..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Tuesday, February 24, 2009

Afifah: Selamat Menyambut Maulidur Rasul



12 Rabiulawal bakal menjelang tidak lama lagi. Tarikh tersebut merupakan hari yang penuh bermakna di mana lahirnya seorang nabi yang membawa syafaat kepada umat Islam. Kelahiran baginda disambut dengan begitu gembira termasuklah bapa saudara baginda , Abu Lahab yang telah membebaskan hambanya, Thuwayba semasa kelahiran baginda Nabi Muhammad S.A.W walaupun kemudiannya Abu Lahab adalah orang yang kuat menentang dan memusuhi baginda kerana membawa ajaran Islam yang tidak dapat diterima olehnya.

Setiap tahun sambutan Maulidur Rasul akan disambut oleh Negara kita tidak kira di peringkat sekolah, university, daerah, negeri, kebangsaan dan sebagainya yang bertujuan untuk mengingati perjuangan dan pengorbanan baginda dalam menyebarkan Islam. Pelbagai bentuk program dianjurkan sempena menyambut Hari Keputraan baginda seperti perarakan, syarahan dan termasuklah anugerah maulidur rasul serta pelbagai lagi aktiviti dalam usaha meningkatkan penghayatan untuk mengenali Rasulullah dan peruangan baginda dengan lebih dekat lagi.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir umat Islam yang lebih mengagong-agongkan hari kekaksihnya malah langsung tidak mengetahui bilakah hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bayangkanlah Nabi Muhammad hingga ke saat wafat bagida masih lagi mengingati umatnya, kita sebagai umatnya tidak langsung mengingati baginda apatah lagi menjadikan baginda sebagai idola dan mengikut sunnah baginda. Kebanyakan manusia di akhir zaman ini lebih mengagong-agongkan orang lain dan lebih menurut hawa nafsu yang cintakan dunia melebihi segalanya serta berkehendakkan budaya hedonism dalam kehidupan mereka.

Janganlah kita menjadikan sambutan Maulidur Rasul sebagai adat semata-mata tanpa menghayati sirah perjuangan baginda dan tidak mengambil semangat perjuangan roh Islam dalam jiwa kita. Kita perlulah sentiasa mengingati dan mensyukuri akan kelahiran Nabi Muhammad yang telah menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan.Janganlah kita mengingati baginda Nabi Muhammad pada hari kelahiran baginda semata-mata tetapi perlulah sentiasa agar hati kita sentiasa bersama Allah dan Rasulullah serta dijauhkan daripada sifat keji dan mungkar serta ditiupkan semangat perjuangan baginda dalam menegakkan Islam di muka bumi Allah yang sementara ini.

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang beriman! Berselawatlah kamu dan berilah salam ke atas baginda”.-siapakah kita di pandangan Allah dan Rasul sekiranya masih lagi tidak mengingati dan berselawat ke atas baginda.
‘Selamat Menyambut Maulidur Rasul’.

Afifah Binti Mohd Rodzi
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Persatuan Mahasiswa Islam UPM

Saturday, February 21, 2009

PPSMI: Bahasa Ditelan Bangsa.

Isu yang tidak pernah menunjukkan penyelesaiannya, terdapat pelbagai pendapat yang menghujani pemikiran mahasiswa dalam melihat isu tenggelamnya Bahasa Melayu di bumi Malaysia tercinta ini. Ada yang mengatakan ia baik untuk memajukan pengetahuan Bahasa Inggeris Pelajar, ada juga yang mengatakan ia sebenarnya adalah virus kecelaruan pemimpin yang menjadi penyebab kepada kegagalan Mahasiswa mahupun ratusan ribu Pelajar sekolah pada hari ini yang mendapat keputusan yang begitu menyayat hati.

Di manakah kerajaan dalam menangani masalah ini? Adakah kerajaan akan terus bersikap tegas untuk meneruskannya? Walaupun segala bala-bencana menimpa dengan memperlihatkan kegagalan demi kegagalan di hadapan mata. Peratusan markah lulus peperiksaan semakin rendah, Bahasa Inggeris tet ap dipuja-puja, ibarat memuja penjajah di atas kejayaan membunuh pejuang-pejuang Negara di masa lampau.

Bahasa Melayu pula, terus dijadikan masakan dan ditelan dengan sesedap rasa, tanpa timbang rasa. Benar, kita memerlukan Bahasa Inggeris sebagai medium untuk kita menempu kejayaan di peringkat dunia. Namun, kegagalan dalam langkah dan dasar pada kali ini, telah menunjukkan kesan keburukannnya kepada Negara. Ia bukan lagi diperingkat permulaan, tapi ia sudah sampai masanya untuk kita membuat keputusan.
Dalam subjek ini, Fokus kita ialah ingin belajar mengenai Ilmu Sains dan Matematik, bukanlah Bahasa Inggeris.

Wednesday, February 18, 2009

Siakap, senohong, gelama,ikan duri…(part 2)


Pengarang si ikan goreng agak ke"bz"an beberapa hari ini (maaf kesalahan penggunaan bahasa) namun digagahkan jua untuk menyambung kisah koloni ikan di sekitar perairan serdang atas permintaan yang tinggi terhadap kisah yang benar2 berlaku ini…

Alkisah beginilah sambungannya…

Selepas mengetahui bunga-bunga penipuan yang cuba ditaburkan oleh Si Pembesar Ikan Siakap,Senohong,Gelama, Ikan duri dan kroni-kroninya, maka bermesyuarahlah Si Pembesar Ikan Emas, Ikan Duyung dan beberapa lagi pembesar yang dilabelkan sebagai kroni pembesar pembangkang. Berkatalah Si Ikan Puyu "Tidak sepatutnya kita bersangka buruk terhadap mereka..mungkin benar mereka tidak ke sana tetapi mempunyai urusan yang lain di sekitar perairan Kuala Lumpur..". Sebaiknya, kita menyiasat akan kedudukan hal ini terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan yang lain" celah Si Ikan Nemo pula.

Maka pada malamnya, berangkatlah Si Pembesar Ikan Emas, Ikan Duyung, Ikan Nemo,Ikan Kaloi bersama Ikan Selar Kuning ke Empress Hotel berdekatan perairan Sepang. Sesampainya di sana, Si Pembesar Ikan Selar Kuning terus masuk ke kawasan Empress Hotel tetapi dapat dihidu kedatangannya oleh Si Pengawal Ikan Jerung. Cepat sahaja dihubunginya Si pengawal lain. Tidak sampai lima minit, foyer Empress Hotel telah dipenuhi oleh Koloni Ikan Kecil, Ikan Tambang dan beberapa jenis ikan lain lagi yang sukar untuk dikesan jenisnya dek kerana telah ditutupi topeng-topeng dan make-up yang tebal. Segera dapat dikenal oleh si Ikan Selar Kuning yang mereka inilah juganya Pengawal yang menggelarkan diri mereka sebagai Harimau Maut pada zaman pemerintahan Si Raja Harimau (yang maut tertelan biji durian-rujuk part 1)." Sah mereka ada buat program kat sini.."bisik hati kecil Si Ikan Selar Kuning. Koloni Ikan pengawal yang tidak merasa terancam dengan kehadiran Si Ikan Selar Kuning terus beredar menuju ke kawasan yang kaya dengan rumput rampai yang subur dan pelbagai jenis. Riuh sahaja suara mereka menjamu selera. Dengan susah-payahnya Si Ikan Selar Kuning mengejar mereka dan meng'snap' beberapa keping gambar untuk dijadikan bahan bukti.

Di waktu yang sama, masuklah Si Ikan Emas, Ikan Duyung, Ikan Nemo dan Ikan Kaloi menuju ke kaunter pertanyaan Empress hotel dan disambut mesra oleh Si Obor-obor yang comel. Bertanyalah mereka akan pakej yang disediakan oleh pihak hotel kepada pengunjung. " Bagaimana dengan pakej yang ditawarkan oleh pihak hotel kepada pengunjung yang ingin mengadakan seminar 3 hari di sini?" Si Ikan Duyung memulakan perbualan." Kami ada banyak pakej…kalau untuk seminar, kami cadangkan pakej A..harganya Cuma RM160 semalaman bagi seorang..ini termasuk makanan, bilik dan dewan seminar. Kalau hari biasa, lagi mahal tetapi sekarang kami sedang mengadakan promosi tahun baru…"jawab si Obor-obor dengan manja-manja."oo…begitu ke? Kami tengah survey tempat untuk buat seminar…nanti kami fikirkan terlebih dahulu..erm..pernah tak pihak kerajaan negeri membuat sebarang program di sini?" Tanya pula Si Ikan Nemo ynag sudah tidak sabar untuk mengorek rahsia. Dengan bangganya, Si Obor-obor menjawab "sudah tentu..hari ini, pihak kerajaan negeri ada buat bengkel kat sini."" 3 hari untuk seratus orang dan mereka ambil pakej A. memang berbaloi" tambah Si Obor-obor lagi tanpa syak wasangka. "Bengkel apa?" Terjah Si Ikan kaloi pula dengan tidak sabarnya. "Bengkel Bee Hesh Eiii Pi…" jawab si Obor-obor dengan sedikit tersangkut-sangkut dek kerana susahnya menyebut nama bengkel yang pelik itu.

Jelaslah apa yang terjadi sebenarnya. Maka,pulanglah Si Pembesar Ikan Emas sekeliannya ke lubuk asal mereka berdekatan perairan serdang…

Keesokkan harinya….

Tuesday, February 17, 2009

PPSMI:Tatkala Bahasa Ditelan Bangsa

Perjuangan memartabatkan bahasa melayu telah melakarkan sebuah perjuangan yang panjang. Sewaktu detik mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tuntutan rakyat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi tidak dapat dipenuhi oleh parti yang memerintah. Alasannya kerana Bahasa Melayu belum benar-benar bersedia untuk mengambil-alih tugas Bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara. Atas sebab itu, Bahasa Inggeris masih dibenarkan penggunaannya, untuk tempoh masa 10 tahun lagi. Tempoh itu dirasakan manasabah untuk setiap rakyat Tanah Melayu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.

Pada tahun 1967, Bahasa Inggeris masih diberi ruang yang besar sebagai bahasa rasmi. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman.

Apa gunanya merdeka, jika bahasa anak pribumi dianggap sebagai bahasa kelas ketiga dan tidak layak diguna di negara sendiri? Adakah tempoh 10 tahun masih tidak cukup untuk setiap rakyat memantapkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan? Inilah yang diperjuangkan oleh pejuang bahasa dalam tahun 1967. Mereka berasa bagi dikhianati oleh para pemimpin yaang kononnya memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.

Sekumpulan 9 orang peguam Melayu telah menghantar memorandum menyuarakan bantahan namun tidak dipedulikan oleh parti yang memerintah.

Kemarahan orang Melayu membuak-buak. Seramai 2,000 orang mewakili 120 pertubuhan orang Melayu telah berhimpun di Balai Budaya, DBP pada petang Jumaat 3 Mac, 1967. Perhimpunan ini menyaksikan orang Melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik. Peristiwa itu juga diingati dengan ucapan Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP yang menitiskan airmata mengenangkan nasib Bahasa Melayu;

"...saya menangis bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir daripada keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak boleh buat apa-apa sekarang ini. Saya terikat..."

Kemarahan rakyat sudah tak terbendung menyaksikan sekumpulan aktivis bersedia mahu berarak ke Bangunan Parlimen. Mereka mahu mengusung Keranda 152 yang membawa jiwa bangsa yang sudah ditamatkan hayat oleh bangsanya sendiri.

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu mencapai kemenangan apabila tercetusnya peritiwa 13 Mei 1969, yang kemudiannya seakan menjadi penyelamat apabila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara.

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI)...

Hari ini martabat bahasa Melayu telah berjaya dijahanamkan. Segala titik peluh, darah keringat dan pengorbanan mengangkat bahasa Melayu diabaikan, langsung tidak diberi pengiktirafan. Golongan 'taksub' Western worldview bersorak keriangan kerana semua bahasa- bahasa ibunda di dunia, termasuk bahasa Melayu disapu habis oleh kuasa bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris telah menjadi lingua franca seantero dunia.

Perlaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPMSI) telah dilancarkan pada sesi persekolahan 2003 yang mana telah diputuskan sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Perlaksanaan PPSMI dilihat sebagai satu keputusan drastik pihak kerajaan tanpa membuat satu penilaian dan penelitian yang teliti terhadap keberkesanan dan impaknya kepada semua rakyat Malaysia.

Dalam satu pertemuan tertutup bersama GAPENA suatu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir sendiri mengakui kesilapannya dalam meluluskan keputusan PPMSI di Malaysia. Namun, oleh kerana keputusan tersebut telah dimulakan maka PPSMI tetap diteruskan.

Saturday, February 14, 2009

Pengerusi Pro Mahasiswa Dan YDP UPM: Turun Padang

Sabtu, 14Febuari 2009-
Pengerusi Pro Mahasiswa UPM Mohd. Lukman Al Hakim, bersama Yang Di-pertua Majlis Perwakilan Pelajar Mohd. Shamsul Salleh pada hari ini, telah bersama-sama turun padang menyaksikan Pertandingan Pidato Kepemimpinan Interkolej 2009, yang diadakan di Kolej Kediaman Kelima UPM. Kedua-dua pemimpin mahasiswa tersebut, yang juga merupakan pendebat dan pemidato Universiti Putra Malaysia telah menyatakan sokongan penuh mereka kepada penganjuran pertandingan tersebut.

Pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya, dengan menobatkan Ameerudin Abdul Rahman sebagai Johan keseluruhan pertandingan, manakala Saudari Atikah Ali sebagai naib Johan dan Fadzil Yahya sebagai pemenang bagi tempat ketiga. Penganjuran kelima pertandingan ini, sekali lagi mempertemukan pendebat-pendebat dan pemidato Universiti Putra Malaysia, di medan pentas penghujahan.

Berikut merupakan ulasan Mohd. Lukman mengenai pertandingan tersebut:

Program seperti inilah yang sebenarnya menjadi medan pertembungan pemikiran yang memberi kesedaran kepada mahasiswa betapa pentingnya menjadikan keintelektualan itu sebagai satu budaya yang sepatutnya menjadi pegangan dan pengamalan dalam kehidupan bagi setiap golongan mahasiswa. Kegemilangan sesebuah bangsa dan Negara adalah berasaskan ilmu, bukan sekadar budaya, hatta tarian, mahupun nyanyian. Sebaliknya ilmu adalah asasnya, dan kerana ilmu seorang yang buta boleh melihat dan seorang yang pekak boleh mendengar.

Kita sebenarnya sangat kekurangan program-program keilmuan yang melibatkan mahasiswa secara langsung dalam program seperti ini. Keseimbangan pelaksanaan program antara program bercorakkan akademik dan hiburan sepatutnya dibanding bezakan mengikut peratusan dan kekerapan pelaksanaannya, untuk melihat akan keseimbangan program di dalam kampus ini, agar program keilmuan mendahului dan melangkau jauh daripada program yang lebih bercorakkan hiburan semata-mata. Kerana hiburan boleh didapati di mana-mana, sebaliknya ilmu di sinilah tempatnya. Mengutip kata-kata seorang cendikiawan, “Ibaratkan kampus ini sebagai padang rumput, maka ragutlah sepuasnya”. Selagi kita masih ada masa, dan kesempatan, pergunakanlah sebaiknya. Saya menyeru kepada semua mahasiswa, bahawa ilmulah menjadi penyatu dan asas kejayaan kepada agama, Negara dan bangsa kita sebenarnya.

Kerana kekurangan ilmulah pada hari ini kita berpecah-belah, kerana kita masih lagi tidak bersifat terbuka dalam menghormati percanggahan idea dan ilmu pengetahaun sesama kita. Sebaliknya, kita secara membabi buta menurut dan mengikut sahaja tanpa mencari dan mengenal pasti apakah sebenarnya yang dibicarakan dan dibawakan oleh seseorang pemimpin itu. Sama ada pemimpin mahasiswa, mahupun pemimpin Negara. Mengungkap sejarah lampau, hitamnya sungai Furat dan Sungai Tigris pada abad ke 15 oleh dakwat dari buku yang dicampakkan oleh orang-orang mongol jelas menggambarkan betapa tingginya tradisi ilmu yang dipunyai oleh tamadun Islam pada ketika itu. Namun mengapa pada hari ini, budaya keilmuan itu tidak menjadi warisan kita sebagai keturunan yang menganut agama Islam? Sebaliknya perpecahanlah yang menjadi agenda dan perjuangan?

Adalah tidak salah untuk kita memperjuangkan hiburan, namun sedarilah, Malek Ben Nabi pernah berpesan, “Sebarang usaha membina tamadun yang tidak berteraskan kerohanian, pasti tidak akan berjaya. Kalau berjaya sekalipun, ianya tidak akan bertahan lama”. Islam melarang kita, untuk melakukan hiburan yang melampaui batasan syariat, demi masa depan kepada keturunan Mahasiswa dan Tamadun Negara Malaysia, budaya hiburan yang menjadi lambakan ini, perlu untuk dikaji semula.

Sekalung taniah saya tujukan kepada Kolej Kelima, dan juga kepada semua para pemenang dan peserta yang terlibat. Kepada Mohd. Shamsul, taniah kerana perjuangan kita sebagai pemimpin mahasiswa yang mementingkan budaya keilmuan itu sebagai asas kepada perjuangan yang membawa kepada kesatuan dan perpaduan kita bersama.Demi perubahan dan kemajuan, budaya ilmu perlu dikembalikan. Pro Mahasiswa UPM akan terus menyokong program seperti ini, namun adakalanya perjuangan ini membawa kepada beberapa pertembungan dan percanggahan, namun itu adalah perkara biasa dalam kita mencari kebenaran, mengutip segala idea dan ilmu pengetahuan.

Friday, February 13, 2009

Shazni: Presiden PMI, YB-YB ProM dicadang pakai kain batik

munirTeronoh 14 Feb. 5.21am | Speaker GAMIS, Sdr. Shazni Munir mencadangkan seluruh pemimpin mahasiswa Malaysia dipakaikan kain batik; sekiranya masih belum bersedia menentukan sikap dalam isu kudeta UMNO/BN di Perak sekarang.
Saya cadang semua Presiden PMI dan YB-YB kita (Ahli Majlis Perwakilan ProM dalam MPP) seluruh negara supaya terus memakai kain batik, jika masih berpeluk tubuh dan tidak berupaya menentukan satu-satu sikap,” tegasnya.

Kain batik menurutnya merupakan simbolik bagi mahasiswa yang bacul dan tiada pendirian ‘berdepan’ berhubung isu kudeta UMNO/BN tersebut.

Tambahnya lagi, beliau sama sekali tidak mempersenda atau menghina serta mempersalahkan kepemimpinan mahasiswi; dengan memberi simbolik tersebut.

Siswi kalau pakai kain batik, lumrahlah. Tapi, kalau Presiden PMI di UM, UKM, USM, UPM, UiTM, UTM dan banyak lagi IPT lain jika memakainya, sebenarnya merekalah yang mendorong orang lain menghina mereka,” jelasnya lagi.

Beliau juga menceritakan sejarah kebangkitan mahasiswa Indonesia dalam menjadi ‘hujung tombak nadi rakyat’ yang jauh lebih berdepan; berbanding saranannya ini di Malaysia.

Di Indonesia dahulu, waktu menentang regim Suharto, awalnya pemimpin umum mereka tidak memberi kain batik semacam yang saya cadangkan ini. Pemimpin-pemimpin mereka (mahasiswa) diberi 2 pilihan - sama ada menyimpan terus lampin wanita yang ‘berisi’ sebagai tanda bacul, atau pulangkan keris tanda muafakat dan dokongan nekad. Jadi, saya yakin cadangan ini munasabah,” ulasnya lagi.

Beliau juga mengajak mahasiswa bermuhasabah dan segera menentukan sikap dalam isu ini kerana mahasiswa adalah agent of change, check and balance, pressure group, independent groups, cataliyst dan sebagainya.

Beliau turut mencadangkan satu lagi Majlis Penentuan Sikap diadakan dalam masa terdekat ini; dalam kalangan seluruh kepemimpinan mahasiswa GAMIS dan MP-MP ProM di peringkat nasional berhubung isu tersebut.

Untuk pergi sejauh itu, beliau juga mendesak suatu Forum Tertutup diadakan untuk berwacana, meneliti, berbahas dan mengambil muafakat berhubung isu tersebut.

Ucapan ini disampaikan dalam Nasional Muslim Student Workshop sekitar jam 9.30 malam semalam, di sini.

Terdahulu, Speaker Mahasiswa Sdr. Shazni Munir telah memimpin angkatan mahasiswa GAMIS membantah kudeta UMNO/BN di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar (6 Feb.). -mahasiswakini

Wednesday, February 11, 2009

PEMILIHAN MPP UPM; KALUT

Universiti Putra Malaysia,11feb, mesyuarat pemilihan kabinet tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar UPM kalut apabila barisan MPP daripada Pakatan Promahasiswa UPM bertindak keluar daripada dewan mesyuarat yang di adakan di Dewan Kolej Tun Perak yang bermula sekitar jam 8.00 malam.

tindakan itu dibuat setelah ketidakadilan dalam pemilihan tersebut jelas kelihatan. ini dilihat apabila jumlah pengundian adalah tidak jauh berbeza bagi setiap pengundian iaitu sekitar 33-13 hingga 35-11 sahaja. perubahan undi yang diterima tidak berlaku di pihak aspirasi apabila MPP aspirasi memilih individu yang sama untuk semua pengundian. ini menunjukkan bahawa MPP aspirasi telah membuat pemilihan awal sebelum mesyuarat tersebut.

Turut bersama dalam mesyuarat pemilihan tersebut adalah En Fahmi Azar Mistar sebagai wakil pemantau daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

pemilihan tersebut akan bersambung pada malam ini. semua mahasiswa yang ingin melihat proses pemilihan secara dekat dijemput hadir.

Siakap, Senohong, Gelama, Ikan Duri…(Part 1)


Alkisah sebuah cerkon (cerita kontot) bermula..

Di sebuah negeri . berhampiran sebuah perairan yang dikenali tasek serdang, tinggallah sekumpulan penghuni rimba dengan amannya..Setelah sekian lama raja harimau memegang tampuk kepimpinan,sudah tiba masanya untuk berubah kepimpinan. Slogan “Harimau Maut” yang sering dilaungkan Sang Raja Harimau akhirnya memakan diri sendiri.Raja harimau telah ditemui mati dengan hinanya kerana tertelan biji durian yang dirampas daripada rakyat. Memandangkan raja Harimau tidak mempunyai keturunan kerana mengalami masalah mandul,satu pemilihan baru terpaksa dilakukan untuk menggantikan kepimpinan beliau.Dipendekkan cerita,rakyat sepakat memilih di kalangan ikan untuk menerajui tampuk kepimpinan. Ini kerana, mereka menganggap ikan adalah satu makhluk yang tenang,tegas, mesra dan yang penting tidak mempunyai kuku untuk menjadi “kuku besi” (seperti raja harimau).

Pada awal kepimpinan, pembesar-pembesar ikan memerintah negeri dengan amannya walaupun berlainan pemahaman politik. Mereka rela mengenepikan kepentingan diri sendiri demi menjaga kebajikan rakyat. Namun pada suatu hari…

Bertanya Sang Pembesar Ikan Emas kepada Pembesar Ikan Gelama,” Wahai sahabatku ikan gelama, bagaimana dengan rancangan kita tentang kem induksi kepimpinan? Adakah jadi dibuat pada 7-9 Februari ini?” Maka, menjawablah si Ikan Gelama, “Setahu hamba, program itu tidak jadi pada 7-9 ini dan ditunda pada 22 Februari ini…”..”ooo…begitu..kalau begitu, tidak mengapalah, apa-apa perkembangan nanti, tolong informkan, yea..”jawab si Ikan Emas lalu berlalu dari situ untuk menyelesaikan beberapa permasalahan rakyat.

Alkisahnya pula, pada pagi 7 Februari, berenang-renanglah Si Pembesar Ikan Duyung berhampiran Batu Karang Astaka Seni . Maka ternampaklah oleh beliau akan kroni ikan Siakap, Senohong, Gelama dan Ikan duri bersama Ikan Buntal dan beberapa pembesar yang lain sedang menaiki Kenderaan Rasmi Negeri. Terfikirlah di hati Ikan Duyung “Kemana pembesar itu semua mahu pergi? Bukankah, kem induksi kepimpinan sudah dibatalkan?”…maka, denagn tergopoh-gapahnya, Si IKan Duyung menghubungi Pembesar Ikan Emas melalui telefon 3G nya untuk memberitahu akan hal itu.

Untuk mendapatkan kepastian, Si Pembesar Ikan Emas pun menghubungi Pembesar Ikan Duri..”Assalamualikum Ikan Duri, Ikan Emas di sini. Hamba nak Tanya, Tuan hamba di mana sekarang? Di kem induksi ke?” maka menjawablah Si Pembesar Ikan Duri tanpa ragu-ragu( disebabkan kenaifannya)” Ye, hamba di kem induksi. Di Hotel Empress berhampiran perairan Sepang. Datanglah, tuan hamba belum terlambat. Kami pun belum check in lagi”. Maka sedarlah Si Ikan Emas bahawa terdapat konspirasi di pihak Ikan Siakap dan kroninya untuk mengadakan kem induksi tanpa pengetahuan Pembesar Ikan Emas dan sahabat2nya.

Teringat Sang Ikan Emas akan perbualannya dengan Si Pembesar Ikan Buntal….” Tuan hamba di mana sekarang? Adakah sudah check in hotel untuk kem induksi?” Dijawabnya ikan Buntal” Check in hotel? Kem induksi? Mana ada..kem Induksi tak ada minggu ni.” Si Ikan Emas merasa teramatlah hairannya padahal menurut Si Ikan Duyung, dia melihat dengan mata kepalanya sendiri yang Ikan Buntal turut sama menaiki Kenderaan rasmi Negeri dan bertoalk ke Empress Hotel..” Mungkin ini satu helah. Maka bertanyalah lagi Si Ikan Emas dengan bertujuan untuk memerangkap Ikan Buntal yang sudah pandai menipu padahal sebelum ini dikenali sebagai seorang yang taat pada perintah tuhan..”Jadi tuan hamba di mana sekarang?”. Dijawabnya oleh si Ikan Buntal(melalui telefon)..”hamba berada di sekitar perairan Kuala Lumpur…” kedengaran suaranya agak gagap dan tersekat-sekat.. sayup2 kedengaran suara garau Si Ikan Gelama memberi pengumuman melalui corong telefon 3G Si Ikan Emas….

To be continue…


p/s: kisah ini bukan rekaan semata-mata tapi ada kaitan dengan y hidup dan bukan dengan y mati. kepada kepada semua spisies ikan terutamanya siakap, senohong, gelama ikan duri, termasuk buntal, sila tinggalkan comment untuk membela diri.

pantun termahal di sini adalah hasil inspirasi mantan NC UPM, Dato' Zohardie Bardaie

siakap, senohong, gelama, ikan duri
bercakap bohong boleh jadi menteri

Sunday, February 8, 2009

Perak: Antara Derhaka Dan Kesetian

Rampasan Kuasa di negeri Perak, sekali lagi menampakkan betapa keadaan Negara dalam keadaan yang tidak aman dan perbalahan sesama sendiri berlaku di sana-di sini. Masing-masing berlumba-lumba melobi kepada rakyat untuk meraih sokongan, dan perhatian. Namun, sayang ibarat perang di dalam rumah, adik-beradik bertikam lidah, ibu menangis merintih kesedihan.

Iman dan kesabaran sudah tidak menjadi pegangan, fitnah dan penindasan dijadikan amalan. Menyentuh mengenai Isu “Derhaka Kepada Sultan” yang dimainkan oleh UMNO melalui kenyataan Karpal Sing kepada media bahawa pihaknya akan menyaman Sultan Perak di atas pelantikan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang Baru menggantikan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaludin kerana tidak mengikuti prosedur yang sepatutnya.

Pada hakikatnya, Karpal Sing tidak boleh memfailkan saman itu dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran daripada peguam Negara. Peguam Negara perlu meneliti semula setiap apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga apa yang terdapat di dalam undang-undang kerajaan negeri Perak. Saman terhadap Sultan tidak mudah seperti apa yang diceritakan.

Selain itu, terdapat juga sedikit kelemahan UMNO dengan mengunakan kenyataan “Sembah Derhaka” oleh Dato’Seri Nizar Jamaludin dengan mengatakan Dato’ Seri telah menderhaka kepada Sultan Perak. Sedangkan itulah antara bahasa dan adab yang perlu untuk diamalkan ketika berada di dalam Istana. “Sembah Derhaka’ bersamaan dengan maksud “Tidak Setuju”.
Baiklah mari kita bersama-sama menyoroti sejarah penderhakaan parti politik di zaman selepas kemerdekaan Negara Malaysia.

Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 Tun Dr.Mahathir Mohammad, dan Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.

Pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca televisyen.

Wira UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka secara terang-terangan.

Seterusnya, 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali telah bertindak menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar Musa bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah. Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun daripada takhta.

Hasil daripada pindaan Perlembagaan Persekutuan yang disokong oleh menteri-menteri Kabinet UMNO termasuklah Dato’Seri Najib Tun Razak dan juga menteri-menteri UMNO yang lain yang masih ada pada hari ini, akhirnya Mahkamah Khas Raja-raja Melayu diwujudkan yang membolehkan Sultan diambil tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan. Sekaligus menghilangkan martabat dan keagungan Sultan yang pada mulanya bebas daripada sebarang kuasa untuk dikenakan tindakan undang-undang di dalam Negara Malaysia.

Oleh yang demikian, persoalannya, adakah benar “tidak bersetuju” itu bermaksud kita sebagai rakyat Malaysia sudah menderhaka kepada Sultan? Sultan juga adalah manusia, yang memegang tampuk pemerintahan sebagai lambang keagungan agama Islam dan perpaduan rakyat. Sebagai seorang manusia biasa, Baginda juga mempunyai kelemahan yang memerlukan pandangan dan sokongan daripada kita untuk menjalankan tampuk pemerintahan Negara.

Nabi Muhammad s.a.w juga pernah tidak bersetuju dengan Allah s.w.t mengenai jumlah waktu solat yang terlalu banyak. Dan Allah s.w.t menerimanya dengan mengurangkan kepada 5 waktu sehari. Hal ini adalah kerana, Allah Maha Mengetahui akan kemampuan hambanya. Adakah dalam konteks ini Nabi menderhaka kepada Allah s.w.t? Sebagai orang yang berilmu, beriman dan bertaqwa, saya serahkan jawapan ini kepada semua pejuang bangsa Melayu untuk menjawabnya!

Maka dengan itu, saya memohon kepada semua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Untuk bersama-sama meleburkan sifat benci dan dendam sesama kita sebagai saudara seagama. Demi keredhaan Allah, kita perlu untuk bersatu, marilah kita lupakan sengketa lama, mari kina bina perpaduan, bergerak bersama menuju kejayaan di hadapan sana. Kita sedang ketinggalan di arena dunia. Jangan buang masa. Ayuh kita lakukan perubahan.


Mohd. Lukman Al Hakim Bin Low Abdullah
Pengerusi Pro Mahasiswa UPM

KAMPUS MILIK MAHASISWA!!

kampus milik mahasiswa!!!! kampus milik mahasiswa!!!! kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!! kampus milik mahasiswa!!!!

kampus milik mahasiswa!!!! kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!

kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!

kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!

kampus milik mahasiswa!!!! kampus milik mahasiswa!!!! kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!! kampus milik mahasiswa!!!!

kampus milik mahasiswa!!!! kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!

kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!

kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!
kampus milik mahasiswa!!!!

Friday, February 6, 2009

senario politik hari ini dari kaca mata mahasiswa

Kebangkitan orang melayu pernah berlaku suatu masa dahulu dalam menjatuhkan sultan yang bersikap zalim terhadap rakyat. Peristiwa yang berlaku di negeri Johor yang masih diingat dengan peristiwa “Sultan Mahmud mangkat dijulang” merupakan sebuah tragedi berdarah dalam lakaran sejarah. kebangkitan bangsa melayu mengadakan sebuah revolusi menolak kepimpinan Sultan Mahmud yang bersikap terlalu zalim dan tidak adil terhadap rakyat sehingga membawa kepada kemangkatan baginda sultan. namun, kisah kebangkitan bangsa melayu ini tidak pernah dicatatkan sebagai revolusi rakyat menjatuhkan pemerintah.

Hari ini, reformasi kedua bangsa melayu selepas reformasi menolak kepimpinan Tun Dr Mahadir pada tahun 1998 berulang lagi namun bukan berlaku di Kuala Lumpur tetapi juga di sebuah tempat yang pernah mengukir sejarah tersendiri dalam pendudukan penjajah British iaitu di Kuala Kangsar, Perak.

reformasi kedua ini bukan sekadar menampakkan penentangan bangsa Melayu amnya terhadap pemerintahan kejam kerajaan Barisan Nasional, malah juga penentangan terhadap Sultan Perak sendiri.

Daripada kacamata seorang mahasiswa, senario politik yang berlaku hari ini merupakan natijah atau kesan kepada percaturan-percaturan politik semenjak awal kemerdekaan sehinggalah hari ini. percaturan yang dibuat oleh British suatu ketika dahulu yang memberi impak yang amat besar terhadap perlembagaan persekutuan mahupun negeri adalah bertujuan untuk melemahkan institusi sultan dan raja Melayu.


Percaturan yang dibuat pihak British itu adalah bagi menguntungkan mereka semata namun hari ini, setelah kuasa penjajah itu meninggalkan bumi Tanah Melayu, kekuasaan penjajah yang terdiri daripada golongan pemerintah ketika itu berubah seratus peratus kepada kekuasaan dan penentuan dasar negara merupakan milik mutlak rakyat.


angin perubahan dan kesedaran politik di kalangan rakyat Malaysia yang mula meningkat menyebabkan rakyat Malaysia kini sukar diperbodohkan. kuasa penentu kerajaan terletak di kalangan rakyat jelata sendiri kerana sistem perintahan raja berkuasa mutlak telah bertukar kepada sistem raja berpelembagaan. secara dasarnya, sistem raja berpelembagaan ini mengamalkan asas-asas demokrasi yang mutlak yang mana meletakkan rakyat Malaysia sendiri sebagai penentu halatuju negara.


secara jelasnya, politik Malaysia berada dalam suatu keadaan yang amat tidak stabil dan penentu kepada kestabilan itu hanyalah di tangan rakyat sendiri. hanya rakyat yang berhak menentukan halatuju perjalanan negara dengan membuat pemilihan terbaik terhadap kepemimpinan negara.


sebagai mahasiswa, suatu pembaharuan perlu dibuat dengan perancangan yang sebaiknya. ini kerana pergolakan yang berlaku hari ini merupakan penentu kepada masa depan negara yang bakal kita warisi suatu hari nanti. pergolakan yang berlaku di negeri Perak pasti merupakan suatu titik tolak ke arah sesuatu yang pasti terukir dalam sejarah Malaysia.




Ribuan Mahasiswa Turun Suarakan Protes di Kuala Kangsar

Kuala Kangsar, 6 Feb - Himpunan Mahasiswa Bersama Rakyat pukul 3 petang tadi dihadiri oleh ribuan mahasiswa sebagai tanda membantah dan memprotes suasana politik Perak berikutan berlakunya rampasan kuasa yang bersifat tidak beretika dan kotor.



Himpunan yang diadakan di hadapan Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar itu di hadiri oleh aktivis-aktivis mahasiswa dari front mahasiswa yang diketuai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro Mahasiswa Nasional.



Jurucakap BERSATU yang merupakan NGO yang mewakili suara anak muda negeri tersebut, saudara Shahir Aziz menyatakan kepada media bahawa pendirian di peringkat mahasiswa ialah menolak amalan tidak berdemokrasi BN yang telah merampas dengan cara kotor mandat rakyat untuk memilih pemimpin mereka.



Cara BN adalah cara yang tidak demokrasi kerana terdapat unsur,rasuah,ugutan,pengkhianatan dan ini menjadi hujah bagi rakyat perak menolak kehadiran BN dengan cara kotor dalam kerajaan negeri Perak.
“Pendirian di peringkat kami (mahasiswa) jelas. Mahasiswa menolak suasana politik tidak berdemokrasi dan tidak beetika.



Mahasiswa tidak memihak kepada mana-mana parti politik tetapi lebih menekankan soal etika dan pengamalan politik yang lebih adil, bersih dan bebas daripada pengaruh rasuah,” ujar beliau di hadapan ribuan mahasiswa.



FRU dan Polis bertindak menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan perhimpunan tersebut.-mahasiswakini

Thursday, February 5, 2009

Fight For Your Right

I am really sad last night
See the stupid in your head Acting like a pussy
Killing all the guts you got
You don't even fight when your enemy not satisfied
You think about disaster
But all you do is crying all night

[Chorus]

Hey you, where, your guts
Things won't change if you keep on fighting all night
Hey you, where, your guts
Fight for your right

[Repeat again]



Fight for Your Right - ACAB

Tuesday, February 3, 2009

MAHASISWA BUKAN PEJUANG TOILET



Meneruskan rentak perjuangan mahasiswa dalam meletakkan dan mengembalikan maruah mahasiswa khususnya di UPM. Sekian lama, bumi lembah hijau ini sepi dan sunyi dengan sorak-sorai mahasiswa-mahasiswi yang lantang bersuara menegakkan kebenaran. Kesepian mahasiswa UPM dari pekikan mendaulat kebenaran ini menyebabkan sewenang-wenangnya mahasiswa diperlakukan sesuka hati oleh pihak pentadbiran universiti khususnya BHEP UPM.

Kemenangan barisan duta-duta pro-mahasiswa seramai 13 orang dalam pemilihan MPP yang lalu membuka dimensi baru dalam sejarah gerakan mahasiswa UPM.

Berpegang teguh pada perjuangan menegakkan kebenaran berprinsipkan pillar-pillar asas demokrasi sebenar, duta-duta pro-m UPM bakal mengorak langkah memperjuangkan hak-hak mahasiswa dan mengembalikan maruah mahasiswa daripada dicabul sesuka hati sebelumnya.

Perjuangan mahasiswa bukan sekadar memperjuangkan water cooler atau pejuang toilet, tetapi perjuangan mahasiswa mendasar kepada perjuangan sebenar meningkatkan martabat mahasiswa.

KITA BUKANLAH PEMULA BAGI SEBUAH PERJUANGAN, BUKAN JUA PENGAKHIR BAGI PERJUANGAN INI. TETAPI KITA ADALAH MATA RANTAI YANG MENYAMBUNG PERJUANGAN DALAM LAKARAN GERAKAN MAHASISWA UPM

Monday, February 2, 2009

Perang, Aspirasi UPM!

Hari ini, Pro Mahasiswa UPM dimaklumkan bahawa malapetaka besar telah melanda kumpulan Aspirasi UPM, apabila beberapa ahli Majlis Perwakilan Pelajar itu saling menjatuhkan sesama sendiri dengan membuat serangan peribadi antara satu sama lain. Kini, Aspirasi UPM didapati telah berpecah kepada dua skala yang besar, iaitu di kumpulan pertama yang memihak kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM di bawah naungan Prof. Azali Mohammad sebagai Timbalan Naib Canselor, dan kumpulan yang kedua pula memihak kepada perjuangan membebaskan mahasiswa UPM daripada cengkaman Prof. Azali Mohammad yang selama ini melakukan pelbagai penindasan kepada Mahasiswa UPM.

Perang dingin bermula berikutan cadangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengenai perlantikan Majlis Tertinggi organisasi MPP pada sesi kali ini. Perasaan tidak puas hati timbul apabila Bahagian Hal Ehwal Pelajar didapati mencampuri urusan dan memaksa ahli-ahli Aspirasi yang bertanding untuk mengundi calon-calon yang dianggap tidak berkelayakkan untuk memegang jawatan tersebut. Khabar-khabar angin berbentuk fitnah dan serangan peribadi mula disebarkan di persekitaran UPM. Ketegangan yang berlaku menyebabkan proses pelantikan berjalan dengan lambat dan memaksa Aspirasi untuk membuat “Kursus Induksi” yang melibatkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan juga badan-badan tertentu yang bertujuan untuk mengembalikan persefahaman antara ahli Aspirasi.
Pengerusi Pro Mahasiswa UPM saudara Mohd. Lukman Al Hakim Bin Low Abdullah menjelaskan, “Bukan kita tidak tahu, sudah sememangnya tabiat dan ragam keanak-anakkan aspirasi yang gilakan kuasa, tapi tidak melakukan apa-apa. Sebaliknya hanya mementingkan diri, tanpa memikirkan tanggungjawab yang diberikan oleh Mahasiswa. Semoga Aspirasi akan cepat matang dalam berpolitik, dan boleh mempelajari erti kebebasan sebagai sebuah badan bebas tanpa pengaruh daripada individu yang tidak berkelayakkan dan juga yang melakukan penindasan dan menghancurkan harapan mahasiswa UPM selama ini. Em… nasihat daripada saya, kalau benar ingin jadi pemimpin Mahasiswa, jangan buang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan remeh-temeh. Kita bukan lagi remaja, tapi kita adalah golongan dewasa. Sekarang ini sudah masuk bulan Febuari…..di mana perasaan malu sebagai seorang pemimpin Mahasiswa?”

Kedegilan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM daripada mendengar pandangan mahasiswa, secara tidak langsung menyebabkan kekacauan dan kelambatan proses pelantikan organisasi MPP UPM pada kali ini. Sudah pun menjadi budaya dan tradisi sebelum ini, MPP Aspirasi akan menjadi seperti orang bodoh semasa sesi mesyuarat pelantikan Majlis Tertinggi. Mereka akan membuat cadangan dan kemudian akan mengangkat tangan tanpa banyak soal seperti robot yang diarahkan untuk membuat kerja. Apakah Aspirasi lupa akan makna jati diri dan maruah diri sebagai seorang mahasiswa? Maka dengan itu, Pro Mahasiswa UPM akan terus bertegas agar Bahagian Hal Ehwal Pelajar tidak mencampuri urusan yang tidak ada mengena mahupun terus menerus memberi pelbagai sogokan kepada mahasiswa dalam urusan pelantikan MPP pada kali ini. Pro Mahasiswa tidak akan tidak akan teragak-agak membawa perkara ini keluar untuk terus membuat pembelaan kepada pemimpin mahasiswa daripada kekejaman dan penindasan.

Sunday, February 1, 2009

Cerita Belantara

Belantara terbakar lagi
tatkala pepohon kebenaran
rebah menyembah kepalsuan
akar-akar ketulusan
terbongkah dari bumi keaiban.

Gajah-gajah berderum
memecah keheningan
belantara
najisnya berserakan
dijilat kerdil pelanduk.

Mengangkat belalai kuasa
gading keakuan mencengkam
menusuk keangkuhan.

Bertempur gajah
mati pelanduk tanpa pembelaan.

Maruah warga belantara terbakar
lagi.

ZULKIFLI MOHD TOP
SBPI Gombak

Friday, January 30, 2009

Kejatuhan MPP UPM: Kerja Siapa?

Saban hari kita dikhabarkan dengan berita yang menyebabkan penyakit kemurungan dan ketakutan kepada Ahli pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar. Apa yang perlu untuk kita jadikan satu pengajaran yang jelas, ialah akan kegagalan pembawaan agenda yang digariskan oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPM di zaman doktrin mengikut dan tunduk sahaja perkara-perkara dan dasar-dasar yang lebih kepada mengugut dan mengancam Mahasiswa UPM daripada bangkit untuk bersuara. Ugutan buang kolej sering dijadikan hidangan kepada Mahasiswa, namun perkara ini akhirnya berjaya diatasi oleh Pro Mahasiswa UPM.

Banyak perkara sebenarnya yang menjadi persoalan kepada Mahasiswa mengapa perkara yang kecil yang sepatutnya boleh diperjuangkan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, namun seolah-olah perkara ini langsung tidak diambil kisah mahupun tidak kelihatan akan tindakan daripada MPP untuk bertindak dan terus membela nasib penuntut Universiti Putra Malaysia yang kita cintai ini.

Benar, tidak dinafikan Majlis Tertinggi Mahasiswa lebih dikenali berbanding ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Apakah MPP tidak bersikap mesra rakyat, ataupun tidak melakukan apa-apa untuk Mahasiswa UPM. Mengikut pemerhatian, tahap kepimpinan MPP UPM menjunam ke peringkat yang paling bawah di sejak kenaikkan Prof. Azali Mohammad sebagai Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni.
Beberapa serbuan daripada bilik ke bilik tanpa mengira batasan Hak Asasi Manusia, pejuang-pejuang Mahasiswa terus-menerus diancam dengan pelbagai ugutan dan diasak dengan pelbagai soalan di bilik-bilik pengetua kolej kediaman, mahupun di Makamah Universiti secara amnya. Malahan, yang paling membangkitkan kemarahan Mahasiswa apabila tindakan rombongan Prof Azali Mohammad menyerbu kamar-kamar kediaman siswi di kolej-kolej kediaman untuk mendapatkan bukti dan menghapuskan segala gerakan membela nasib Mahasiswa Universiti Putra Malaysia.

Satu perkara yang benar-benar mencabar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia iaitu Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, apabila tindakan Prof. Azali Mohammad, meluluskan sebuah pogram yang dinamakan sebagai Kursus Pemantapan Kolej yang diadakan di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada Tahun lalu, yang bercorakkan doktrinisasi kepada peserta-peserta yang kebanyakkannya adalah pelajar-pelajar junior UPM. Berdasarkan bukti yang sahih, semasa kursus ini dijalankan iaitu bersempena dengan bulan ramadhan, peserta-peserta pogram tidak mendirikan solat terawih kerana terpaksa mengikuti sesi bersama TNC dan pengetua-pengetua kolej kediaman. Selain daripada mandi dan berseronok bersama-sama di dalam kolam renang antara lelaki dan wanita di siang hari. Berdasarkan sumber yang lain, para peserta mengadu bahawa pogram itulah tidak bersangkut paut dengan pengurusan kolej, malahan lebih kepada menyokong pembawaan Aspirasi selama ini. Dan mengajak untuk menyokong calon-calon Aspirasi semasa pilihanraya kampus yang juga akan diadakan dalam bulan tersebut.

Manakala pada tahun ini pula, sekali lagi pogram seperti ini dianjurkan yang dinamakan sebagai Perhimpunan Patriotisme Remaja. Setiap peserta disogokkan dengan wang ringgit sebanyak RM50.00, malahan ada juga yang mencecah sehingga RM300.00. Walaubagaimanapun, kesan daripada perhimpunan ini dianggap gagal mencapai objektif berdasarkan penilaian kekalahan Aspirasi dalam kerusi umum dalam pilihanraya kampus baru-baru ini. Selain itu, percutian ke Pulau Pangkor calon-calon Aspirasi pada tahun ini juga sekali lagi menampakkan betapa kekejaman demi kekejaman dilakukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar di bawah Prof. Azali Mohammad sebagai Timbalan Naib Canselor yang sepatutnya wajib untuk bersikap adil dan demokrasi sebagai individu yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, pada tahun ini. Pro Mahasiswa UPM, menyifatkan perbuatan ini sebagai satu perbuatan yang paling teruk dan sepatutnya tidak menjadi pengamalan kepada golongan akademik yang perlu bersikap rasional dan bijak dalam melahirkan pemimpin Mahasiswa pada masa akan datang. Selain itu, perbuatan ini akhirnya menyebabkan Pilihanraya Kampus UPM 2009, berada di takuk yang paling bawah dan secara tidak langsung telah menconteng arang nama baik Universiti Putra Malaysia secara amnya.

Secara jelasnya, perjuangan dan dasar yang dijalankan oleh Prof. Azali Mohammad dalam menerajui Bahagian Hal Ehwal Pelajar selama ini, semakin hari menunjukkan keberjayaannya, dengan hilangnya roh semangat kepimpinan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar di kampus hijau yang kita cintai ini. Ini merupakan satu malapetaka yang maha dasyat menimpa dunia kehidupan Mahasiswa UPM. Penderhakaan kumpulan Aspirasi kepada Mahasiswa UPM merupakan satu dosa yang paling besar kepada keturunan Mahasiswa UPM sehinggalah ke saat ini. Dengan itu, kemaraan Pro Mahasiswa UPM dengan menggadaikan segala apa yang ada, demi menuntut dan melakukan satu perubahan dalam melihat kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UPM, menjadi sebutan di mata dunia. Biarlah segala fitnah datang melanda, kami menganggap itu sebagai dugaan dan cabaran untuk kami tempuhi, demi melihat senyuman Mahasiswa UPM kembali tercipta. Salam Perjuangan Buat Semua.

Wednesday, January 28, 2009

Bahagian Hal Ehwal Pelajar: Jangan Masuk Campur!

Pakatan Pro Mahasiswa UPM pada kali ini, menegaskan bahawa pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar tidak mempunyai hak dan autoriti untuk menentukan pelantikan Majlis Tertinggi MPP pada kali ini. Daripada sumber yang didapati, Pro Mahasiswa dimaklumkan hari ini, bahawa seorang pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, merupakan dalang yang mencemarkan nama baik universiti apabila cuba untuk masuk campur dalam urusan pelantikan MPP pada kali.

Daripada sumber tersebut, Pro Mahasiswa dimaklumkan bahawa seorang pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menyerahkan beberapa senarai nama untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi dalam pelantikan MPP pada kali ini kepada seorang calon Aspirasi, Pihak Pro Mahasiswa UPM, tidak teragak-agak untuk menuntut pihak universiti agar mengambil tindakan tatatertib sama ada dilucutkan jawatan ataupun dibuang terus daripada memegang jawatan di dalam Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM ke atas beliau.

Sekiranya perkara ini tidak diambil berat oleh universiti, secara tidak langsung akan merosakkan prestasi kepimpinan Mahasiswa yang menginginkan kebebasan dalam menentukan corak kepimpinan Mahasiswa yang sebenar. Tindakan ini seolah-olah memperlekehkan mahasiswa UPM yang juga merupakan pengundi semasa Pilihanraya Kampus yang lalu. Apakah makna sebuah Pilihanraya Kampus itu dijalankan sekiranya yang menentukan individu yang bakal memegang jawatan MPP itu adalah pegawai universiti yang langsung tidak berkelayakkan dan tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan ini?
Selain itu, pihak Aspirasi juga diingatkan supaya agar lebih berdikari dan bertindak dengan lebih matang dalam menentukan corak kepimpinan Mahasiswa pada kali ini. Strategi melobi dan merayu-rayu daripada pihak-pihak yang tidak mempunyai kaitan langsung dalam pelantikan jawatan Majlis Tertinggi dalam organisasi MPP pada kali ini, merupakan satu perbuatan yang sangat hina dan merupakan dosa yang sangat besar kepada keturunan mahasiswa. Perbuatan ini benar-benar mencabar kedudukan keseluruhan mahasiswa UPM yang juga merupakan pengundi semasa Pilihanraya Kampus yang lalu.

Pengerusi Pro Mahasiswa UPM, Mohd. Lukman Al Hakim ketika dihubungi berkata “Seorang pegawai menerima gaji untuk berkhidmat kepada mahasiswa, bukan melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan dan mencabar maruah mahasiswa, sekiranya perkara ini tidak diambil kisah oleh universiti, saya yakin dan percaya prestasi kepimpinan dan kedudukan universiti ini akan terus ketinggalan dan lesap di mata dunia. Kalau beginilah keadaannya, mengapa tidak suruh sahaja pegawai itu bertanding dalam pilihanraya kampus yang lepas? ” Tambahnya lagi dengan nada menyindir.

Maka dengan itu, Pro Mahasiswa UPM menyarankan, agar pihak universiti khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar membersihkan kembali nama baiknya, demi menjaga nama baik universiti sendiri. Demi mengangkat dan menjaga nama baik universiti, Pro Mahasiswa tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan undang-undang sekiranya perbuatan seperti ini diteruskan dan individu-individu yang terlibat tidak diambil tindakan.

Thursday, January 22, 2009

ERA PERJUANGAN BELUM SELESAI


Perjuangan dalam menyuarakan dan meletakkan kepentingan mahasiswa di tempat teratas sebagai perkara utama di kampus UPM tidak hanya terhenti dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. kuasa mahasiswa dibuktikan dengan tangan-tangan mahasiswa sendiri dalam pilihan raya kampus baru-baru ini walaupun terpaksa berdepan dengan sistem perlaksanaan pilihan raya yang penuh dengan ketidakadilan dan pencabulan dalam demokrasi kampus UPM.

Secara realiti, pro-mahasiswa UPM telah layak memegang kabinet MPP UPM kerana telah memenangi 9 daripada kerusi bebas dalam MPP seperti mana yang diamalkan di kampus-kampus lain iaitu pakatan yang memenangi majoriti kerusi bebas akan memegang "board" tertinggi MPP.

Hari ini, Pakatan Pro mahasiswa UPM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua mahasiswa yang telah membuat pilihan terbaik dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. anda telah memilih duta-duta anda dalam melaksanakan urusan-urusan anda sepanjang bergelar mahasiswa di UPM.

Bagi kami dari pakatan pro mahasiswa UPM..kemenangan baru-baru ini bukan beerti perjuangan kami telah tamat, namun kemenangan baru-baru ini membawa kami ke era perjuangan baru iaitu era mengisi kemenangan dalam meletakkan kepentingan mahasiswa sebagai yang utama di kampus UPM.

salam perjuangan serata kampus..
KAMPUS MILIK MAHASISWA!!!

Monday, January 19, 2009

Keputusan rasmi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 08/09

Pro mahasiswa telah menghantar 11 kerusi calon bebas dan 7 kerusi calon fakulti.

CALON BEBAS (MENANG)

1- Afifah bt Mohd Rodzi (8306 undi)
2- Nor Farhana Farzieana bt Azmi (8831 undi)
3- Abdul Razak b Omar @ Che Othman (6956 undi)
4- Ainur Atiqah bt Amid (6708 undi)
5- Jalilah bt Towkuman (8918 undi)
6- Siti Fasihah bt Zahari (7739 undi)
7- Nur Shahida bt Shahari (8364 undi)
8- Siti Aishah bt Mohd Dani (9080 undi)
9- Nur Shafiqa bt Mohd Ali (8387 undi)

CALON FAKULTI (MENANG)

1- Nurul Hidayah bt Ibrahim (Fakulti Pertanian)
2- Nur Ruqaiyah bt Abdul Rahman (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi)
3- Nor Roslina bt Rosalan (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan)
4- Fatanah bt Deraman (Fakulti Sains)

Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada kami.

Saturday, January 17, 2009

MAHASISWA UPM MENOLAK TATACARA PEMILIHAN MPP UPM

Dalam satu sidang media yang diadakan di UPM pada ekitar jam 11 pagi, 18 jan 09, mahasiswa UPM menyatakan penolakan terhadap penggunaan tatacara pemilihan majlis perwakilan pelajar (MPP) UPM 08/09 yang menjadi peraturan utama dalam pilihan raya kampus kali ini.

menurut jurucakap Pro-mahasiswa UPM, saudara Mohd Lukman Al-Hakim b Low Abdullah, tatacara yang digunakan kali ini bersifat kuku besi yang mana menyekat kebebasan mahasiswa bagi menjalankan kempen dalam pilihan raya kali ini.

Beliau yang telah dibatalkan pencalonan sebanyak 3 kali menegaskan bahawa pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan (JKP) sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa dalam mentafsirkan peruntukan yang terdapat dalam tatacara tersebut.

turut bercakap dalam sidang media itu adalah saudari Nur Azhani Abd Rahman yang juga dibatalkan kelayakan bertanding dalam pilihan raya kali ini atas tuduhan melanggar tatacara pemilihan yang ditetapkan.

sidang media yang dihadiri oleh hampir 100 orang penyokong Pro-Mahasiswa UPM itu diakhiri dengan aksi memijak dan membakar naskah tatacara tersebut sebagai simbolik terhadap penolakan tersebut


KENYATAAN AKHBAR

berhubung

PEMBATALAN KELAYAKAN SEBAGAI CALON

PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

PENDAHULUAN


Proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sesi 08/09 memperlihatkan pelbagai kezaliman dan penyalahgunaan kuasa terhadap calon-calon bukan tajaan universiti. Bentuk-bentuk kezaliman yang dilakukan adalah berhubung dengan peraturan yang diperuntukkan di dalam tatacara pemilihan yang menjadi undang-undang utama dalam proses pemilihan kali ini. pihak Jawatankuasa Pelaksana Pilihanraya (JKP) dengan sesuka hati menggunakan peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam tatacara ini untuk menghilangkan kelayakan calon-calon daripada Pro-Mahasiswa UPM


KES 1 : PEMBATALAN KELAYAKAN BERTANDING TERHADAP 8 CALON


Pembatalan yang diterima oleh 8 calon Pro-Mahasiswa termasuk saudara Mohd Lukman Al-Hakim B Low Abdullah dengan alasan kegagalan melengkapkan borang pencalonan dengan selengkapnya walaupun kesilapan itu berpunca daripada kesilapan pemakluman daripada pegawai JKP sendiri. Pembatalan ini termansuh setelah rayuan yang dibuat diterima.


KES 2 : PEMBATALAN KEDUA TERHADAP SAUDARA LUKMAN AL-HAKIM


Pembatalan kedua ini berhubung bantahan yang dibuat oleh seorang calon berhubung kegagalan Saudara Lukman Al-hakim untuk menafikan salah seorang mahasiswa yang mengaku sebagai pencadang beliau dalam satu sesi taklimat calon bersama pencadang calon. Bantahan ini ditolak setelah pengadu gagal membuktikan kesahihan aduan.


KES 3 : PEMBATALAN KETIGA TERHADAP SAUDARA LUKMAN AL-HAKIM


Pembatalan ketiga ini diterima berhubung bantahan yang dibuat terhadap beliau di atas tindakan beliau mengoyak satu notis yang dikeluarkan oleh JKP walaupun terdapat keraguan dalam membiktikan kesahiahn notis tersebut daripada JKP. Tiada rayuan dibuat terhadap bantahan ini.


Perkara tersebut di atas dan surat bertarikh 17/01/09 daripada jawatan kuasa induk (JKI) Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) University Putra Malaysia (UPM)08/09 adalah dirujuk.


Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin mencabar kesahan terhadap keputusan JKI untuk membatalkan pencalonan saya menerusi surat makluman mereka bertarikh 17/01/2009.

Alasan-alasan tindakan saya adalah:-


1. Merujuk kepada keseluruhan kandungan tatacara pemilihan MPP UPM 08/09 (setakat 08/01/09) didapati bahawa tiada tafsiran Jawatankuasa Pemantau (JKP) sebagaimana yang dinyatakan di dalam kandunagn surat tersebut. Oleh yang demikian, saya memohon agar pihak tuan menjelaskan kepada saya secara bertulis mengenai apa yang dimaksudkan dengan Jawatankuasa Pemantau.

2. Sekiranya merujuk kepada tatacara 32(1), peruntukan yang tersedia hanyalah sekadar membuat pemantauan dan pengawasan sahaja dan ini tidaklah termasuk bidangkuasa membuat aduan sehingga boleh membatalkan sesuatu pencalonan. Selain itu, saya menyatakan behawa peruntukan ini masih lagi gagal menjelaskan dan/atau mendefinisikan maksud dan/atau bidangkuasa Jawatankuasa Pemantau sebagaimana kandungan surat tersebut.

3. Saya tidak menafikan bahawa pihak JKI mempunyai bidangkuasa sebagaimana tatacara 6(7)(a)(vii). Walaubagaimanapun, saya memohon penjelasan atau pertimbangan pihak tuan mengenai tatacara 6 secara keseluruhannya bahawa setiap keputusan JKI perlu diputuskan sekurang-kurangnya oleh satu pertiga keanggotaan dan bukanlah bergantung kepada satu kuasa muktamad oleh pengerusi JKI (dalam erti lain dengankata lain kuasa veto dan/atau kuasa penentu).

4. Seterusnya, tiada istilah dan/atau kejadian mengganggu tugas mana-mana pegawai dan/atau JKP sepertimana yang dinyatakan. Ini adalah kerana, segala maklumat telah dapat diakses dan/atau disampaikan kepada massa. Selain itu, notis yang dikoyakkan (sekiranya benar sperti dakwaan) adalah bukan yang terkini dan/atau terbaru bagi menyampaikan sebarang maklumat kerana terdapat notis-notis terkemudian yang lebih terkini dan/atau terbaru.

5. Saya juga menyatakan pembatalan ini memprejudiskan pencalonan saya sebagai calon wakil pelajar di mana salinan aduan bertulis tidak diserahkan kepada saya. Malah, saya tidak diberi peluang langsung untuk menjelaskan kedudukan saya di dalam hal ini. Pembatalan ini diterima secara tiba-tiba dan saya tidak mempunyai asas pengetahuan tentang dakwaan ini.

6. Aduan ini antara lain adalah tidak jelas di mana butir-butir aduan seperti masa, pengadu dan kandungan tidak dijelaskan dan/atau dimaklumkan kepada saya. Sekali lagi aduan ini telah memprejudiskan saya di mana saya tidak mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai butiran aduan.


Sehingga penjelasan lanjut mengenai perkara-perkara yang disentuh sebagaimana kenyataan lanjut mengenai perkara-perkara yang disentuh sebagaimana kenyataaan di atas, saya berpendapat bahawa pembatalan pencalonan saya adalah tidak sah dan terbatal kerana gagal mematuhi peruntukan-peruntukan di dalam tatacara dan selnjutnya gagal memberikan penjelasan lanjut mengenai kelompangan (lacuna) di dalam tatacara yang sama.

KES 4 : PEMBATALAN TERHADAP SAUDARI NOR AZHANI BT ABDUL RAHMAN


Pembatalan kelayakan bertanding ini berhubung kegagalan saudari Nor azhani untuk mengikut tatacara yang ditetapkan iaitu telah menggunakan bahan kempen berbentuk gambar yang ditampal pada kenderaan persendiriannya. Rayuan telah dibuat namun rayuan tersebut ditolak.


Alasan pembatalan ini adalah kerana setelah merujuk kepada 31 (4), didapati bahawa saya menjalankan perarakan. Mengikut maksud biasa (common usage) bagi perarakan adalah sekumpulan manusia berjalan bersama-sama di dalam suatu barisan.


Tetapi di dalam kejadian ini, saya hanya berdua dengan pencadang saya di dalam perjalanan pulang ke kolej dan bukan atas niat untuk berarak atau sebaliknya sebagaimana yang diertikan oleh maksud perarakan di dalam penggunaan biasa seharian.

Seterusnya saya juga merujuk kepada 35(2), mengenai penggunaan kempen secara bercetak atau elektronik. Saya menjelaskan bahawa kenderaan tersebut adalah milik persendirian saya yang mana pada sebarang masa tidak bertujuan untuk digunakan bagi maksud berkempen sebagaimana yang dimaksudkan oleh penggunaan biasa maksud ‘kempen’ sepertimana 35(2).


Seterusnya, saya mohon merujuk kepada tatacara pemilihan MPP UPM 08/09 (setakat 08/01/09) secara keseluruhannya saya mendapati bahawa tiada sebarang klausa atau peruntukan yang menyatakan atau menjelaskan bidang kuasa Jawatankuasa Pemantau (sepertimana kandungan surat jawatankuasa pilihanraya bertarikh 17/01/09).


PENUTUP

Kami juga melahirkan kekesalan dimana pihak pentadbiran university gagal/enggan/cuai dan/atau/abai memberikan akses kepada para pelajar UPM mengenai keberadaan perlembagaan Universiti Putra Malaysia 1998(P.U(A)106/98) dan kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib pelajar-pelajar 2005). Undang-undang ini merupakan ‘Priciple Law’ yang mana tatacara pemilihan perlu ditafsir/disilang rujuk sepertimana yang dinyatakan didalam beberapa peruntukan yang tersedia didalam tatacara yang sama.

Ini merupakan suatu penafian university terhadap hak-hak asasi manusia iaitu, hak untuk mendapatkan informasi/pelajaran sebagaimana termaktub didalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Ini juga bertentangan dengan prinsip ‘Declaration of Human Right’.

Terakhirnya kami memohon pihak JKNCBRP dan/atau mana-mana pihak berwajib university memberikan penjelasan lanjut secara bertulis atau penerangan umum tentang isu-isu dan permasalahan yang timbul.

Sehingga sebarang penjelasan dibuat, kami menegaskan bahawa pembatalan kami adalah tidak sah danterbatal kerana gagal mematuhi tatacara dan/atau mana undang-undang yang terpakai.


PAKATAN PRO-MAHASISWA UPM

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox