Rampasan Kuasa di negeri Perak, sekali lagi menampakkan betapa keadaan Negara dalam keadaan yang tidak aman dan perbalahan sesama sendiri berlaku di sana-di sini. Masing-masing berlumba-lumba melobi kepada rakyat untuk meraih sokongan, dan perhatian. Namun, sayang ibarat perang di dalam rumah, adik-beradik bertikam lidah, ibu menangis merintih kesedihan.
Iman dan kesabaran sudah tidak menjadi pegangan, fitnah dan penindasan dijadikan amalan. Menyentuh mengenai Isu “Derhaka Kepada Sultan” yang dimainkan oleh UMNO melalui kenyataan Karpal Sing kepada media bahawa pihaknya akan menyaman Sultan Perak di atas pelantikan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang Baru menggantikan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaludin kerana tidak mengikuti prosedur yang sepatutnya.
Pada hakikatnya, Karpal Sing tidak boleh memfailkan saman itu dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran daripada peguam Negara. Peguam Negara perlu meneliti semula setiap apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga apa yang terdapat di dalam undang-undang kerajaan negeri Perak. Saman terhadap Sultan tidak mudah seperti apa yang diceritakan.
Selain itu, terdapat juga sedikit kelemahan UMNO dengan mengunakan kenyataan “Sembah Derhaka” oleh Dato’Seri Nizar Jamaludin dengan mengatakan Dato’ Seri telah menderhaka kepada Sultan Perak. Sedangkan itulah antara bahasa dan adab yang perlu untuk diamalkan ketika berada di dalam Istana. “Sembah Derhaka’ bersamaan dengan maksud “Tidak Setuju”.
Baiklah mari kita bersama-sama menyoroti sejarah penderhakaan parti politik di zaman selepas kemerdekaan Negara Malaysia.
Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 Tun Dr.Mahathir Mohammad, dan Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.
Pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca televisyen.
Wira UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka secara terang-terangan.
Seterusnya, 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali telah bertindak menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar Musa bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah. Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun daripada takhta.
Hasil daripada pindaan Perlembagaan Persekutuan yang disokong oleh menteri-menteri Kabinet UMNO termasuklah Dato’Seri Najib Tun Razak dan juga menteri-menteri UMNO yang lain yang masih ada pada hari ini, akhirnya Mahkamah Khas Raja-raja Melayu diwujudkan yang membolehkan Sultan diambil tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan. Sekaligus menghilangkan martabat dan keagungan Sultan yang pada mulanya bebas daripada sebarang kuasa untuk dikenakan tindakan undang-undang di dalam Negara Malaysia.
Oleh yang demikian, persoalannya, adakah benar “tidak bersetuju” itu bermaksud kita sebagai rakyat Malaysia sudah menderhaka kepada Sultan? Sultan juga adalah manusia, yang memegang tampuk pemerintahan sebagai lambang keagungan agama Islam dan perpaduan rakyat. Sebagai seorang manusia biasa, Baginda juga mempunyai kelemahan yang memerlukan pandangan dan sokongan daripada kita untuk menjalankan tampuk pemerintahan Negara.
Nabi Muhammad s.a.w juga pernah tidak bersetuju dengan Allah s.w.t mengenai jumlah waktu solat yang terlalu banyak. Dan Allah s.w.t menerimanya dengan mengurangkan kepada 5 waktu sehari. Hal ini adalah kerana, Allah Maha Mengetahui akan kemampuan hambanya. Adakah dalam konteks ini Nabi menderhaka kepada Allah s.w.t? Sebagai orang yang berilmu, beriman dan bertaqwa, saya serahkan jawapan ini kepada semua pejuang bangsa Melayu untuk menjawabnya!
Maka dengan itu, saya memohon kepada semua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Untuk bersama-sama meleburkan sifat benci dan dendam sesama kita sebagai saudara seagama. Demi keredhaan Allah, kita perlu untuk bersatu, marilah kita lupakan sengketa lama, mari kina bina perpaduan, bergerak bersama menuju kejayaan di hadapan sana. Kita sedang ketinggalan di arena dunia. Jangan buang masa. Ayuh kita lakukan perubahan.
Mohd. Lukman Al Hakim Bin Low Abdullah
Pengerusi Pro Mahasiswa UPM
22 comments:
Alhamdulillah...bagus kiranya kenyataan saudara berdasarkan sejarah dan fakta-fakta yang memang wajar dinyatakan. tetapi dalam konteks negara kita yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi dan raja berperlembagaan kita haruslah melihat Sistem beraja sebagai asas kepada pemerintahan negara. merujuk kepada keputusan DYMM Sultan Perak terhadap perlantikan kerajaan baru negeri Perak, bagi saya keputusan yang dibuat oleh baginda merupakan keputusan yang sewajarnya. Ini kerana jika dilihat dari konteks bilangan kerusi dalam DUN Perak, majoritinya dikuasai oleh Barisan Nasional. Maka wajarlah kerajaan Pakatan Rakyat dilucutkan pemerintahan dan diganti dengan BN. Selidiki sebaik-baik, buatlah pertimbangan tanpa menyebelahi mana-mana pihak, anda akan dapat jawapannya..
salam..
>pejuang bangsa<
Kepada Pejuang bangsa, saya rasa anda silap fakta, Sekrang ini Kerusi BN adalah sebanyak 28 kerusi, dan begitu juga dengan Kerusi Pakatan Rakyat sebanyak 28 kerusi.
Dan tiga calon yang dikatakan melompat parti itu, mengistiharkan diri mereka sebagai calon Bebas.
Dalam sistem Demokrasi, Sultan bertindak berdasarkan keputusan Dewan melalui speaker, Undi tidak percaya kepada Nizar masih belum lagi belum dilaksanakan. Bagaimana pula BN tiba2 membuat keputusan tanpa ada persidangan??
Sla rujuk balik Undung2 Tubuh Negeri Perak, Fasal 16 (6)...
Sultan tiada kuasa memecat MB..
MB hanya boleh lucut jawatan andai 3 perkara berikut berlaku...
1. DUN dibubarkan
2. MB meletak jawatan (atau meninggal dunia).
3. Undi tidak percaya.
Berdasarkan kepada kenyataan SUHAKAM, Tun Dr. Mahathir serta Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Seri Ir. Nizar masih sah selaku MB PErak!!
Perlembagaan Malaysia:
Article 43 (4): “If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet.”
Perlembagaan Negeri Perak:
Article XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.
Perbezaan susunan perkataan dan perbezaan penggunaan bahasa antara peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak berhubung status ‘hilang majoriti’ seorang Perdana Menteri dan Menteri Besar, telah menyebabkan kekeliruan Istana Perak hingga memutuskan bahawa Perlembagaan Negeri menghendaki MB Nizar meletak jawatan.
Kenyataan Pejabat DYMM Sultan berhubung keputusan memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru yang dikemukakan oleh BN jelas memperlihatkan kekeliruan pihak Istana.
Petikan Kenyataan Media Pejabat DYMM Sultan Perak:
“Selepas bertemu dengan semua 31 ADUN tersebut, DYMM Sultan berpuas hati bahawa YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.”
Kenyataan ini boleh dianggap sebagai tafsiran perlembagaan yang betul sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Perdana Menteri oleh Yang DiPertuan Agong. Tetapi ia jadi sebaliknya iaitu sebagai ‘tafsiran yang salah’ sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Menteri Besar oleh Sultan Perak.
Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, ‘hilang sokongan majoriti’ merujuk kepada ‘ahli-ahli Dewan Rakyat’ manakala sebaliknya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri, ia merujuk kepada ‘Dewan Undangan Negeri’ dengan tiada perkataan ‘ahli-ahli’ bersama dengannya.
Ini bermakna ‘hilang sokongan majoriti’ bagi kes peringkat persekutuan melibatkan Perdana Menteri, penentuannya boleh dibuat di luar sidang Parlimen (seperti dengan kehadiran majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat mengadap Yang DiPertuan Agong).
Hal ini berbeza bagi kes di peringkat Negeri Perak kerana peruntukan perlembagaan menghendaki penentuan ‘hilang sokongan majoriti’ itu dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri melalui undi tidak percaya kepada Menteri Besar.
Kenyataan Media DYMM Sultan menyebutkan perkataan ‘hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri’ sedangkan Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak menyebutkan ‘hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri’.
Kekeliruan timbul antara “the confidence of the majority of the members of the House of Representatives” dalam Perlembagaan Persekutuan dengan “the confidence of the majority of the Legislative Assembly” dalam Perlembagaan Negeri Perak.
Oleh itu pendirian Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah adalah menepati kehendak Perlembagaan Negeri Perak. Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar hanya patut berundur setelah usul undi tidak percaya terhadapnya dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan berjaya mendapat sokongan majoriti.
Tiada kaedah lain yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negeri Perak untuk penentuan ‘hilang sokongan majoriti’ bagi seorang Menteri Besar.
aqsdsad
pergi kelas belajar la...jangan dok sibuk politik je....
kalau korang anak perak takpe la jugak....ini anak kelantan lah,anak kedah la..dok sibuk komen pasal perak..selesaikan dulu masalah exam korg,masalah tutorial...
nak makan seharian pon terkantat kantat..nak menjaga kebajikan mahasiswa konon..pigi dah..
promahasiswa ni sapa?jabatan kebajikan ka?
Kami Rakyat Malaysia, Hamba Pencipta.
Sebagai khalifah di atas muka bumi Tuhan.
Buka sekada pemimpin mahasiswa, tapi kami adalah pemimpin dunia.
Mahasiswa kena tahu masalah negara, dan isu2 semasa... uish.. bodoh bangat sih.. Aspirasi.. aw...aw...aw...
Sy rasa, entri ni, bagus.. penuh dengan sejarah yang memenuhi kriteria akademik...
apa masalahnya.. bongoklah aspirasi ni..
belajar politik bukan berpolitik melebihi belajar....kekeke...ape sengal la PRO Mahasiswi...kekeke
Pelajaran adalah paling utama bg kami, kwang3...
Kami bukan orng politik, tapi mahasiswa yang sedang belajar...
Ape belajar tu sekadar yang ada dalam silibus ke??
Patut la budak2 aspirasi ne byk yang ngok!! jadi balaci ramai!
Ngok=bongok.. hahaha...
Si Syamsul tu memandai2 mengaku budak PKR.. Ni kami ni ha, budak PKR... buat malu tol!
Pakatan Pro Mahasiswa = Pakatan Rakyat!
Mantap!
pakatan pro mahasiswa=pakatan pas,dap dan pkr
hidup mahasiswa...hidup rakyat
aspirasi = umno + (mic + mca + be end)
bhep + mtm + umno = baktisiswa/ desasiswa
sotong + penipu + berlagak ensem = aspirasi
Kami sokong proM... biarkan si ikan2 siakap, senohong, gelama, ikan duri tu dgn bapak2 ikan diorang...
Silap2.. MTM dah sikit dah jadi ASPIRASI.. hehehe.. kawan2 aku ramai MTM.. kwang...2
Kami sokong penuh perjuangan Pro M!
mana sambungan kisah siakap ni..lambatnya nak kluar...
sepertinya..ikan gelama siakap...masih boleh diguna pakai untuk makan dan dimasak...
apakah kegunaan ikan emas dan duyung..hanya jadi perhiasan...berkata sane sini...dok ngate org sane...dok ngutuk org sini....
tak nak buat keje....apakah itu?
cube korang ibaratkan diri kamu semua seperti ikan yang banyak kegunaan nye...tak gitu??
walaupun bilis...masih ade gunenye...
Aku manusia ye.. bukan haiwan mahupun anak ikan.. hahaha..
bijak.....
anda bukan ikan mahupun haiwan...
itulah sebenarnya ibubapa anda hantar kesekolah....untuk belajar dan bezakan yang mane baik dan buruk yang mana manusia dan binatang....
'ibarat' sahaja...kalau tak faham apa makna ibarat...sila rujuk pada kamus dewan..
Aku just cakap aku ni manusia.. bukan haiwan, apa masalahnya... yang dok terasa sangat tu, buat pe??
for me, datang universiti bukanlah untuk belajar n grad je tapi untuk belajar n tahu realiti kehidupan sebenar sama de dalam universiti or kat malaysia ni..
jgnla berfikiran jumud
Post a Comment