..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Sunday, February 1, 2009

Cerita Belantara

Belantara terbakar lagi
tatkala pepohon kebenaran
rebah menyembah kepalsuan
akar-akar ketulusan
terbongkah dari bumi keaiban.

Gajah-gajah berderum
memecah keheningan
belantara
najisnya berserakan
dijilat kerdil pelanduk.

Mengangkat belalai kuasa
gading keakuan mencengkam
menusuk keangkuhan.

Bertempur gajah
mati pelanduk tanpa pembelaan.

Maruah warga belantara terbakar
lagi.

ZULKIFLI MOHD TOP
SBPI Gombak

1 comments:

RoSE said...

Pada zaman sekarang tak ramai yang cuba nak faham luahan bahasa metafora ni sebab mahasiswa pun rosak bahasa. Pro M pun serupalah juga. Pening baca bahasa ibunda yang digunakan dalam blog ni.

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox