..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Monday, February 2, 2009

Perang, Aspirasi UPM!

Hari ini, Pro Mahasiswa UPM dimaklumkan bahawa malapetaka besar telah melanda kumpulan Aspirasi UPM, apabila beberapa ahli Majlis Perwakilan Pelajar itu saling menjatuhkan sesama sendiri dengan membuat serangan peribadi antara satu sama lain. Kini, Aspirasi UPM didapati telah berpecah kepada dua skala yang besar, iaitu di kumpulan pertama yang memihak kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM di bawah naungan Prof. Azali Mohammad sebagai Timbalan Naib Canselor, dan kumpulan yang kedua pula memihak kepada perjuangan membebaskan mahasiswa UPM daripada cengkaman Prof. Azali Mohammad yang selama ini melakukan pelbagai penindasan kepada Mahasiswa UPM.

Perang dingin bermula berikutan cadangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengenai perlantikan Majlis Tertinggi organisasi MPP pada sesi kali ini. Perasaan tidak puas hati timbul apabila Bahagian Hal Ehwal Pelajar didapati mencampuri urusan dan memaksa ahli-ahli Aspirasi yang bertanding untuk mengundi calon-calon yang dianggap tidak berkelayakkan untuk memegang jawatan tersebut. Khabar-khabar angin berbentuk fitnah dan serangan peribadi mula disebarkan di persekitaran UPM. Ketegangan yang berlaku menyebabkan proses pelantikan berjalan dengan lambat dan memaksa Aspirasi untuk membuat “Kursus Induksi” yang melibatkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan juga badan-badan tertentu yang bertujuan untuk mengembalikan persefahaman antara ahli Aspirasi.
Pengerusi Pro Mahasiswa UPM saudara Mohd. Lukman Al Hakim Bin Low Abdullah menjelaskan, “Bukan kita tidak tahu, sudah sememangnya tabiat dan ragam keanak-anakkan aspirasi yang gilakan kuasa, tapi tidak melakukan apa-apa. Sebaliknya hanya mementingkan diri, tanpa memikirkan tanggungjawab yang diberikan oleh Mahasiswa. Semoga Aspirasi akan cepat matang dalam berpolitik, dan boleh mempelajari erti kebebasan sebagai sebuah badan bebas tanpa pengaruh daripada individu yang tidak berkelayakkan dan juga yang melakukan penindasan dan menghancurkan harapan mahasiswa UPM selama ini. Em… nasihat daripada saya, kalau benar ingin jadi pemimpin Mahasiswa, jangan buang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan remeh-temeh. Kita bukan lagi remaja, tapi kita adalah golongan dewasa. Sekarang ini sudah masuk bulan Febuari…..di mana perasaan malu sebagai seorang pemimpin Mahasiswa?”

Kedegilan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM daripada mendengar pandangan mahasiswa, secara tidak langsung menyebabkan kekacauan dan kelambatan proses pelantikan organisasi MPP UPM pada kali ini. Sudah pun menjadi budaya dan tradisi sebelum ini, MPP Aspirasi akan menjadi seperti orang bodoh semasa sesi mesyuarat pelantikan Majlis Tertinggi. Mereka akan membuat cadangan dan kemudian akan mengangkat tangan tanpa banyak soal seperti robot yang diarahkan untuk membuat kerja. Apakah Aspirasi lupa akan makna jati diri dan maruah diri sebagai seorang mahasiswa? Maka dengan itu, Pro Mahasiswa UPM akan terus bertegas agar Bahagian Hal Ehwal Pelajar tidak mencampuri urusan yang tidak ada mengena mahupun terus menerus memberi pelbagai sogokan kepada mahasiswa dalam urusan pelantikan MPP pada kali ini. Pro Mahasiswa tidak akan tidak akan teragak-agak membawa perkara ini keluar untuk terus membuat pembelaan kepada pemimpin mahasiswa daripada kekejaman dan penindasan.

5 comments:

Anonymous said...

dah mcm blog tabloid jer... gosip.gosip,gosip

Anonymous said...

keh...keh...keh... ini strategi lapok... bodoh punya ProM (Pro Mangkuk bukan Pro Mahasiswa), korang ingat korang berjaya la dengan propaganda korang tapi korang silap... ni aku nak kasi tau, propaganda murahan macam ni mangkuk macam Anwar jer guna... cakap org itu nak lompar org ini nak lompat last2 org sendiri yang lompat.. Aku tau sebenarnya yang ada krisis grup korang sendiri.. khabarnya ada budak2 laki ProM yg tak puas hati sebab yg dibenarkan byk cakap si fatanah sorang jer.... sebab minah ni diberi tanggungjawab lead ProM adalah kerana lelaki proM dayus takder telur... betulkan? hehehheee

Anonymous said...

mana letaknya taraf mahasiswa penulis jika hasil penulisannya seperti karangan kanak kanak....saya harap saudara penulis belajar membaca dan menulis...


jangan hanya pandai bergosip liar

Anonymous said...

APAKAH HIDUP KORANG HANYA NAK BERPOLITIK?KALAU TUJUAN UTAMA PRO MAHASISWA UNTUK BERPOLITIK SAHAJA LUPAKAN SAHAJA...

INGAT DI DUNIA INI BUKAN ANDA SAHAJA YANG CERDIK PANDAI DALAM HAL AGAMA..

AnusWar said...

Salam

Apsal artikel ni sebijik macam artikel2 dalam Haprakah dengan Suara Keldaian

Pro Mahasiswa (Pro Mangkuk) ni ejen Pakatan Rakyat (Per Rectum/Jubor) ka?

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox