..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Tuesday, February 17, 2009

PPSMI:Tatkala Bahasa Ditelan Bangsa

Perjuangan memartabatkan bahasa melayu telah melakarkan sebuah perjuangan yang panjang. Sewaktu detik mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tuntutan rakyat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi tidak dapat dipenuhi oleh parti yang memerintah. Alasannya kerana Bahasa Melayu belum benar-benar bersedia untuk mengambil-alih tugas Bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara. Atas sebab itu, Bahasa Inggeris masih dibenarkan penggunaannya, untuk tempoh masa 10 tahun lagi. Tempoh itu dirasakan manasabah untuk setiap rakyat Tanah Melayu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.

Pada tahun 1967, Bahasa Inggeris masih diberi ruang yang besar sebagai bahasa rasmi. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman.

Apa gunanya merdeka, jika bahasa anak pribumi dianggap sebagai bahasa kelas ketiga dan tidak layak diguna di negara sendiri? Adakah tempoh 10 tahun masih tidak cukup untuk setiap rakyat memantapkan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan? Inilah yang diperjuangkan oleh pejuang bahasa dalam tahun 1967. Mereka berasa bagi dikhianati oleh para pemimpin yaang kononnya memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.

Sekumpulan 9 orang peguam Melayu telah menghantar memorandum menyuarakan bantahan namun tidak dipedulikan oleh parti yang memerintah.

Kemarahan orang Melayu membuak-buak. Seramai 2,000 orang mewakili 120 pertubuhan orang Melayu telah berhimpun di Balai Budaya, DBP pada petang Jumaat 3 Mac, 1967. Perhimpunan ini menyaksikan orang Melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik. Peristiwa itu juga diingati dengan ucapan Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP yang menitiskan airmata mengenangkan nasib Bahasa Melayu;

"...saya menangis bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir daripada keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak boleh buat apa-apa sekarang ini. Saya terikat..."

Kemarahan rakyat sudah tak terbendung menyaksikan sekumpulan aktivis bersedia mahu berarak ke Bangunan Parlimen. Mereka mahu mengusung Keranda 152 yang membawa jiwa bangsa yang sudah ditamatkan hayat oleh bangsanya sendiri.

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu mencapai kemenangan apabila tercetusnya peritiwa 13 Mei 1969, yang kemudiannya seakan menjadi penyelamat apabila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara.

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI)...

Hari ini martabat bahasa Melayu telah berjaya dijahanamkan. Segala titik peluh, darah keringat dan pengorbanan mengangkat bahasa Melayu diabaikan, langsung tidak diberi pengiktirafan. Golongan 'taksub' Western worldview bersorak keriangan kerana semua bahasa- bahasa ibunda di dunia, termasuk bahasa Melayu disapu habis oleh kuasa bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris telah menjadi lingua franca seantero dunia.

Perlaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPMSI) telah dilancarkan pada sesi persekolahan 2003 yang mana telah diputuskan sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Perlaksanaan PPSMI dilihat sebagai satu keputusan drastik pihak kerajaan tanpa membuat satu penilaian dan penelitian yang teliti terhadap keberkesanan dan impaknya kepada semua rakyat Malaysia.

Dalam satu pertemuan tertutup bersama GAPENA suatu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir sendiri mengakui kesilapannya dalam meluluskan keputusan PPMSI di Malaysia. Namun, oleh kerana keputusan tersebut telah dimulakan maka PPSMI tetap diteruskan.

5 comments:

Anonymous said...

Koramg ni sepatutnya perjuangkan bahasa arab, bukan bahassa melayu.... !

Anonymous said...

sape kate bahasa melayu dipinggirkan?
cube kowunk bayangkan kowunk blaja sc n math lm bm dari kecik abes spm,
tup2 masok ipta gune bi..
xke haru namenye 2?
pk ngan logik la..
pk ke mase hadapan..
kit bukn nk hapuskan bahasa melayu.
cuma nak menghasilkan pelajar berkualiti jerkk..

Anonymous said...

Basikal Idaman ni rasanya kurang ilmu pembacaan kot.. yang BI kat IPT PPSMI lah ngok.... masalanya, kita bukan study pasa BI, tapi kita nak study pasal MATH anda Sains.. wei, aku ni student sains, aku taulah... boleh je, nak ngajor sains ni dalam BM, xda masalah.. Kerajaan dah buat silap, takkan tegur sket pun x boleh, perbetulkan sjlah.. kesian budak2 tu...

Anonymous said...

aku suka ngan comment dari basikal_idaman..tapi nak masuk u apa ke jadahnya klu spm pun tak lepas..basikal_idaman pun jadi basikal_cabuk la..wakaka

Membina Rumah said...

Membina Perjuangan ni rasanya tak berotak atau jakun kot...rasanya kau tak biasa melepak di perpustakaan atau pergi ke kedai2 buku...bilangan buku2 sains dan math dalam bahasa melayu rasanya boleh dibilang dengan jari..dan biasanya diterbitkan oleh universiti2...hampir kesemua buku2 rujukan sains & math dalam bahasa inggeris....kalau kau dapat senarai buku2 pengajian kau pun rasanya hampir semua dalam bahasa inggeris

Melainkan si membina perjuangan sanggup menterjemah buku2 dalam bahasa inggeris ke bahasa melayu..aku rasa kau tak payah cakap banyak lah

Aku dah tengok ramai rakan2 aku yang ambik kursus2 kritikal sengsara akibat tak kuasai BI..kena terjemah buku2 BI ke BM dan kemudian tukar balik ke BI bila buat perbentangan & tugasan


JAdi jangan birkan adik2 kita sengsara macam kita beb

PS: Apa yang kau perjuangkan sebenarnya heh?

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox