..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Wednesday, February 11, 2009

Siakap, Senohong, Gelama, Ikan Duri…(Part 1)


Alkisah sebuah cerkon (cerita kontot) bermula..

Di sebuah negeri . berhampiran sebuah perairan yang dikenali tasek serdang, tinggallah sekumpulan penghuni rimba dengan amannya..Setelah sekian lama raja harimau memegang tampuk kepimpinan,sudah tiba masanya untuk berubah kepimpinan. Slogan “Harimau Maut” yang sering dilaungkan Sang Raja Harimau akhirnya memakan diri sendiri.Raja harimau telah ditemui mati dengan hinanya kerana tertelan biji durian yang dirampas daripada rakyat. Memandangkan raja Harimau tidak mempunyai keturunan kerana mengalami masalah mandul,satu pemilihan baru terpaksa dilakukan untuk menggantikan kepimpinan beliau.Dipendekkan cerita,rakyat sepakat memilih di kalangan ikan untuk menerajui tampuk kepimpinan. Ini kerana, mereka menganggap ikan adalah satu makhluk yang tenang,tegas, mesra dan yang penting tidak mempunyai kuku untuk menjadi “kuku besi” (seperti raja harimau).

Pada awal kepimpinan, pembesar-pembesar ikan memerintah negeri dengan amannya walaupun berlainan pemahaman politik. Mereka rela mengenepikan kepentingan diri sendiri demi menjaga kebajikan rakyat. Namun pada suatu hari…

Bertanya Sang Pembesar Ikan Emas kepada Pembesar Ikan Gelama,” Wahai sahabatku ikan gelama, bagaimana dengan rancangan kita tentang kem induksi kepimpinan? Adakah jadi dibuat pada 7-9 Februari ini?” Maka, menjawablah si Ikan Gelama, “Setahu hamba, program itu tidak jadi pada 7-9 ini dan ditunda pada 22 Februari ini…”..”ooo…begitu..kalau begitu, tidak mengapalah, apa-apa perkembangan nanti, tolong informkan, yea..”jawab si Ikan Emas lalu berlalu dari situ untuk menyelesaikan beberapa permasalahan rakyat.

Alkisahnya pula, pada pagi 7 Februari, berenang-renanglah Si Pembesar Ikan Duyung berhampiran Batu Karang Astaka Seni . Maka ternampaklah oleh beliau akan kroni ikan Siakap, Senohong, Gelama dan Ikan duri bersama Ikan Buntal dan beberapa pembesar yang lain sedang menaiki Kenderaan Rasmi Negeri. Terfikirlah di hati Ikan Duyung “Kemana pembesar itu semua mahu pergi? Bukankah, kem induksi kepimpinan sudah dibatalkan?”…maka, denagn tergopoh-gapahnya, Si IKan Duyung menghubungi Pembesar Ikan Emas melalui telefon 3G nya untuk memberitahu akan hal itu.

Untuk mendapatkan kepastian, Si Pembesar Ikan Emas pun menghubungi Pembesar Ikan Duri..”Assalamualikum Ikan Duri, Ikan Emas di sini. Hamba nak Tanya, Tuan hamba di mana sekarang? Di kem induksi ke?” maka menjawablah Si Pembesar Ikan Duri tanpa ragu-ragu( disebabkan kenaifannya)” Ye, hamba di kem induksi. Di Hotel Empress berhampiran perairan Sepang. Datanglah, tuan hamba belum terlambat. Kami pun belum check in lagi”. Maka sedarlah Si Ikan Emas bahawa terdapat konspirasi di pihak Ikan Siakap dan kroninya untuk mengadakan kem induksi tanpa pengetahuan Pembesar Ikan Emas dan sahabat2nya.

Teringat Sang Ikan Emas akan perbualannya dengan Si Pembesar Ikan Buntal….” Tuan hamba di mana sekarang? Adakah sudah check in hotel untuk kem induksi?” Dijawabnya ikan Buntal” Check in hotel? Kem induksi? Mana ada..kem Induksi tak ada minggu ni.” Si Ikan Emas merasa teramatlah hairannya padahal menurut Si Ikan Duyung, dia melihat dengan mata kepalanya sendiri yang Ikan Buntal turut sama menaiki Kenderaan rasmi Negeri dan bertoalk ke Empress Hotel..” Mungkin ini satu helah. Maka bertanyalah lagi Si Ikan Emas dengan bertujuan untuk memerangkap Ikan Buntal yang sudah pandai menipu padahal sebelum ini dikenali sebagai seorang yang taat pada perintah tuhan..”Jadi tuan hamba di mana sekarang?”. Dijawabnya oleh si Ikan Buntal(melalui telefon)..”hamba berada di sekitar perairan Kuala Lumpur…” kedengaran suaranya agak gagap dan tersekat-sekat.. sayup2 kedengaran suara garau Si Ikan Gelama memberi pengumuman melalui corong telefon 3G Si Ikan Emas….

To be continue…


p/s: kisah ini bukan rekaan semata-mata tapi ada kaitan dengan y hidup dan bukan dengan y mati. kepada kepada semua spisies ikan terutamanya siakap, senohong, gelama ikan duri, termasuk buntal, sila tinggalkan comment untuk membela diri.

pantun termahal di sini adalah hasil inspirasi mantan NC UPM, Dato' Zohardie Bardaie

siakap, senohong, gelama, ikan duri
bercakap bohong boleh jadi menteri

22 comments:

Anonymous said...

kenapa lah korang asyik bergaduh pasal kerusi MPP...baik aspirasi mahupon pro mahasiswa,belom angkat sumpah lagi pon dah nak bergaduh pasal MPP....

igt....jangan merasa diri tu hebat dan maksum..

Anonymous said...

boleh jadi pelawak istana firaun la penulis blog nie...kekekeke

Anonymous said...

"al kisah..taib

alkisah tersebut lah kisah sang kancil beramai ramai mengadap sultan firaun...taib"

"mana firaun pakai sultan"

petikan dari Pendekar Bujang Lapok


-PROMpak

Anonymous said...

Siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama2 jadi YDP EmPiPi

Anonymous said...

Kalau dah terasa pedas tu.. diam2 jelah wei.. buat malu spesies je.... pondan! Uish.. geli aku.. hahaha...!

Anonymous said...

siakap senohong gelama ikan duri,fitnah dan bohong lama2 org benci...

PROMpak jr.

Amin Ahmad said...

modus operandinya sama mcm zaman 2004/2005

Anonymous said...

Fitnah apanya.... ni cerita kontot... biasa2 je.. yg terasa sgt tu kenapa? Hahaha... makan chili kat hotel, mesti rasa sedap.. kwang5....

Anonymous said...

makan chili free tambah sedap sedap... azab pun sedap.... darah daging taw...


-hapuskan segala tipu muslihat...

Anonymous said...

ASPIRASI PENIPU!!

Fahmi bapa PENIPU!

SIAP BAWA ANAK BINI PLA P HOTEL>> TAK MALU KAH WEI???

Anonymous said...

CITE KO NI BLEH LETAK DLM ARKIB LA..HAHAHA

Anonymous said...

berburu ke padang datar
dapat rusa belang kakinya
berguru kepalang ajar
ibarat bunga tanpa serinya

Anonymous said...

Ibarat bunga kembang x jadi

lah...

Bodoh!

Anonymous said...

ini laman webpromahasisw(a) ke laman web promahasisw(i)

Anonymous said...

saya terfikir....
perlukah pihak aspirasi memaklumkan segala aktiviti mereka kepada proM?
Perlukah proM melaporkan segala aktiviti yang dijalankan kepada aspirasi??
Tapi saya pasti MPP harus memaklumkan segala aktiviti kepada BHEP...
Dimana salahnye aspirasi..
ape yang ingin dibuktikan oleh proM melalui artikel cerkot diatas??

Anonymous said...

Cerkon ni, salah guna kuasa...
Pegawai BHEP & Aspirasi makan duit student..

Jadi, xkanlah BHEP or Aspirasi nak laporkan dosa yang diaorang lakukan..?

Lagipun dalam aspirasi tu, bukan semua aspirasi, ramai jg yang trpaksan mengikut dan tunduk..

Jangan silap, kami bukan mahasiswa yang suka menjilat...hahaha.. padan muka, kalau nak tahu, sayalah yang sebarkan cerita ni, dengan budak2 Pro M...

Jom, Kampus UPM!
Nak tau lebih lanjut...
mari kita teruskan.... hehehe...

Anonymous said...

seperti batu api je bunyi nye....
panas membara seakan panasnye batu didalam neraka....
suka kamu jika manusia sesama islam bergaduh disebabkan cerita bohong itu..
setahu saya...aspirasi hanya membuat perjumpaan untuk menguatkan lagi team mereka...meningkat persefahaman antara mereka dan mengenali siapakah ahli aspirasi yang sebenar...almaklum mereka ada yang dari fakulti lain dan kolej pun berlainan....salahkah??
seperti juga proM berjumpa bermesyuarat untuk menguatkan pakatan anda..tapi keadaan mereka hanya jauh diluar disebabkan mereka ramai....
justeru itu...jangan menyebarkan cerita2 palsu yang akan menimbulkan salah tanggapan terhadap orang lain.

Anonymous said...

Hek eleh, macam lah aku x tau, korang bt pe...? udah2 lah woi..!

Anonymous said...

O Johari ke???

Anonymous said...

cerkon di atas adalah untuk memberi gambaran kat student apa yang wakil yag depa pilih buat dgn duit rakyat
aku tak kisah kalau aspirasi nak buat program untuk diorang
sama gak dengan proM,depa pon mesti ada buat program diorang gak
yg aku x suke, buat program guna duit rakyat, duit student, duit u
ni aku malas nak percaya kalau bhep masuk campor...
mane bleh sebelah maner2
biarlah depa bertempur student lawan student...

Anonymous said...

aspirasi nak but prgram, buat la...
tp jgn la pakai duit student, pakai duit sendiri. duit student bkn utk mpp aspirasi je..duit student utk sume!!

Unknown said...

tARAK MAW NGAKU LAGI...
KAKA...KIIKIIII... SUDAH LA KANTOI... MAU TAK MAU ... MAU JUGAK ... HARTA N MAKANAN AMAT MENYELERAKAN...
"HAMBA TIDAK SELERA, KLU TUAN HAMBA SELERA MAKANLAH YANG ORANG PUNYA NIE.. MAKAN TUE TUAN HAMBA JANGAN LUPA BACA BISMILLAH, BACALAH DENGAN NAMA TUHAN-MU YANG MENCIPTAKAN"

-PENGLIPUR LARA YANG TAK PANDAI BER CERITA

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox