..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Wednesday, January 7, 2009

Pilihanraya Kampus USM 15 Januari 2008

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihanraya kampus diadakan pada 15 Januari depan. Pemilihan kali ini membabitkan 29 kerusi pusat pengajian tinggi serta enam kerusi umum. Pengumuman tersebut dibuat oleh pengerusi urusetia pemilihan USM.
Notis mengenainya ditampalkan di sekitar kawasan kampus.Notis tersebut - yang bertajuk 'Maklumat Penting Pemilihan MPP 2008-2009 - menyebut bahawa MPP dibubarkan hari ini. Manakala borang-borang penamaan calon dikeluarkan di Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) mulai jam 9 pagi ini hingga jam 4.30 petang Jumaat depan untuk kampus induk.Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Januari - mulai jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Kempen pula dibenarkan selama tiga hari, dari 12 Januari hingga 14 Januari depan - mulai jam 7 malam 12 Januari hingga 12 tengah malam 14 Januari.
Pengundian pula akan bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang 15 Januari depan.Manakala proses pengundian dijangka selesai jam 5.30 petang.Sehubungan itu, para pelajar diingatkan supaya memberi perhatian kepada tarikh-tarikh di atas.Bagi mereka yang berminat untuk bertanding pula diminta mengambil borang penamaan calon dengan segera.

Monday, January 5, 2009

Bahasa Melayu Ke Liang Lahad?

“Takkan hilang Melayu di dunia” itulah antara kata-kata hikmat yang diwariskan daripada pejuang Melayu bergelar Hang Tuah pemilik Keris Taming Sari. Ayat ini sering dijadikan sebagai satu suntikan semangat bangsa Melayu untuk terus bangkit berjuang dengan harapan meletakkan bangsa melayu untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Namun, sayang seribu kali sayang, bayangan kejatuhan tamadun Melayu mula kelihatan. Apabila yang mengaku pejuang Melayu akhirnya bersifat munafik di perjalanan.

Agenda paling menyedihkan apabila tidak ada lagi yang boleh dipertaruhkan, akhirnya agama juga yang menjadi cagaran. “Melayu Islam, Islam Melayu” begitulah slogan yang membawa dosa kepada beberapa pemimpin politik yang begitu berani bermain-main dengan bahasa melayu demi mencapai kepentingan peribadi. Sehinggakan pada hari ini, dikalangan masyarakat bukan Islam mahupun orang Islam sendiri mula keliru yang manakah bangsa, dan yang manakah agama Islam yang sebenar. Sedangkan sebagai masyarakat yang bijak dan terpelajar, bahawa jauh bezanya antara Melayu yang merupakan penganut agama, dan Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Rasulnya.

“Islam Melayu”
Dalam ayat ini, dari segi bahasanya, perkataan “Islam” merupakan subjek, dan perkataan “Melayu” pula merupakan predikat, iaitu penerangan kepada subjek. Maka, apa yang dapat difahami melalui daripada kenyataan ini ialah, “Islam merupakan bangsa Melayu”. Dengan itu, perlu difahami, bahawa jauh dan sangat jauh bezanya antara Islam dan Melayu. Melayu merupakan satu kelompok masyarakat yang kebanyakkannya beragama Islam. Manakala Islam pula merupakan agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t yang bersifat menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada bangsa Melayu semata-mata.

Ramai di antara kita yang memandang remeh-temeh kepada masalah ini, sedangkan perkara ini sangat mustahak untuk difahami oleh masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang beragama bukan Islam dan juga yang baru sahaja mengenal agama Islam. Jangan hanya kerana perbuatan jahat dan terkutuk di antara pemimpin melayu, akhirnya agama Islam turut tercalar.

Keadaan ini telah membawa pelbagai situasi dengan dihiasi pelbagai senario demonstrasi laungan semangat perkauman yang tinggi. Sedang mereka menghina bangsa Israel yang begitu taksub pada bangsanya, namun mereka tidak sedar bahawa terdapat di antara mereka sendiri yang begitu bersemangat perkauman mahupun boleh disifatkan sebagai memiliki semangat assabiah yang padu. Sehinggakan pada hari ini hukuman hudud juga boleh dipermain-mainkan. Malahan, ada juga daripada pemimpin lulusan luar Negara yang berlagak lebih hebat daripada seorang ulama dengan berani berdebat dan berhujah dengan hujah ayat-ayat kesesatan dalam mencari kebenaran Islam.

Ingatlah, bahawasanya bukan mudah untuk membina kegemilangan bangsa melayu, namun sangat mudah untuk menjatuhkannya. Melayu perlu sedar, bahawa perlunya untuk kembali kepada ajaran agama yang sebenar. Bahasa Melayu yang menjadi medium perpaduan Negara Malaysia mula menampakkan kejatuhannya, isu PPSMI terus dipolitikkan. Benar, untuk kita mengangkat martabat ilmu pengetahuan, perlunya pengetahuan bahasa yang pelbagai, namun janganlah hanya kerana bahasa, puluhan ribu manusia bakal menderita dan Bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Keranda 152 sudah diangkat, adakah perlu untuk dimasukkan ke liang lahad?

Free Flash banner at FlashBannerNow.com

Sunday, January 4, 2009

Gara-gara Saiful, Aspirasi Tukar Nama

Keruntuhan dinasti Aspirasi jelas kelihatan hari demi hari. Tindakan Aspirasi untuk merancang dan membuat penukaran nama bagi kumpulan yang secara jelasnya memihak kepada parti politik UMNO ini merupakan satu kerisauan kepada kejatuhan dan kehilangan kepercayaan pelajar terhadap Aspirasi. Saiful Bukhari Azlan yang juga merupakan seorang pemimpin Aspirasi merupakan antara ikon yang membawa kepada kejatuhan nama baik pengikut telunjuk UMNO ini. Saiful yang yang terkenal dengan kes dakwaannya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyebabkan hilangnya kepercayaan Mahasiswa terhadap Aspirasi.

Kewujudan Pro Mahasiswa yang sudah pastinya mecabar kredibilti pemimpin Aspirasi yang terlalu bersifat berat sebelah dalam membuat keputusan dan bertindak, menyebabkan bayangan kejatuhan Aspirasi semakin jelas kelihatan.

Malahan, paling menyedihkan lagi, Aspirasi terpaksa menawarkan pembahagian kerusi secara percuma kepada calon Pro Mahasiswa dalam pilihanraya kampus pada kali ini. Walaubagaimanapun, untuk meneruskan perjuangan demokrasi kampus, pihak Pro Mahasiswa menolak tawaran tersebut dan akan meneruskan perjuangan ini demi melihat kegemilangan kepimpinan Mahasiswa di masa hadapan.

Dimaklumkan bahawa Aspirasi akan menukar namanya kepada “Penggerak Siswa” seperti mana yang berlaku di Universiti Malaya. Bagi pihak Pakatan Pro Mahasiswa UPM, penukaran nama ini menggambarkan satu tamparan dan tekanan yang hebat kepada Aspirasi gara-gara tindakan bekas seorang pemimpinnya yang membuat kenyataan yang benar-benar mencabar maruah mahasiswa.

Saturday, January 3, 2009


mahasiswa abadi -

Kongres Pro Mahasiswa Nasional


Friday, January 2, 2009

Mahasiswa Membantah Kekejaman Israel

"Wahai mujahid Islam, mari kita hapuskan benci dan dendam. Kita bentuk ikatan persaudaraan sesama Islam. Di sana sedang bermandi darah, kita di sini berpesta ketawa saling membenci sesama sendiri. Apakah kita ini terlalu zalim dan hina? Jangan hanya kerana dunia, kita sanggup melupakan Tuhan, jangan hanya kerana dunia, kita sanggup melihat kejatuhan Islam di hadapan mata. Tidak cukup dengan hanya mendirikan solat, tidak cukup dengan hanya berkata-kata, kita perlu bergerak melangkah. Yakin dan percayalah, pengorbanan pada hari ini akan dibayar dengan ganjaran kebahagian di dunia dan akhirat.

Bagi pihak Mahasiswa Islam, kami rela bermandi darah demi menyelamatkan negara Islam Palestin. Kami rela melakukan apa sahaja demi Islam. Hidup dan mati kami, hanyalah untuk Islam. Tidak ada kegentaran di hati kami untuk mati dan syahid menjejaki para Nabi, sahabat dan syuhada! Takbir"

Ini merupakan ucapan terbaru daripada Mohd. Lukman Al Hakim selaku Jurucakap Pro Mahasiswa UPM dalam entri blognya yang terbaru. Pendirian Mahasiswa dalam hal ini, membantah habis-habisan dengan kerakusan Israel yang terus-menerus mencabar maruah Islam di bumi Palestin. Mahasiswa akan terus bangkit dan melangkah maju ke hadapan tanpa adanya kegentaran. Demi agama Islam yang suci, Mahasiswa rela melakukan apa sahaja....

Apa yang paling menyedihkan, tatkala bumi Palestin sedang bermandi darah, realiti yang berlaku di Malaysia seolah-olah ancaman Yahudi tidak memberikan apa-apa kesedaran terhadap kita. Kita saling bertikam lidah dan membantah sesama sendiri, jauh di sudut hati kita untuk duduk dan berbincang bersama untuk mencari jalan penyelesaian. Sedarilah, ini merupakan azab dari Tuhan Yang Maha Kuasa, apabilah umat Islam telah jauh daripada Al Quran dan Sunnah. Kepincangan hubungan antara negara-negara Islam pada hari ini jelas kelihatan, apabila masih ada lagi negara Islam yang menyokong tindakan Israel ke atas Palestin.

Walaubagaimanapun, selaku golongan terpelajar, perlunya untuk kita berfikir secara bijak, bahawasanya ini adalah masa untuk kita bersatu kembali dan membina sebuah hubungan yang baik sesama negara Islam. Apakah kita masih sempat untuk saling menghina? Sedangkan Komando Israel berkata "Akan berpesta dan menari di atas kematian berpuluh-puluh rakyat Palestin"

Umat Islam Palestin Bermandi Darah Di Saat Kedatangan Maal Hijrah.

Untuk Menghapuskan Umat Islam, Kanak-kanak menjadi sasaran utama, agar tidak ada lagi generasi yang akan menganut agama Islam. Itulah antara Impian Zionis laknatullah.



 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox