..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Saturday, February 21, 2009

PPSMI: Bahasa Ditelan Bangsa.

Isu yang tidak pernah menunjukkan penyelesaiannya, terdapat pelbagai pendapat yang menghujani pemikiran mahasiswa dalam melihat isu tenggelamnya Bahasa Melayu di bumi Malaysia tercinta ini. Ada yang mengatakan ia baik untuk memajukan pengetahuan Bahasa Inggeris Pelajar, ada juga yang mengatakan ia sebenarnya adalah virus kecelaruan pemimpin yang menjadi penyebab kepada kegagalan Mahasiswa mahupun ratusan ribu Pelajar sekolah pada hari ini yang mendapat keputusan yang begitu menyayat hati.

Di manakah kerajaan dalam menangani masalah ini? Adakah kerajaan akan terus bersikap tegas untuk meneruskannya? Walaupun segala bala-bencana menimpa dengan memperlihatkan kegagalan demi kegagalan di hadapan mata. Peratusan markah lulus peperiksaan semakin rendah, Bahasa Inggeris tet ap dipuja-puja, ibarat memuja penjajah di atas kejayaan membunuh pejuang-pejuang Negara di masa lampau.

Bahasa Melayu pula, terus dijadikan masakan dan ditelan dengan sesedap rasa, tanpa timbang rasa. Benar, kita memerlukan Bahasa Inggeris sebagai medium untuk kita menempu kejayaan di peringkat dunia. Namun, kegagalan dalam langkah dan dasar pada kali ini, telah menunjukkan kesan keburukannnya kepada Negara. Ia bukan lagi diperingkat permulaan, tapi ia sudah sampai masanya untuk kita membuat keputusan.
Dalam subjek ini, Fokus kita ialah ingin belajar mengenai Ilmu Sains dan Matematik, bukanlah Bahasa Inggeris.

3 comments:

Anonymous said...

Maulidul Rasul bukan perayaan islam...harap ambil perhatian...hidup kita berdasarkan Al-Quran n Sunnah Rasulullah...xde hadith n nas yg mmbuktikan Maulidul Rasul itu sunah atau perayaan dalam islam...masyarakat kita da jauh terpesong...harap ambil berat hal ini...plz...i did this Lillahitaala...

SERAMBI MEKAH said...

Jika dahulu, bangsa Melayu dijunjung dan dipandang mulia, namun kini, bangsa Melayu dipandang rendah dan hina malah bahasa Melayu sendiri dipandang hina dan sebelah mata. Begitu juga,pelajar aliran BM dan Sastera Melayu dipandang sepi dan sebelah mata sahaja berbanding pelajar-pelajar-pelajar aliran sains dan matematik yang diutamakan. Fikirkan sejenak. Begitu juga pelajaran agama tidak dijadikan subjek wajib di IPT. sangat menyedihkan dasar pendidikan yang sekular.

Anonymous said...

setiap pelaksanaan yang dibuat adalah demi kebaikan rakyat. fikirkanlar sejenak, memang mudah untuk melontar kata-kata anda tapi bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu dalam sistem pendidikan. memang ada kebaikannnya PPSMI ini.

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox