..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Saturday, February 14, 2009

Pengerusi Pro Mahasiswa Dan YDP UPM: Turun Padang

Sabtu, 14Febuari 2009-
Pengerusi Pro Mahasiswa UPM Mohd. Lukman Al Hakim, bersama Yang Di-pertua Majlis Perwakilan Pelajar Mohd. Shamsul Salleh pada hari ini, telah bersama-sama turun padang menyaksikan Pertandingan Pidato Kepemimpinan Interkolej 2009, yang diadakan di Kolej Kediaman Kelima UPM. Kedua-dua pemimpin mahasiswa tersebut, yang juga merupakan pendebat dan pemidato Universiti Putra Malaysia telah menyatakan sokongan penuh mereka kepada penganjuran pertandingan tersebut.

Pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya, dengan menobatkan Ameerudin Abdul Rahman sebagai Johan keseluruhan pertandingan, manakala Saudari Atikah Ali sebagai naib Johan dan Fadzil Yahya sebagai pemenang bagi tempat ketiga. Penganjuran kelima pertandingan ini, sekali lagi mempertemukan pendebat-pendebat dan pemidato Universiti Putra Malaysia, di medan pentas penghujahan.

Berikut merupakan ulasan Mohd. Lukman mengenai pertandingan tersebut:

Program seperti inilah yang sebenarnya menjadi medan pertembungan pemikiran yang memberi kesedaran kepada mahasiswa betapa pentingnya menjadikan keintelektualan itu sebagai satu budaya yang sepatutnya menjadi pegangan dan pengamalan dalam kehidupan bagi setiap golongan mahasiswa. Kegemilangan sesebuah bangsa dan Negara adalah berasaskan ilmu, bukan sekadar budaya, hatta tarian, mahupun nyanyian. Sebaliknya ilmu adalah asasnya, dan kerana ilmu seorang yang buta boleh melihat dan seorang yang pekak boleh mendengar.

Kita sebenarnya sangat kekurangan program-program keilmuan yang melibatkan mahasiswa secara langsung dalam program seperti ini. Keseimbangan pelaksanaan program antara program bercorakkan akademik dan hiburan sepatutnya dibanding bezakan mengikut peratusan dan kekerapan pelaksanaannya, untuk melihat akan keseimbangan program di dalam kampus ini, agar program keilmuan mendahului dan melangkau jauh daripada program yang lebih bercorakkan hiburan semata-mata. Kerana hiburan boleh didapati di mana-mana, sebaliknya ilmu di sinilah tempatnya. Mengutip kata-kata seorang cendikiawan, “Ibaratkan kampus ini sebagai padang rumput, maka ragutlah sepuasnya”. Selagi kita masih ada masa, dan kesempatan, pergunakanlah sebaiknya. Saya menyeru kepada semua mahasiswa, bahawa ilmulah menjadi penyatu dan asas kejayaan kepada agama, Negara dan bangsa kita sebenarnya.

Kerana kekurangan ilmulah pada hari ini kita berpecah-belah, kerana kita masih lagi tidak bersifat terbuka dalam menghormati percanggahan idea dan ilmu pengetahaun sesama kita. Sebaliknya, kita secara membabi buta menurut dan mengikut sahaja tanpa mencari dan mengenal pasti apakah sebenarnya yang dibicarakan dan dibawakan oleh seseorang pemimpin itu. Sama ada pemimpin mahasiswa, mahupun pemimpin Negara. Mengungkap sejarah lampau, hitamnya sungai Furat dan Sungai Tigris pada abad ke 15 oleh dakwat dari buku yang dicampakkan oleh orang-orang mongol jelas menggambarkan betapa tingginya tradisi ilmu yang dipunyai oleh tamadun Islam pada ketika itu. Namun mengapa pada hari ini, budaya keilmuan itu tidak menjadi warisan kita sebagai keturunan yang menganut agama Islam? Sebaliknya perpecahanlah yang menjadi agenda dan perjuangan?

Adalah tidak salah untuk kita memperjuangkan hiburan, namun sedarilah, Malek Ben Nabi pernah berpesan, “Sebarang usaha membina tamadun yang tidak berteraskan kerohanian, pasti tidak akan berjaya. Kalau berjaya sekalipun, ianya tidak akan bertahan lama”. Islam melarang kita, untuk melakukan hiburan yang melampaui batasan syariat, demi masa depan kepada keturunan Mahasiswa dan Tamadun Negara Malaysia, budaya hiburan yang menjadi lambakan ini, perlu untuk dikaji semula.

Sekalung taniah saya tujukan kepada Kolej Kelima, dan juga kepada semua para pemenang dan peserta yang terlibat. Kepada Mohd. Shamsul, taniah kerana perjuangan kita sebagai pemimpin mahasiswa yang mementingkan budaya keilmuan itu sebagai asas kepada perjuangan yang membawa kepada kesatuan dan perpaduan kita bersama.Demi perubahan dan kemajuan, budaya ilmu perlu dikembalikan. Pro Mahasiswa UPM akan terus menyokong program seperti ini, namun adakalanya perjuangan ini membawa kepada beberapa pertembungan dan percanggahan, namun itu adalah perkara biasa dalam kita mencari kebenaran, mengutip segala idea dan ilmu pengetahuan.

5 comments:

Anonymous said...

Hari ini saya jadi sangat bersetuju....

Anonymous said...

Si lukman ni, jenis kepala batu.. tgklah, baru sj baju batik jadi isu, di mulalah tunjuk protes dia pakai baju batik biru UMNO tu.. si Syamsul ni lagi perggh... siap pakai baju colour PKR gitu..

Anonymous said...

Mesraa.....

Anonymous said...

Korang semua kat sini ramai2 buat kecoh, dapat ape ha? Korang ingat CGPA korang naiklah, dok bising2 sini, pi blajar lah woi...

Anonymous said...

Kitaorang dah study lama dah... tulah, study last minute... pi masuk bilik, baca buku lah wei...

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox