepertimana kandungan surat jawatankuasa pilihanraya bertarikh 17/01/09).


PENUTUP

Kami juga melahirkan kekesalan dimana pihak pentadbiran university gagal/enggan/cuai dan/atau/abai memberikan akses kepada para pelajar UPM mengenai keberadaan perlembagaan Universiti Putra Malaysia 1998(P.U(A)106/98) dan kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib pelajar-pelajar 2005). Undang-undang ini merupakan ‘Priciple Law’ yang mana tatacara pemilihan perlu ditafsir/disilang rujuk sepertimana yang dinyatakan didalam beberapa peruntukan yang tersedia didalam tatacara yang sama.

Ini merupakan suatu penafian university terhadap hak-hak asasi manusia iaitu, hak untuk mendapatkan informasi/pelajaran sebagaimana termaktub didalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Ini juga bertentangan dengan prinsip ‘Declaration of Human Right’.

Terakhirnya kami memohon pihak JKNCBRP dan/atau mana-mana pihak berwajib university memberikan penjelasan lanjut secara bertulis atau penerangan umum tentang isu-isu dan permasalahan yang timbul.

Sehingga sebarang penjelasan dibuat, kami menegaskan bahawa pembatalan kami adalah tidak sah danterbatal kerana gagal mematuhi tatacara dan/atau mana undang-undang yang terpakai.


PAKATAN PRO-MAHASISWA UPM

Friday, January 16, 2009

Penindasan Demi Penindasan


  1. Lapan orang calon, dibatalkan sebagai calon yang tidak layak bertanding dan enam calon yang tidak layak bertanding disebabkan kerana hanya tidak melekatkan gambar pada borang, sedangkan dalam buku tatacara hanya sekadar diminta untuk mengemukakan gambar. Walaupun sudah ditanya kepada pegawai yang bertugas, pegawai itu sendiri yang menghalang mereka untuk berbuat demikian.

  2. Calon-calon yang tidak layak bertanding semuanya daripada calon Pakatan tPro Mahasiswa UPM. Sedangkan calon-calon ASPIRASI juga turut mempunyai masalah yang sama.

  3. Saudara Sulhi memboikot tatacara pencalonan MPP dengan tidak membuat bantahan.
    Tujuh calon Pro Mahasiswa membuat bantahan, dan mereka dijanjikan akan mendapatkan jawapannya dalam sekitar jam 10-11 Malam, oleh Unit Perundangan, yang dimaklumkan sendiri oleh Puan Raihan daripada unit perudangan..

  4. Menjelang Jam 12 Malam, satu notis dikeluarkan dengan menyatakan keputusan akan diumumkan esok pagi. Seorang calon, Mohd. Lukman Al Hakim bertindak mengoyakkan notis tersebut. Semua yang hadir tercengang dengan tindakan tersebut. Mohd. Lukman berlalu pergi.

  5. Jam 12.15, Mohd. Lukman dipanggil ke Bahagian Perundangan di Rumah Antarabangsa. Didapati seorang calon Aspirasi membuat bantahan di atas pencalonan Mohd. Lukman.

  6. Ketika dihubungi oleh unit media Mohd. Lukman memaklumkam bahawa, bantahan itu dibuat oleh seorang calon lelaki kurus yang saya tidak kenali dengan memakai rantai emas di lehernya, mengatakan ketika sesi taklimat calon yang lalu, seorang yang bernama Lee Sok Yong, telah menyatakan kepada saudara Fahmi Mistar daripada unit kempen, sama ada beliau ini merupakan calon, atau pencadang kepada sesiapa? Lee Sok Yong menjawab, beliau merupakan pencadang kepada Lukman. Dan Mohd. Lukman tidak menyatakan Ya ataupun menidakkan kenyataan Lee Sok Yong itu. Maka dengan itu, bahagian perundangan mendapat bantahan daripada Khairul Ikhsan Anuar dengan mengatakan Mohd. Lukman tidak menidakkan kenyataan itu, memandangkan pencadang Mohd. Lukman adalah saudari Kamariyyah. Apabila ditanya perkara ini kepada Mohd. Lukman, beliau menjawab, “Saya tidak tahu, yang dimaksudkan itu adalah saya, sebab itu saya tidak memberi respond, kerana lebih ramai yang bernama Lukman berbanding saya, saya menyangkakan ada calon yang bernama Lukman selain daripada saya. Ketika diasak dengan soalan, Mohd. Lukman menjawab dengan ringkas, bahawa “Nama saya bukan Lukman, tapi Mohd. Lukman Al Hakim Bin Low Abdullah” Selepas daripada itu, sesi perbicaraan ditamatkan, tanpa sebarang soalan tambahnya lagi.

  7. Keesokkan harinya, enam calon daripada Pro Mahasiswa UPM, telah diluluskan pencalonannya. Bahagian perundangan mengakui, tuduhan adalah tidak berasas, berdasarkan Tatacara 21.(4) Termasuklah Mohd. Lukman Al Hakim.

  8. Seorang Calon Pro Mahasiswa dibatalkan pencalonan.

  9. Hasil daripada analisis, tidak ada seorang pun calon daripada ASPIRASI yang dibatalkan pencalonannya, walaupun didapati mengalami pelbagai masalah pengisian borang pencalonan.

  10. Permohonan Kempen di kawasan kolej kediaman oleh semua calon Pro Mahasiswa ditolak.

  11. Motor seorang calon Pro Mahasiswa dibocorkan.

  12. Pakatan Pro Mahasiswa dimaklumkan, seluruh kolej kediaman UPM telah diberi peruntukan sebanyak RM3000 oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, untuk menjalankan program kolej di sepanjang perjalanan kempen, iaitu pada hari sabtu dan ahad.
  13. Kolej-kolej kediaman diserbu pengetua-pengetua kolej dan juga Presiden-presden kolej, risalah-risalah Pro Mahasiswa mengenai kekejaman Israel ke atas Palestin, dikoyakkan, dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

Staf Bhep, Harimau Maut & Pemuda UMNO

Peristiwa penyebaran risalah haram oleh seorang Staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar lalu, yang kononnya sedang mengutip risalah di tengah-tengah malam, sambil dilihat memakai seluar pendek dengan keadaaan tergopoh-gapah, menyelitkan beberapa risalah berunsur fitnah di beberapa kolej kediaman, mempunyai hubungkait dengan kegiatan harimau Maut, yang diibaratkan nyawa-nyawa ikan ketika ini kerana unit keselamatan Pro Mahasiswa tekad untuk menangkap kumpulan terbabit, untuk diambil tindakan. Seorang detektif bebas semalam, telah berjaya mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut. Klik Sini

Dengan itu, Unit Keselamatan Pro Mahasiswa ketika ditanya menjawab bahawa “ Jawatan Kuasa Pelaksana Pilihanraya Kampus pada kali ini, harus bertanggungjawab setiap apa yang bakal berlaku, kita sudah pun membuat laporan, namun tidak dipedulikan. Kali ini kita mencabar kepada kumpulan ini, untuk datang dan berjumpa dengan kita secara berhadapan, kalau betul ingin mencari jalan penyelesaian”

Hasil daripada siasatan, beberapa pemuda UMNO telah diupah oleh jentera Aspirasi untuk tujuan tertentu. Kumpulan Pemuda UMNO ini duduk dengan melepak di kawasan Masjid UPM dengan berlagak seperti Mat Rempit di tengah malam. Dengan itu, pihak keselamatan UPM harus bertanggungjawab sekiranya apa-apa keadaan yang tidak diingini berlaku, memandangkan kehadiran mereka sudah pun disedari oleh Unit Keselamatan sejak dua malam yang lepas.

konvoi PRO-M UPM..






Sekitar hari penamaan calon bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar upm bermula jan 8.30 pagi sehinggalah jam 10.30 pagi. proses penamaan calon yang dijalan di fakulti masing-masing menampakkan suatu perancangan yang ingin melenyapkan suasana pilihan raya kampus.

Suasana pada hari penamaan itu hanya dirasai dengan kehadiran konvoi Pro-M UPM mengelilingi seluruh kampus UPM. lebih 20 buah kenderaan termasuk 3 buah kereta berarak sekitar jam 7.45 pagi hingga 9 pagi.

Pergerakan konvoi ini berjalan lancar tanpa gangguan daripada pihak keselamatan universiti.


GEMPAR! KEPALA BABI DALAM MASJID APIUM

Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.

Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.

“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.

“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.

Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini

Thursday, January 15, 2009

SIAPA KAMI DI MATA NC???


Pakatan Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (Pro M UPM) melahirkan rasa terkilan dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM di dalam akhbar kosmo sebagai maklum balas terhadap penghantaran memorandum membantah peraturan yang digunakan dalam pilihan raya kampus kali ini

"ini bukan satu pilihan raya yang besar. ia sekadar pemilihan wakil pelajar sahaja dan memadailah peluang yang diberikan" kata datuk NC.

Mahasiswa melihat pernyataan yang dikeluarkan itu seolah-olah menganggap mahasiswa hanya seperti pelajar sekolah rendah dan proses pemilihan mpp adalah bagaikan pemilihan kelas semata. kekesalan ini dilahirkan oleh jurucakap Pro-Mahasiswa, Mohd Lukman Al hakim b Low Abdullah dalam satu pertemuan pagi tadi.

"kami bukan budak kecil atau pelajar sekolah rendah. dan pemilihan MPP bukan sekadar pemilihan biasa. Pernyataan yang dikeluarkan oleh Datuk NC seolah-olah kami tiada harga diri dan terlalu lemah. Saya memohon penjelasan daripada Datuk NC, Siapakah kami di mata NC?".

Menurut saudara Lukman lagi, beliau bercadang akan bertemu muka dengan Datuk NC sendiri bagi mendapatkan penjelasan mengenai pernyataan tersebut.

"saya tidak tahu tentang peraturan kali prk kali ini"


Delegasi mahasiswa menghantar memorandum membantah beberapa perkara yang terkandung dalam Tatacara Pemilihan Pewakilan Majlis Perwakilan Pelajar UPM. rombongan yang berhajatkan satu perbincangan telus namun tidak mencapai matlamat yang diharapkan apabila tiada rundingan dapat dibuat. ini kerana, pegawai perhubungan korporat, En Abdullah Arsyad gagal memberikan kerjasama sebaiknya kerana beliau tidak mengetahui kandungan tatacara berkenaan

"saya tidak tahu tentang peraturan prk kali ini", kata beliau yang mewakili Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah. tambah beliau lagi, beliau dan datuk NC sendiri tidak menjangkakan wujudnya peraturan tidak munasabah seperti yang terdapat di dalam tatacara berkenaan.

perlaksanaan pilihan raya kampus UPM kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh jawatan kuasa perlaksana yang dipengerusikan oleh TNC HEP sendiri.

Pro Mahasiswa Bantah Pilihanraya Kampus UPM

Malaysiakini: Abdul Rahim Sabri Jan 15, 09 12:49pm

Gabungan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia menghantar memorandum bantahan kepada pihak universiti berhubung pengendalian pilihanraya kampus UPM yang dijadualkan 19 Januari depan.Gabungan itu, yang diketuai oleh Lau Wai Seng, pergi ke pejbat Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah untuk menyerahkan memorandum tersebut.Bagaimanapun, Dr Nik Mustapha tiada di pejabat. Berikutan itu, Lau menyerahkan memorandum tersebut kepada ketua bahagian komunikasi korporat UPM, Abdullah Arshad pada jam 10.30 pagi tadi.Dalam memorandum itu, mereka membantah tujuh perkara membabitkan peraturan tatacara pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM bagi sessi 2008-2009.Tujuh perkara tersebut ialah: Kempen yang akan berlaku pada hujung minggu, bukan pada hari bekerja. Penafian hak kepada pelajar kursus perubatan, fakulti perubatan untuk menjadi calon pada pemilihan kali ini.
Kaedah kempen yang sangata terhad (hanya melalui lisan). Pihak Jawatankuasa pilihanraya (JKP) mengambil alih fungsi jentera calon pilihanraya untuk menjalankan kempen rasmi (JKP yang akan menyediakan bahan dan menggantung poster dan kain rentang calon). Menutup ruang kepada calon untuk menyampaikan kempen yang baik disebabkan oleh birokrasi yang diwujudkan di peringkat kolej dan fakulti. Menutup ruang kepada pengundi untuk memilih calon yang berkelayakan sebagai pimpinan pelajar.

Hanya pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan pihak universiti sahaja yang menguruskan pemilihan MPP, tanpa dipantau oleh mana-mana badan luar yang boleh dipercayai.Penamaan calon bagi pilihanraya kampus UPM akan berlangsung esok.Menurut Lau lagi, satu majlis taklimat telah diadakan oleh JKP untuk calon dan pencadang calon.Dalam majlis itu juga, katanya, mereka meminta penjelasan JKP berhubung penyebaran risalah yang mendakwa pelajar pro-Mahasiswa memboikot pilihanraya kampus. Risalah itu ditampal dan diedarkan di kolej dan bilik kediaman pelajar.
Bagaimanapun, katanya, calon-calon pro-Mahasiswa menuduh kakitangan UPM yang mengedarkan risalah tersebut.Sebaliknya, kata Lau, pihak JKP mendakwa kakitangan UPM hanya ditugaskan mengutip risalah tersebut dan bukan mengedarnya.

Wednesday, January 14, 2009

PRK UPM: Tak Cukup Duit!

Unit Kempen Pilihanraya Kampus Universiti Putra Malaysia pada hari ini, menyatakan bahawa pihak pengurusan Universiti tidak dapat menanggung bebanan kos pembuatan bahan kempen memandangkan pada semester ini pihak Universiti telah bersetuju untuk menanggung segala kos perjalanan Pilihanraya Kampus pada kali ini.

Sebelum ini pihak Universiti telah bersetuju untuk memberikan seberapa banyak bantuan dan juga bersedia untuk menyumbang tenaga untuk mempamerkan wajah-wajah calon di seluruh kawasan kampus mengikut kehendak calon itu sendiri. Calon-calon juga diperingatkan untuk tidak membuat kempen melalui poster dan juga banner, kerana segalanya akan ditanggung oleh pihak Universiti.

Difahamkan juga, seorang calon telah berdiri dan menyatakan bahawa sebelum ini, mereka telah melalui beberapa aktiviti yang dijalankan oleh pihak Universiti untuk menggantikan kerusi MPP pada sesi kali ini, dan kenyataan ini dipersetujui oleh Unit Kempen Pilihanraya dan disokong oleh beberapa calon yang hadir dan terlibat dalam aktiviti tersebut.

Hasil daripada risikan, jentera Aspirasi telahpun menjalankan beberapa aktiviti yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Beberapa orang peserta program tersebut telah tampil dan memaklumkan kepada pihak Pro Mahasiswa UPM, bahawa “Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, telah menghabiskan ratusan ribu ringgit semata-mata untuk memilih calon-calon tertentu yang berpihak kepada individu tertentu di Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, selain itu, pogram itu lebih berbaur politik dan kepentingan individu-individu tertentu”

sekitar hari pendaftaran calon UPM..

proses pendaftaran penamaan calon bermula pagi tadi sekitar jam 8.30pagi. proses penamaan bermula dengan pembayaran wang pembelian borang pencalonan di pejabat bendahari UPM dan pembelian borang pencalonan di kaunter Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JKP) yang dibuka di kawasan berhampiran.

proses pendaftaran online (e-pendaftaran) dijalankan di fakulti masing-masing merencatkan proses pendaftaran kerana bakal calon terpaksa bergerak ke fakulti masing-masing.

sekitar jam 10pagi, sistem e-pentaftaran mengalami masalah "server down" selama hampir 2 jam menyebabkan pendaftaran tergendala.

sekitar jam 11.30 tengahari, sistem e-pendaftaran disambung semula hingga tempoh pendaftaran ditutup sekitar jam 4.00petang.

pro-m_news

Democracy Vs. Hypocrisy

Malaysia is nation that has put democracy in it high level. This been resemble in every 5 when the citizen been given chance to vote in general election. The people will given time to get know the candidates that participate in the election by several medium. The candidate use public speaking, poster, pamphlet and banner to spread their idea and promise to the public. This has been implemented in every general election and reflects the democracy practice in Malaysia.
But the irony is when the campus election in UPM does not allow student to campaigns using banner, public Conner not be all allow and no pamphlet to spread the information about the candidate. When the ministry of higher education said they want to produce student that had high soft skill, the act by UPM Administration could be question. The have prevail the student right to know to candidate and this will make them going out voting with empty handed. This is also a violation on the student right to practice their right to vote and denial their right to know and to choose the best candidate. I urged all student of UPM to seek more information in internet since where are lacks of information about this election. By knowing and have more information we then can choose the best people to represent us in the student council (MPP). Hopefully by our act our voice could be hear.

THE CANSELOR KNIGHT

Bantahan terhadap tarikh penamaan calon pada 16 Jan 2009


Bantahan terhadap tarikh pendaftaran dan penamaan calon yang dijadualkan pada 14 dan 16 Jan 2009 dibuat oleh Pakatan Pro-Mahasiswa UPM. Bantahan ini dibuat bagi mewakili mahasiswa Jurusan Doktor Perubatan yang dinafikan hak untuk turut serta dalam kedua-dua acara terbabit.

bagi semester ke-2 sesi 2008/2009, mahasiswa Jurusan Doktor Perubatan akan memulakan sesi pengajian kali ini pada 19 Jan 2009. ini bermakna mahasiswa-mahasiswa ini hanya boleh melibatkan diri dengan proses pengundian semata.

surat bantahan yang dihantar pada 13 jan itu masih belum mendapat sebarang maklum balas sehingga ke saat ini

PRO-M UPM


Tuesday, January 13, 2009

Duta-Duta Pakatan Pro Mahasiswa UPM





Staf Bhep UPM, Mengedar Poster Berunsur Fitnah

14/12/2008, Jam 12.20 Pagi. Seorang kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, telah dilihat oleh warga Kolej Canselor, bahawa kakitangan terbabit menyebarkan risalah palsu yang bermatlamatkan untuk memfitnah dan menjatuhkan maruah beberapa Mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Nasib malang kakitangan terbabit agak menyayat hati apabila melakukan kejahatan yang cuba disembunyikan, namun malangnya dilihat oleh saksi yang merupakan penghuni kolej Canselor sendiri. Dikatakan, kegiatan menyebarkan risalah haram ini diteruskan juga oleh kakitangan terbabit bersama-sama dengan beberapa rakannya di kolej-kolej kediaman yang seterusnya kerana dalam keadaan tidak sedar sebenarnya gerak-geri mereka sedang diperhatikan.

Maka dengan itu, Saudara Hanif, yang juga merangkap Exco Persatuan Mahasiswa Islam, yang turut sama melihat kejadian itu, agak terkilan dan kecewa apabila melihat gambarnya bersama-sama dengan exco PMIUPM yang lain yang tidak terlibat dalam pilihanraya kampus, juga turut ditampal di dalam poster terbabit. Dalam masa itu juga, Saudara Hanif, bersama dua rakannya telah menghubungi unit Tugas-tugas Khas Keselamatan UPM, dan mereka bertiga telah dibawa ke pejabat keselamatan untuk membuat laporan.
Saudara Hanif menyatakan bahawa "Saya tidak terlibat langsung dalam pilihanraya kampus, mengapa air muka saya dijatuhkan, apa perasaan ibu bapa saya kalau mengetahui perbuatan orang ini kepada saya, ini dosa besar mereka terhadap saya, Dosa sesama manusia, menunggu manusia yang mengampunkannya, saya nampak muka dia, saya kenal dia, dan saya mahu dia berhadapan dengan saya dan menjelaskan mengapa dia buat saya begini."


Mengulas kejadian itu, pemimpin Pro Mahasiswa UPM menyatakan bahawa "Ini adalah satu perbuatan yang sangat memalukan bagi Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang dikatakan menerima pengiktirafan ISO, tambahan lagi ia dibuat oleh kakitangan Bhep di sebuah Univerisiti Penyelidikan, beginikah kakitangan seorang Timbalan Naib Canselor Bhep yang diberi kepercayaan untuk menjaga kebajikan mahasiswa. Ini adalah satu penindasan,mereka dibayar gaji dan berkhidmat untuk mahasiswa, bukan menjatuhkan maruah mahasiswa, kita akan menuntut bela, mereka akan melihatnya!"


Dengan itu, pihak Pro Mahasiswa menuntut agar pembelaan kesemua muka-muka pemimpin Pelajar terbabit dibela dengan mengenakan tindakan tegas terhadap kakitangan terbabit.


Poster Haram Yang Disebarkan Oleh Kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM Terbabit.

Al Biruni Mula Mengadu!

Hari ini dan ketika ini, semua mahasiswa di kampus hijau ini sedar, bahawa sesungguhnya, kita tidak lagi bebas untuk bergerak aktif dalam hal ehwal kepimpinan mahasiswa, kerana penglibatan kita hanya dibataskan kepada program-program tertentu. Seperti pogram kolej, pogram Bhep dan sebagainya yang memerlukan kerahan tenaga mahasiswa. Mahasiswa terus diasak dan dipaksa untuk bergerak aktif dalam pogram-pogram kolej, dan merit merupakan syarat utama untuk seseorang itu untuk terus menginap di dalam kolej kediaman. Tidak cukup dengan itu, setiap hari sabtu, kita dipaksa lagi untuk menghabiskan masa kita dalam hal ehwal kokurikulum yang dikatakan satu modul yang hebat dalam membina disiplin dan kepimpinan mahasiswa. Maka akhirnya, jawapan gembira bertukar duka, apabila pada tahun lalu Kelab Al Biruni telah diasak dengan soalan bertalu-talu di atas kejatuhan yang teruk dan sangat mengecewakan keputusan markah peperiksaan pelajar kemasukan sesi 2007/2008 pada semester kedua.
Seorang pemimpin Kelab Al Biruni menyatakan, bahawa pelbagai pihak datang bertanya dan kepada mereka, apakah sebab yang membawa kepada kejatuhan prestasi keputusan peperiksaan Mahasiswa. Mungkin kerana ingin menjaga hati dan perasaan, maka mereka hanya mendiamkan diri, dan menyatakan "Mereka belum mengenal pasti apakah puncanya".
Di sepanjang penelitian Pro Mahasiswa, inilah realiti yang berlaku di kampus hijau ini:
Suasana kampus ibarat pasar malam, dengan suasana riuh bergembira, kenduri-kendara, di kawasan kolej, mahupun di kawasan sekitar kampus.

Inilah Universiti Putra Malaysia yang kita agung-agungkan!
Ayuh Mahasiswa, kita perlu mengubah keadaan, bukan menafikan kepentingan melaksanakan pogram, namun perlunya batasan tertentu, kerana kita adalah mahasiswa yang sedang menuntut ilmu, kita perlukan persekitaran yang tenang dan memberi tumpuan yang lebih banyak kepada akademik.


Sunday, January 11, 2009

Pro Mahasiswa Membela Naib Canselor

Pakatan Pro Mahasiswa UPM, menegaskan akan terus membela kedudukan Profesor Dato’ Dr. Nik Mustapha Bin Raja Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Kenyataan ini timbul apabila terdapat sumber yang mengatakan bahawa telah berlaku masalah dalaman dalam pengurusan Universiti apabila ada pihak yang cuba untuk merampas jawatan ini secara halus dengan bersikap mesra dan baik di hadapan, tetapi di belakang dengan begitu bijak mengatur langkah dan strategi untuk mendapatkan jawatan tersebut. Ibarat pepatah melayu “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”

Pro Mahasiwa tidak teragak-agak untuk bertindak dan terus membela perjuangan Naib Canselor UPM yang begitu dihormati dan disegani ramai. Sikap dan akhlak kepimpinan yang jelas menggambarkan keperibadian beliau sebagai golongan bijak dalam mengatur strategi dalam membawa nama UPM ke peringkat antarabangsa. Sikap mesra dan mudah untuk didekati menyebabkan pihak Pro Mahasiswa begitu menghormati beliau dalam sebarang urusan berhubungkait dengan perkara-perkara yang membabitkan mahasiswa.

Walaubagaimanapun, hasil daripada sumber yang didapati, masalah yang sekian timbul di dalam kampus ini bukanlah berpunca daripada pengurusan Naib Canselor, sebaliknya dilakukan oleh individu yang melaksanakan gerak-kerjanya untuk menjatuhkan beliau dengan menggunakan kuasa dan pengaruh daripada pemimpin politik. Kejatuhan kepimpinan Mahasiswa yang berlaku di kampus ini adalah berpunca daripada individu yang bersifat kukuh besi dan adakalanya sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan hasrat beliau. Daripada isu pembuangan kolej, pelancongan yang berupa sogokan, kenaikan harga makanan, penghapusan gelaran Mahasiswa yang digantikan dengan nama “Pelajar”, penggantungan Mahasiswa tanpa sebab, serbuan ke bilik tanpa surat kuasa, serbuan ke bilik siswi dengan melampaui batasan agama, kumpulan pelajar samseng “Harimau Maut” yang sering melakukan masalah semasa pilahanraya kampus dan sebagainya merupakan antara agenda yang cuba dibawakan oleh individu ini, sehinggakan terdapat di kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang hadir dan mengadu bahawa kelemahan dan kegagalan perancangan MPP lepas adalah disebabkan oleh tindakan beliau yang begitu mengongkong Mahasiswa untuk bertindak dan bersuara. Malahan, ada juga di antara mereka yang diberi amaran dan ditegur kerana terlalu lancang mengkritik dan menyuarakan pendapat berhubung dengan kes kebajikan Mahasiswa.

Seterusnya, pihak Pro Mahasiswa juga mendapat pelbagai sumber daripada tenaga kerja pentadbiran UPM, untuk membawa perkara ini ke peringkat atasan. Antara aduan yang diterima ialah, ramai di kalangan mereka yang terpaksa tunduk dan menurut apa sahaja yang dikatakan oleh individu ini. Sekiranya ingkar, akibatnya akan dipindahkan, ataupun diturunkan pangkat, malahan ditengking tidak tentu pasal. Sehingga kini, terdapat beberapa staf yang terpaksa meninggalkan bangunan pentadbiran UPM semata-mata sifat kukuh besi yang diamalkan oleh individu ini. Adakalnya, terdapat juga di antara staf yang bukan daripada pentadbiran UPM, memberontak dan cuba untuk membaling beliau dengan kerusi kerana tindakan beliau melampaui batas untuk mengongkong aktiviti dan pergerakan mahasiswa.

Berita mengenai perpindahan individu ini ke kolej swasta menyebabkan kegembiraan di kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar akhirnya bertukar menjadi suram apabila beliau cuba untuk terus bertahan dan menyambung kontrak perkhidmatannya melalui hubungannya dengan pemimpin politik tertentu dan terus berusaha untuk merebut jawatan sebagai Naib Canselor di kampus ini. Dengan itu, beberapa aduan telah diterima oleh Pro Mahasiswa daripada tenaga kerja UPM, mahupun di kalangan Mahasiswa untuk membawa isu ini untuk dibawa ke peringkat atasan.

Pemimpin Pro Mahasiswa ketika dihubungi berkata, “Kita akan menggunakan segala ruang yang ada untuk menyuarakan perkara ini, tidak kiralah melalui badan kerajaan, mahupun di pihak pembangkang, kerana sebagai orang yang bijak,kita akan menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada, kita tidak mahu suasana keintelektualan di kampus ini bertukar menjadi buruk kerana tindakan golongan seperti ini, dan apa yang paling penting kita mahu seluruh Mahasiswa di kampus ini menyokong agar Profesor Dato’ Dr Nik Mustapah meneruskan perkhidmatannya di kampus ini”

Kalau bukan bacul apa namanya??

Menggemparkan!! Kemelut kezaliman dalam pilihan raya kampus kembali lagi. Dalam pilihan raya kampus lalu, kezaliman terhadap dalam pilihan raya kampus berlaku dengan kehadiran kumpulan "Harimau Maut" yang bertindak ala-ala gangster dalam pilihan raya kampus. Namun kali ini, jawatan kuasa pelaksana pilihan raya sendiri yang bertindak mencabul demokrasi mahasiswa dengan menetapkan peraturan yang menafikan suara mahasiswa dalam pilihan raya kali ini.


"Poster dan banner tidak dibenarkan dalam prk kali ni. Calon hanya dbenarkan turun dari bilik ke bilik dari jam 8pg hingga 12mlm sepanjang kempen rasmi nanti", maklumat daripada seorang informer (Mr X) staf HEP UPM yang berkaca mata melalui sms ini amat menggemparkan. Tambahnya lagi, sepanjang tempoh kempen rasmi yang dijadualkan pada 16, 17 dan 18 januari akan datang, pengarahan terhadap MTM kolej untuk membuat tinjauan di kolej bagi memastikan tiada sebarang bahan kempen berbentu material digunakan. Walaupun peraturan rasmi belum dikeluarkan, namun maklumat yang diterima ini jelas menunjukkan pelbagai perancangan jahat BHEP telah disusun bagi mengelakkan kemenangan calon-calon pro mahasiswa.


Pro mahasiswa melihat peraturan baru yang ditetapkan dalam pilihan raya kali ini seolah-olah menafikan hak mahasiswa untuk memilih calon terbaik. Calon yang bertanding di dalam pilihan raya kali ini tidak dapat menjalankan kempen dengan sebaiknya. Kempen rasmi yang dijadualkan pada hari sabtu dan ahad yang merupakan hujung minggu itu menyukarkan calon bersua muka dengan pengundi. Ketidakadilan ini jelas menunjukkan ketidaktelusan dalam pilihan raya kali ini.





PAKATAN PROMAHASISWA UPM

DEMOKRASI DAN MAHASISWA..

Bagi masyarakat yang meletakkan keamanan (security) sebagai perkara paling dasar, demokrasi diperlukan kerana sistem ini mampu mewujudkan kestabilan sosial, keamanan dan keadilan. Masyarakat ini memerlukan demokrasi bagi mengakhiri ketempangan sosial, menyudahi penindasan ekonomi dan mencipta kesejahteraan dalam kehidupan. Prinsip utama demokrasi ini adalah keadilan sosial itu sendiri.

Secara asasnya, demokrasi bukanlah suatu sistem asli yang digunapakai di dalam negara Malaysia. sistem awal yang digunakan pakai di Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah sistem Raja berkuasa mutlak (absolute monarchy). Tetapi oleh kerana Raja tanpa sokongan rakyat begitu lemah sehingga terpaksa serah negeri-negeri mereka kepada British, maka rakyat telah bangun pada 1946 untuk menebus balik negeri-negeri Melayu bersama Raja dan meneruskan peranan politik mereka melalui Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

prinsip asas demokrasi adalah memberi kuasa kepada rakyat untuk mentadbir negara mereka sendiri. Adalah dipercayai rakyat tentu bijak dalam pemilihan pemimpin mereka. Mereka tentu tidak akan pilih orang yang ternampak jelas akan rosakkan negara mereka dan membinasakan mereka.

Kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dihuni oleh mahasiswa berbilang kaum dan ras budaya merupakan satu koloni masyarakat kampus yang benar-benar menggambarkan suasana sebenar masyarakat Malaysia. dalam pengamalan demokrasi di UPM mahasiswa diberi hak untuk membuat pemilihan pimpinan yang bakal menjadi jurubira mahasiswa ke peringkatan pentadbiran universiti. Proses pemilihan melalui pilihan raya kampus yang saban semester dijalankan merupakan medium utama proses pemilihan tersebut.

Kali ini, pilihan raya kampus yang bakal dijalankan pada 19 Januari 2009 bakal menjadi bukti tentang pengamalan demokrasi di peringkat kampus UPM. Namun sejauh manakah ketelusan dalam pilihan raya kali ini dijalankan masih menjadi persoalan.

Hari ini, bahang atau suasana pilihan raya kampus masih belum terasa walaupun hari pengundian hanya tinggal 7 hari sahaja lagi. Walaupun notis pengumuman tarikh pilihan raya kampus dijadualkan pada 9 jan lalu, namun, notis hanya ditampal di beberapa kolej kediaman sahaja. Seolah-olah, jawatankuasa pelaksana pilihan raya tidak mahu semua mahasiswa mengetahui tarikh pilihan raya kampus??

Mahasiswa mempunyai hak untuk membuat pemilihan terbaik terhadap wakil mahasiswa yang menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar.Mahasiswa kampus UPM tertanya-tanya. Adakah ini merupakan salah satu perancangan pihak tertentu dalam menafikan hak-hak mahasiswa. Keraguan terhadap pengamalan demokrasi kampus UPM diragui…




Mohd Sulhi Waqiyuddin b Mohd Jubri
Duta Mahasiswa
Bekas Majlis Perwakilan Pelajar UPM (07/08)
Sekretariat Pengurusan Strategik, Arkib dan Tugas-Tugas Khas












mahasiswakini.jpgKuala Lumpur, 12 Jan - Ketua Editor Mahasiswakini.com, saudara Ahmad Fahmi Salleh menggesa para blogger dan pengamal media di setiap kampus agar memulakan perang media dalam minggu pilihanraya ini.

Beliau yang diminta mengulas tentang halatuju media alternatif mahasiswa menyifatkan peranan weblog Pro Mahasiswa setiap kampus amat penting demi menyediakan berita terkini PRK’09 kali ini.

Demi menyediakan berita yang tepat dan terkini untuk tatapan seluruh aktivis mahasiswa Malaysia, Mahasiswakini.com dengan kerjasama Pro Mahasiswa setiap kampus sentiasa berhubung dan bekerjasama.

“Sebagai pengamal media, kami di Mahasiswakini.com sentiasa memastikan berita yang disampaikan tepat, adil, terbuka dan professional.

Saya menggesa seluruh mahasiswa termasuk blogger, dan aktivis Pro Mahasiswa agar memantapkan lagi liputan PRK dan isu-isu mahasiswa di kampus masing-masing,” ujar beliau ketika ditemuramah di Ibu Pejabat Mahasiswakini.com, Petaling Jaya.

Baru-baru ini, Mahasiswakini.com telah menubuhkan Kumpulan Media Khas PRK’09 yang mengumpulkan lebih 60 aktivis mahasiswa pengamal media termasuk blogger, wartawan dan jurnalis sebagai usaha melancarkan perang media ini demi melaporkan berita terkini dan liputan meluas dalam PRK kali ini.-mahasiswakini

Saturday, January 10, 2009

PILIHANRAYA KAMPUS: UPM 19 JAN





Serdang, 9 jan 09. sekitar jam 8 malam, pengumuman tarikh pilihan raya kampus di peringkat UPM diumumkan. notis tarikh hanya ditampal di sekitar kolej-kolej kediaman tertentu.


Berikut adalah perjalanan setiap pogram di sepanjang sesi Pilihanraya kampus Universiti Putra Malaysia

Makluman pemilihan MPP : 9 jan 2009
Pendaftaran penamaan calon : 14 jan 2009, 9pg-4ptg
Taklimat bakal calon : 14 jan 2009, 9 malam
Kursus bakal calon : 15 jan 2009, 8.30pg-11.30pg
Penamaan calon : 16 jan 2009, 8.30pg-10.30pg
Hari pengundian : 19 jan 2009, 9pg-4ptg
Penjumlahan undi : 19 jan 2009, 5.30 ptg




Putra Gemilang - UPM




Thursday, January 8, 2009

Mampukah Mahasiswa?

Era perjuangan mahasiswa, semakin hari semakin menampakkan sinarnya setelah sekian lama kita bergerak dan berjuang. Namun, dalam kita bergerak kerja dan berjuang, begitu banyak ujian dan halangan terpaksa kita tempuhi. Ini bukanlah sebagai satu alasan yang membuatkan kita terduduk merintih kesedihan dengan mengenang nasib kelemahan diri yang tiada langsung manfaat dan faedahnya. Kerana prinsip dan pegangan kita dalam perjuangan ialah bukan melihat kepada sejauh mana pengorbanan yang telah banyak kita lakukan, kerana mungkin ia akan menyebabkan kita berputus asa dan marah apabila ada di antara golongan sasaran yang tidak mengikut apa yang kita bawakan. Sebaliknya apa yang perlu kita lakukan ialah dengan menghisab kelemahan diri dan bertekad di dalam hati sedalam-dalamnya untuk kita pecahkan tembok sempadan ini dan terus maju bergerak melangkah ke hadapan dengan gigih dan berani.


“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.” (Surah Ali Imran 139)”


Ingat sahabat-sahabat yang dikasihi, andai kata pada hari ini perjuangan ini diselitkan dengan emosi dan sangkaan buruk, maka sedarilah bahawa itulah sebenarnya racun yang paling berbisa untuk menghancurkan gerak kerja kita selama ini. Kerja ini tidak dibayar gaji mahupun elaun tambahan daripada mana-mana pihak, malahan kitalah yang mengkorbankan harta dan keringat kita sendiri demi melihat Islam itu bersinar kembali. Jauh di lubuk sanubari kita, tersimpan satu hasrat dan tekad yang sama, itulah yang mengikat kekuatan ukhwah di antara kita. Biarlah susah payah itu kita rasai bersama, anggaplah kepahitan dan kepedihan itu sebagai satu hidangan yang manis untuk kita telan demi meneruskan perjalanan dakwah dan impian yang kita harapkan.


“Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah, lemah lembut kepada orang muslim, izzah (tegas) dihadapan orang kafir, berjuang di jalan Allah dan tidak gentar kepada golongan yang mencela dan mengadu domba” (Al-Maaidah:54)


Dalam kita berjuang dan bergerak, ada kalanya kita berasa bersalah kerana kita terpaksa berhadapan dengan mereka yang tidak memahami akan perjuangan dan pembawaan kita yang sebenar. Adakalanya kita dimalukan, difitnah, ditindas dan tomahan yang kita terima bertubi-tubi ibarat kita tidak lagi mampu untuk bergerak melangkah. Hanya senyuman dan gurauan yang menjadi hiasan penghibur kepada kepedihan dan kesakitan daripada tekanan yang kita hadapi. Ingatlah sahabatku, saat engkau berduka cita, Allah mengetahuinya, saat engkau merintih menitiskan air mata, Allah membelaimu dengan kasih sayangNYA. Saat engkau ingin bergerak melangkah melawan kesakitan yang engkau rasai, Allah memandangmu dengan kasih sayangNYA. Ayuh sahabatku, gengam erat tanganmu, kobarkan semangatmu, hancur leburkan segala kesakitan yang melanda, dunia sedang menangis menanti kehancuran. Mari kita tegakkan kebenaran! Allah Akhbar!
Mohd. Lukman Al Hakim
Jurucakap Pro Mahasiswa UPM

Venezuela: Halau Duta Israel


Khamis ,08/01/2009 - Pergerakan Hamas hari ini sangat menghargai langkah “berani” Presiden Venezuela , Hugo Chavez yang menghalau duta Israel ke Caracas sebagai bantahan pembunuhan beramai-ramai Israel di Semenanjung Gaza. Dalam satu siaran akhbar pergerakan itu berkata Chavez telah memulakan satu langkah di mana negara-negara Arab yang memelihara hubungan dengan Israel tidak berani melakukannya.

Adalah menjadi kejutan bagi sesetengah negara Arab yang masih berkeras mengatakan hubungan diplomatik dengan Israel dikekalkan walaupun pertumpahan darah sedang berlaku di Gaza. Caracas telah menegaskan duta Israel dan enam diplomat lain di kedutaan Israel adalah persona non grata (penolakan akreditasi diplomat di negara penerima)‏. Israel bertindak balas dengan menyingkirkan duta Venezuela di Tel Aviv.


Wednesday, January 7, 2009

Pilihanraya Kampus USM 15 Januari 2008

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihanraya kampus diadakan pada 15 Januari depan. Pemilihan kali ini membabitkan 29 kerusi pusat pengajian tinggi serta enam kerusi umum. Pengumuman tersebut dibuat oleh pengerusi urusetia pemilihan USM.
Notis mengenainya ditampalkan di sekitar kawasan kampus.Notis tersebut - yang bertajuk 'Maklumat Penting Pemilihan MPP 2008-2009 - menyebut bahawa MPP dibubarkan hari ini. Manakala borang-borang penamaan calon dikeluarkan di Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) mulai jam 9 pagi ini hingga jam 4.30 petang Jumaat depan untuk kampus induk.Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Januari - mulai jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Kempen pula dibenarkan selama tiga hari, dari 12 Januari hingga 14 Januari depan - mulai jam 7 malam 12 Januari hingga 12 tengah malam 14 Januari.
Pengundian pula akan bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang 15 Januari depan.Manakala proses pengundian dijangka selesai jam 5.30 petang.Sehubungan itu, para pelajar diingatkan supaya memberi perhatian kepada tarikh-tarikh di atas.Bagi mereka yang berminat untuk bertanding pula diminta mengambil borang penamaan calon dengan segera.

Monday, January 5, 2009

Bahasa Melayu Ke Liang Lahad?

“Takkan hilang Melayu di dunia” itulah antara kata-kata hikmat yang diwariskan daripada pejuang Melayu bergelar Hang Tuah pemilik Keris Taming Sari. Ayat ini sering dijadikan sebagai satu suntikan semangat bangsa Melayu untuk terus bangkit berjuang dengan harapan meletakkan bangsa melayu untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Namun, sayang seribu kali sayang, bayangan kejatuhan tamadun Melayu mula kelihatan. Apabila yang mengaku pejuang Melayu akhirnya bersifat munafik di perjalanan.

Agenda paling menyedihkan apabila tidak ada lagi yang boleh dipertaruhkan, akhirnya agama juga yang menjadi cagaran. “Melayu Islam, Islam Melayu” begitulah slogan yang membawa dosa kepada beberapa pemimpin politik yang begitu berani bermain-main dengan bahasa melayu demi mencapai kepentingan peribadi. Sehinggakan pada hari ini, dikalangan masyarakat bukan Islam mahupun orang Islam sendiri mula keliru yang manakah bangsa, dan yang manakah agama Islam yang sebenar. Sedangkan sebagai masyarakat yang bijak dan terpelajar, bahawa jauh bezanya antara Melayu yang merupakan penganut agama, dan Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Rasulnya.

“Islam Melayu”
Dalam ayat ini, dari segi bahasanya, perkataan “Islam” merupakan subjek, dan perkataan “Melayu” pula merupakan predikat, iaitu penerangan kepada subjek. Maka, apa yang dapat difahami melalui daripada kenyataan ini ialah, “Islam merupakan bangsa Melayu”. Dengan itu, perlu difahami, bahawa jauh dan sangat jauh bezanya antara Islam dan Melayu. Melayu merupakan satu kelompok masyarakat yang kebanyakkannya beragama Islam. Manakala Islam pula merupakan agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t yang bersifat menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada bangsa Melayu semata-mata.

Ramai di antara kita yang memandang remeh-temeh kepada masalah ini, sedangkan perkara ini sangat mustahak untuk difahami oleh masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang beragama bukan Islam dan juga yang baru sahaja mengenal agama Islam. Jangan hanya kerana perbuatan jahat dan terkutuk di antara pemimpin melayu, akhirnya agama Islam turut tercalar.

Keadaan ini telah membawa pelbagai situasi dengan dihiasi pelbagai senario demonstrasi laungan semangat perkauman yang tinggi. Sedang mereka menghina bangsa Israel yang begitu taksub pada bangsanya, namun mereka tidak sedar bahawa terdapat di antara mereka sendiri yang begitu bersemangat perkauman mahupun boleh disifatkan sebagai memiliki semangat assabiah yang padu. Sehinggakan pada hari ini hukuman hudud juga boleh dipermain-mainkan. Malahan, ada juga daripada pemimpin lulusan luar Negara yang berlagak lebih hebat daripada seorang ulama dengan berani berdebat dan berhujah dengan hujah ayat-ayat kesesatan dalam mencari kebenaran Islam.

Ingatlah, bahawasanya bukan mudah untuk membina kegemilangan bangsa melayu, namun sangat mudah untuk menjatuhkannya. Melayu perlu sedar, bahawa perlunya untuk kembali kepada ajaran agama yang sebenar. Bahasa Melayu yang menjadi medium perpaduan Negara Malaysia mula menampakkan kejatuhannya, isu PPSMI terus dipolitikkan. Benar, untuk kita mengangkat martabat ilmu pengetahuan, perlunya pengetahuan bahasa yang pelbagai, namun janganlah hanya kerana bahasa, puluhan ribu manusia bakal menderita dan Bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Keranda 152 sudah diangkat, adakah perlu untuk dimasukkan ke liang lahad?

Free Flash banner at FlashBannerNow.com

Sunday, January 4, 2009

Gara-gara Saiful, Aspirasi Tukar Nama

Keruntuhan dinasti Aspirasi jelas kelihatan hari demi hari. Tindakan Aspirasi untuk merancang dan membuat penukaran nama bagi kumpulan yang secara jelasnya memihak kepada parti politik UMNO ini merupakan satu kerisauan kepada kejatuhan dan kehilangan kepercayaan pelajar terhadap Aspirasi. Saiful Bukhari Azlan yang juga merupakan seorang pemimpin Aspirasi merupakan antara ikon yang membawa kepada kejatuhan nama baik pengikut telunjuk UMNO ini. Saiful yang yang terkenal dengan kes dakwaannya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyebabkan hilangnya kepercayaan Mahasiswa terhadap Aspirasi.

Kewujudan Pro Mahasiswa yang sudah pastinya mecabar kredibilti pemimpin Aspirasi yang terlalu bersifat berat sebelah dalam membuat keputusan dan bertindak, menyebabkan bayangan kejatuhan Aspirasi semakin jelas kelihatan.

Malahan, paling menyedihkan lagi, Aspirasi terpaksa menawarkan pembahagian kerusi secara percuma kepada calon Pro Mahasiswa dalam pilihanraya kampus pada kali ini. Walaubagaimanapun, untuk meneruskan perjuangan demokrasi kampus, pihak Pro Mahasiswa menolak tawaran tersebut dan akan meneruskan perjuangan ini demi melihat kegemilangan kepimpinan Mahasiswa di masa hadapan.

Dimaklumkan bahawa Aspirasi akan menukar namanya kepada “Penggerak Siswa” seperti mana yang berlaku di Universiti Malaya. Bagi pihak Pakatan Pro Mahasiswa UPM, penukaran nama ini menggambarkan satu tamparan dan tekanan yang hebat kepada Aspirasi gara-gara tindakan bekas seorang pemimpinnya yang membuat kenyataan yang benar-benar mencabar maruah mahasiswa.

Saturday, January 3, 2009


mahasiswa abadi -

Kongres Pro Mahasiswa Nasional


Friday, January 2, 2009

Mahasiswa Membantah Kekejaman Israel

"Wahai mujahid Islam, mari kita hapuskan benci dan dendam. Kita bentuk ikatan persaudaraan sesama Islam. Di sana sedang bermandi darah, kita di sini berpesta ketawa saling membenci sesama sendiri. Apakah kita ini terlalu zalim dan hina? Jangan hanya kerana dunia, kita sanggup melupakan Tuhan, jangan hanya kerana dunia, kita sanggup melihat kejatuhan Islam di hadapan mata. Tidak cukup dengan hanya mendirikan solat, tidak cukup dengan hanya berkata-kata, kita perlu bergerak melangkah. Yakin dan percayalah, pengorbanan pada hari ini akan dibayar dengan ganjaran kebahagian di dunia dan akhirat.

Bagi pihak Mahasiswa Islam, kami rela bermandi darah demi menyelamatkan negara Islam Palestin. Kami rela melakukan apa sahaja demi Islam. Hidup dan mati kami, hanyalah untuk Islam. Tidak ada kegentaran di hati kami untuk mati dan syahid menjejaki para Nabi, sahabat dan syuhada! Takbir"

Ini merupakan ucapan terbaru daripada Mohd. Lukman Al Hakim selaku Jurucakap Pro Mahasiswa UPM dalam entri blognya yang terbaru. Pendirian Mahasiswa dalam hal ini, membantah habis-habisan dengan kerakusan Israel yang terus-menerus mencabar maruah Islam di bumi Palestin. Mahasiswa akan terus bangkit dan melangkah maju ke hadapan tanpa adanya kegentaran. Demi agama Islam yang suci, Mahasiswa rela melakukan apa sahaja....

Apa yang paling menyedihkan, tatkala bumi Palestin sedang bermandi darah, realiti yang berlaku di Malaysia seolah-olah ancaman Yahudi tidak memberikan apa-apa kesedaran terhadap kita. Kita saling bertikam lidah dan membantah sesama sendiri, jauh di sudut hati kita untuk duduk dan berbincang bersama untuk mencari jalan penyelesaian. Sedarilah, ini merupakan azab dari Tuhan Yang Maha Kuasa, apabilah umat Islam telah jauh daripada Al Quran dan Sunnah. Kepincangan hubungan antara negara-negara Islam pada hari ini jelas kelihatan, apabila masih ada lagi negara Islam yang menyokong tindakan Israel ke atas Palestin.

Walaubagaimanapun, selaku golongan terpelajar, perlunya untuk kita berfikir secara bijak, bahawasanya ini adalah masa untuk kita bersatu kembali dan membina sebuah hubungan yang baik sesama negara Islam. Apakah kita masih sempat untuk saling menghina? Sedangkan Komando Israel berkata "Akan berpesta dan menari di atas kematian berpuluh-puluh rakyat Palestin"

Umat Islam Palestin Bermandi Darah Di Saat Kedatangan Maal Hijrah.

Untuk Menghapuskan Umat Islam, Kanak-kanak menjadi sasaran utama, agar tidak ada lagi generasi yang akan menganut agama Islam. Itulah antara Impian Zionis laknatullah.



 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox