..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Showing posts with label Isu Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Isu Mahasiswa. Show all posts

Wednesday, February 18, 2009

Siakap, senohong, gelama,ikan duri…(part 2)


Pengarang si ikan goreng agak ke"bz"an beberapa hari ini (maaf kesalahan penggunaan bahasa) namun digagahkan jua untuk menyambung kisah koloni ikan di sekitar perairan serdang atas permintaan yang tinggi terhadap kisah yang benar2 berlaku ini…

Alkisah beginilah sambungannya…

Selepas mengetahui bunga-bunga penipuan yang cuba ditaburkan oleh Si Pembesar Ikan Siakap,Senohong,Gelama, Ikan duri dan kroni-kroninya, maka bermesyuarahlah Si Pembesar Ikan Emas, Ikan Duyung dan beberapa lagi pembesar yang dilabelkan sebagai kroni pembesar pembangkang. Berkatalah Si Ikan Puyu "Tidak sepatutnya kita bersangka buruk terhadap mereka..mungkin benar mereka tidak ke sana tetapi mempunyai urusan yang lain di sekitar perairan Kuala Lumpur..". Sebaiknya, kita menyiasat akan kedudukan hal ini terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan yang lain" celah Si Ikan Nemo pula.

Maka pada malamnya, berangkatlah Si Pembesar Ikan Emas, Ikan Duyung, Ikan Nemo,Ikan Kaloi bersama Ikan Selar Kuning ke Empress Hotel berdekatan perairan Sepang. Sesampainya di sana, Si Pembesar Ikan Selar Kuning terus masuk ke kawasan Empress Hotel tetapi dapat dihidu kedatangannya oleh Si Pengawal Ikan Jerung. Cepat sahaja dihubunginya Si pengawal lain. Tidak sampai lima minit, foyer Empress Hotel telah dipenuhi oleh Koloni Ikan Kecil, Ikan Tambang dan beberapa jenis ikan lain lagi yang sukar untuk dikesan jenisnya dek kerana telah ditutupi topeng-topeng dan make-up yang tebal. Segera dapat dikenal oleh si Ikan Selar Kuning yang mereka inilah juganya Pengawal yang menggelarkan diri mereka sebagai Harimau Maut pada zaman pemerintahan Si Raja Harimau (yang maut tertelan biji durian-rujuk part 1)." Sah mereka ada buat program kat sini.."bisik hati kecil Si Ikan Selar Kuning. Koloni Ikan pengawal yang tidak merasa terancam dengan kehadiran Si Ikan Selar Kuning terus beredar menuju ke kawasan yang kaya dengan rumput rampai yang subur dan pelbagai jenis. Riuh sahaja suara mereka menjamu selera. Dengan susah-payahnya Si Ikan Selar Kuning mengejar mereka dan meng'snap' beberapa keping gambar untuk dijadikan bahan bukti.

Di waktu yang sama, masuklah Si Ikan Emas, Ikan Duyung, Ikan Nemo dan Ikan Kaloi menuju ke kaunter pertanyaan Empress hotel dan disambut mesra oleh Si Obor-obor yang comel. Bertanyalah mereka akan pakej yang disediakan oleh pihak hotel kepada pengunjung. " Bagaimana dengan pakej yang ditawarkan oleh pihak hotel kepada pengunjung yang ingin mengadakan seminar 3 hari di sini?" Si Ikan Duyung memulakan perbualan." Kami ada banyak pakej…kalau untuk seminar, kami cadangkan pakej A..harganya Cuma RM160 semalaman bagi seorang..ini termasuk makanan, bilik dan dewan seminar. Kalau hari biasa, lagi mahal tetapi sekarang kami sedang mengadakan promosi tahun baru…"jawab si Obor-obor dengan manja-manja."oo…begitu ke? Kami tengah survey tempat untuk buat seminar…nanti kami fikirkan terlebih dahulu..erm..pernah tak pihak kerajaan negeri membuat sebarang program di sini?" Tanya pula Si Ikan Nemo ynag sudah tidak sabar untuk mengorek rahsia. Dengan bangganya, Si Obor-obor menjawab "sudah tentu..hari ini, pihak kerajaan negeri ada buat bengkel kat sini."" 3 hari untuk seratus orang dan mereka ambil pakej A. memang berbaloi" tambah Si Obor-obor lagi tanpa syak wasangka. "Bengkel apa?" Terjah Si Ikan kaloi pula dengan tidak sabarnya. "Bengkel Bee Hesh Eiii Pi…" jawab si Obor-obor dengan sedikit tersangkut-sangkut dek kerana susahnya menyebut nama bengkel yang pelik itu.

Jelaslah apa yang terjadi sebenarnya. Maka,pulanglah Si Pembesar Ikan Emas sekeliannya ke lubuk asal mereka berdekatan perairan serdang…

Keesokkan harinya….

Tuesday, October 28, 2008

Siswi jawab UPM,dakwa mangsa diskriminasi

kemaskini 9:51pm Belum reda isu pembuangan kolej dua mahasiswi Universiti Putra Malaysia (UPM) - mereka mendakwa layak tinggal di asrama kerana cukup merit tetapi disingkirkan kerana menganggotai Persatuan Mahasiswa Islam (PMI).

"Rakan kami, ketua aras blok Lekir, yang terlibat dalam pengiraan merit memberitahu kami merit kami mencukupi dan masih ada lain yang lebih rendah meritnya tetapi layak untuk tinggal di kolej," kata Nor Farhana Farzieana Azmi (kiri) dan Nur Shafiqa Mohd Ali dalam satu kenyataan bersama.

Tambah mereka, menurut seorang felo blok di Kolej Tun Perak, "merit kami memang mencukupi untuk terus menginap di kolej dan kami diberitahu bahawa kami terpaksa dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu iaitu kerana kami merupakan ahli PMI".

farhana pelajar upm 221008Rabu lepas, PMIUPM mendakwa barisan pemimpin dan ahlinya menjadi mangsa penyingkiran sistematik universiti itu dari kolej-kolej kediaman.

Presidennya Mohd Safwan Ab Ghani berkata, sejak tiga tahun lepas, mereka "dibuang kolej beramai-ramai tanpa sebab yang munasabah."

"Kami tertanya-tanya apakah salah kami sehingga kami dilayan sebegini buruk. Apakah dosa kami sehingga kami dinafikan hak dan didiskriminasikan oleh pihak pengurusan kolej dan universiti."

Nor Farhana Farzieana, seorang exco PMI, dan Nur Shafiqa (kanan), ahli persatuan itu serta bekas exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM, yang dibuang pada 15 Oktober, dibenarkan kembali ke kolej seminggu lepas itu.

Kenyataan mereka itu bagi mengulas siaran media UPM minggu lalu berhubung penyingkiran mereka daripada kolej.

Bagi menjawab dakwaan UPM bahawa mereka mendiami secara "tidak sah", pelajar-pelajar itu juga berkata mereka dibenarkan menduduki kolej berkenaan setelah berjumpa dan membuat rayuan dengan seorang pegawai kolej.

shafiqa pelajar upm 221008"Selepas beberapa minggu, ketua blok Lekir, datang ke bilik dengan membawa buku rekod pelajar, kami diminta untuk mengisi buku tersebut.

"Jadi sepatutnya pihak kolej mengetahui tentang penempatan kami disitu," kata Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa lagi.

Menolak kenyataan ketua bahagian komunikasi korporat UPM Abdullah Arshad pada 22 Oktober yang menyebut dua mahasiswi itu berdegil setelah pemeriksaan dijalankan pada September, mereka menafikan pernah menerima sebarang notis, surat dan peringatan supaya berpindah sehingga beberapa hari sebelum dikenakan tindakan dua minggu lepas.

Abdullah juga menyatakan Kolej Tun Perak diberikan keutamaan kepada pelajar Kor SUKSIS dan pelajar baru, bagaimanapun dua pelajar cemerlang itu menafikannya kerana wujud rakan-rakan mereka yang dibenarkan menetap di asrama tersebut.

Tambahan pula, kata Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa, pendaftaran Kor SUKSIS semakin berkurangan dan pelajar baru sedikit sahaja.

Sambil menyifatkan kenyataan UPM itu "palsu dan berunsur fitnah", mereka juga mendakwa ia "mempunyai banyak paradoks dan fakta yang tidak benar".

Tambah mereka, setelah menghubungi Abdullah dan memintanya membetulkan semula kenyataan media UPM, ketua bahagian komunikasi korporat itu meminta mereka menghantar kronologi kes.

"Malangnya sehingga hari ini (26 Oktober - tarikh kenyataan dua pelajar ini) tidak ada tindakan lanjut dibuat olah pihak universiti," kata mereka.

Dakwa Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa lagi, mereka dimaklumkan pengurusan kolej sendiri yang menyediakan kenyataan media UPM minggu lalu.

Sumber:http://www.malaysiakini.com

Tuesday, October 21, 2008

Dua pelajar UPM dedah isu di Parlimen

Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dibuang kolej kediaman menjelang minggu peperiksaan, akan mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen esok.

Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Azmi mengesahkan, mereka akan menyertai satu sidang media bersama wakil rakyat Ampang, Zuraida Kamaruddin jam 12.30 tengah hari.

Nur Shafiqa, yang juga exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, memberitahu Malaysiakini hari ini, wakil persatuan itu dijangka turut hadir.

Kedua-duanya mencapai keputusan lebih CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai 15 Oktober, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

Selain kecemerlangan akademik, Nor Farhana Farzieana juga aktif dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas yang berakhir awal bulan ini.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam surat arahannya, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu “secara tidak sah” dan “tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej”.

Malaysiakini difahamkan universiti itu dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan petang esok.

Menurut siaran media pejabat Zuraida, yang juga ketua Wanita PKR, dua mahasiswa itu hadir “bagi mendedahkan hal sebenar” yang berlaku terhadap mereka.

“Mereka juga mahu masyarakat sedar dan mengambil perhatian terhadap isu institusi pendidikan tinggi khususnya di bahagian pentadbiran yang secara langsung merupakan akibat utama terhadap kejatuhan kualiti dan taraf institusi pengajian tinggi awam,” kenyataan pejabat ahli parlimen Ampang dipetik.

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakini difahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.

Tuesday, October 14, 2008

Terbaru!!Ahli Pro-M UPM di beri notis 24 jam keluar kolej

Dua orang ahli ProM UPM diberi notis keluar kolej (baca: dibuang kolej) semalam. Tunggu berita lanjut malam ini.

Thursday, September 4, 2008

Falsafah Gerakan Mahasiswa


‘belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak maju tanpa pemimpin pengalaman(mencabar) dan terpelajar’Ungku Aziz


Gerakan pelajar merupakan satu gerakan yang dipelopori segolongan anak muda yang menuntut di universiti. Gerakan pelajar muncul apabila ketidak-adilan sosial yang berlaku dalam masyarakat termasuk tribulasi dalaman yang dilakukan oleh penguasa universiti. Akibat tekanan yang hebat, mahasiswa telah mengambil langkah drastik bagi menonjolkan protes mereka melalui demonstrasi jalanan. Mahasiswa mempunyai falsafah perjuangan yang tersendiri berasaskan kesedaran dan kepekaan dalam permasalahan politik dan isu massa negara.Menurut Mohamad Abu Bakar, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi dari status mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan situasi mereka sebagai kumpulan individu yang seringkali terdedah kepada dunia semasa. Elemen ini memberi kesan kepada kehidupan mereka di dalam masyarakat khususnya di kampus.

Monday, August 25, 2008

petikan BERITA HARIAN, 23 OGOS 2008

Denda lewat bayar yuran UPM membebankan

SAYA adalah pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), ingin meminta pengurusan universiti terutama Bahagian Hal Ehwal Pelajar memberi perhatian terhadap masalah yang timbul membabitkan pelajar.

Untuk pengetahuan, sistem baru yang diperkenalkan Bahagian Bendahari dilihat kurang mesra pelajar. Ini berlaku apabila pelajar gagal menjelaskan yuran pada masa ditetapkan Bendahari, denda yang dikenakan terlalu tinggi.

Denda RM600 yang dikenakan cukup membebankan pelajar dan mereka yang terbabit tentu mempunyai masalah tersendiri sehingga lewat menjelaskan yuran.


Mengenai sistem pengurusan kolej kediaman UPM, pelajar yang memasuki semester kedua pada akhir tahun perlu memperbaharui kad letak kenderaan sedangkan tempoh kad berkenaan untuk setahun. Caj pula dikenakan untuk memperbaharui kad itu dan ini membebankan pelajar.


Selain itu, harga makanan di kafe kolej kediaman juga tidak berpatutan, harga nasi ayam di kafe kolej ialah RM3.80 berbanding RM3 di luar kampus. Mengapa harga makanan di kolej terlalu mahal.

MAHASISWA UPM,
Tampin, Negeri Sembilan.

Sunday, August 3, 2008

Anti-intelektualisme


Oleh: Hazirah Hussin

Sedikit perkongsian apa yang diperolehi ketika konvensyen MPP 20 IPTA baru-baru ini.

Satu lagi “isme” baru yang melanda masyarakat terutamanya golongan pelajar atau mahasiswa. Sekali lagi, isu ini bukan isu baru tetapi mula di beri nama yang ‘cantik’. Apabila disebut intelek, focus kita adalah lebih kepada golongan yang bijak pandai atau ahli akademik. Intektualisme merujuk kepada semua aktiviti yang menjurus kepada perkara yang melibatkan akademik atau bersifat sesuatu yang bijak pandai. Seperti mentelaah, perbincangan, SCL, analisis, kaji selidik, pembacaan, penaakulan, penulisan tesis dan sebagainya. Tetapi apabila diberi tambahan “Anti” di hadapannya, maknanya akan berubah menjadi sebaliknya.

Cirri-ciri pelajar dilanda “virus” ini ialah:

  • Lebih sukakan hiburan
  • Lebih berminat dengan carnival,konsert, membeli-belah
  • Suka berpesta dan keraian berlebihan
  • Tidak minat aktiviti percambahan minda dan bersifat akademik
  • Pergaulan bebas yang keterlaluan
  • Malas berpersatuan akademik

Dan beberapa ciri lain lagi. Jika disemak semula, segala ciri ini boleh disimpulkan menjadi satu perkataan mudah iaitu “hedonism” ( satu lagi spesies isme). Hedonism bermaksud satu gejala atau fenomena ketaksuban yang melampau seseorang atau golongan terhadap hiburan.

Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan pelajar atau mahasiswa boleh terperangkap dalam “anti-intelektualisme” ?

Golongan bergelar mahasiswa sepatutnya golongan yang mencintai ilmu dan taksub kepada aktiviti bersifat akademik dan percambahan minda. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. ( tidak semua).

Jawapan yang mudah..

Persekitaran mahasiswa itu sendiri yang menggalakkan fenomena ini berlaku. Ya, kita tidak boleh menyalahkan pelajar itu semata. Harus dilihat dari pelbagai aspek dan juga pelbagai pihak. Pada pandangan peribadi, suburnya gejala ini adalah bermula atau bercambah di kampus sendiri. Mungkin bukan di sini ia bermula tetapi kampus menjadi satu medium yang penuh “nutrient” dan “zat” yang diperlukan oleh anti-intelektualisme ini hidup subur dan membaka-biak.

Lihat saja di kampus. Apa yang tidak disediakan?Minggu pertama kemasukkan sahaja, pelajar didedahkan dengan pelbagai cheers, malam tunas budaya, malam tradisi kolej dan sebagainya. Kemudian di sambut pula dengan senior yang memperkenalkan pelbagai suasana baru. Tempat membeli-belah. Pesta sana-sini. Jom heboh merata negeri, konsert penyanyi itu, penyanyi ini, pementasan musical, tayangan gambar percuma. Wah, belum sebulan berlalu, sudah arif semua.

Pihak pengurusan kolej dan university pula menabur baja. Pelbagai aktiviti hiburan yang disembunyikan di bawah nama “kebudayaan” diperkenalkan. Tarian, teater sudah hidanagn wajib bagi setiap kolej. Setiap minggu ada sahaja pertandingan yang diadakan. Setiap kali program rasmi kolej, tarian juga menjadi hiburan.

Pendek kata aktiviti hiburan memang subur di mana-mana kampus.

Mana mungkin pelajar tidak dilekakan dengan anti-intelektualism jika pihak kampus sendiri yang membuka seluas ruang untuk pelajar.

Mana mungkin terhasilnya bayang yang lurus jika kayunya bengkok.

Mana mungkin……

Wednesday, June 18, 2008

Kaum Adam IPTA menuju kepupusan

0leh : Tendang Tepi

Semua institut pengajian tinggi mengalami masalah yang sama. Masalah kekurangan mahasiswa berbanding mahasiswi. Sejak 10 tahun kebelakangan ini, masalah tersebut selalu diperkatakan sehingga ia menjadi satu dokrin. Manjadi isu yang biasa dan sudah tidak popular. Isu ini sepatutnya sudah ada penyelesaiannya. Baru-baru ini, isu ini kembali disuarakan. Sedikit perkongsian ini untuk mencelikkan kembali mata kita yang mungkin telah tertutup dengan isu ini.

PUTRAJAYA 16 Jun - Kekurangan jumlah pelajar lelaki di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini semakin serius dan membimbangkan terutama dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Aminah Ayob berkata, lebih mengejutkan lagi trend penguasaan golongan itu dalam bidang teknikal termasuk kejuruteraan di universiti awam kian merosot dan kini didominasi pula oleh pelajar perempuan.

''Untuk kelayakan ke bidang perguruan sahaja, sebanyak 70 peratus dikuasai pelajar perempuan... di manakah pelajar lelaki?

''Trend kekurangan pelajar lelaki ini sebenarnya tidak di UPSI sahaja, tidak juga dalam kursus bahasa dan perguruan, tetapi meluas di seluruh universiti yang turut meliputi bidang profesional dan teknikal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

(sedutan berita dalam Utusan Malaysia)


Apakah masalah sebenar yang menyebabkan masalah ini berlaku? Adakah tahap pemikiran pelajar lelaki tidak setinggi pelajar wanita? Dalam Islam, lelaki dikatakan memiliki 9 akal berbanding wanita. Ini mencerminkan keupayaan lelaki ynag sepatutnya melebihi kaum wanita. Tetapi permasalahan sekrang, ianya berlaku yang sebaliknya.

Apakah yang pincang sebenarnya? Kaum itu sendiri atau sistem yang kita guna pada hari ini. Tidak dinafikan, wanita dari dahulu sampai sekarng dikaitkan dengan kerajinan dan sistematik dalam membuat sesustu perkara. Mungkin fitrah semulajadi yang dianugerahkan. Leleki pula, tidak ramai yang bersifat demikian. Sedar atau tidak, sistem pendidikan negara kita lebih meraikan golongan yang rajin berusaha atau bahasa lain, rajin menghafal, menghurai dan sebagainya. Ini lebih memihak kepada fitrah semulajadi wanita. Secara tidak langsung is menutup peluang kepada kaum lelaki untuk mereka mempamaerkan prestasi mereka.
Menurut Aminah, Kementerian Pelajaran perlu mengubah teknik pengajaran ke arah yang lebih mengupayakan pelajar untuk menelaah dan berfikir.

''Kita jangan lagi bergantung kepada sistem peperiksaan yang berbentuk menghafal sebaliknya tukarkannya kepada teknik mengasah minda dan berfikir.

''Jika kekurangan pelajar lelaki di IPTA ini tidak ditangani dikhuatiri akan wujud ketidakseimbangan besar yang mengakibatkan penyertaan golongan itu dalam bidang profesional tidak menyerlah," katanya.

Ini hanya satu lontaran. Tiada niat untuk menyalahkan sesiapa. Kerana dalam setiap perkara ynag dibuat, kadang-kadang ia akan bersifat menguji sistem pada awalnya. Sistem pendidikan kita sudah lama diamalkan dan setiap masa ianya diubah supaya relevan dengan keadaan dan masalah semasa. Mungkin perlu sedikit lagi pembaikan dari masa ke semasa. Jikalau masalah kekurangan kaum lelaki ini tidak diambil berat, kita bimbang Malaysia akan kepupusan pemimpin dan profesional daripada kaum lelaki.

Wednesday, June 11, 2008

Bestnya makanan...yang bakal tak best ialah...?

Oleh : Hazirah Hussin

BUKIT MERTAJAM 10 Jun – Pengusaha kantin sekolah di sekitar Seberang Perai mula menaikkan harga makanan yang dijual kepada pelajar sehingga 30 peratus dengan alasan kos bahan mentah meningkat mendadak sejak kebelakangan ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa sekolah di sini hari ini mendapati harga kuih-muih, roti canai dan makanan berasaskan nasi di kantin sekolah naik paling ketara iaitu antara 10 hingga 30 sen manakala minuman kekal pada harga lama.

Pengusaha kantin yang ditemui memberitahu, kenaikan itu tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos beras, ayam, tepung, sayur-sayuran dan plastik selain tindakan pembekal kuih-muih sekitar Seberang Perai menaikkan harga produk masing-masing....( berita lanjut, rujuk Utusan Malaysia, 10 jun 2008)

Di atas hanya sebahagian berita yang saya baca di akhbar pagi tadi. Saya percaya lepas ni, lebih banyak lagi berita ynag agak serupa akan dilaporkan. Ini baru kantin sekolah. Bersedialah untuk menerima kejutan kenaikan harga di kafe-kafe kolej di kampus masing-masing pula. Apa peranan kita? Apa peranan MPP? Apa peranan pihak Universiti? Peranan kerajaan?

Tuesday, June 10, 2008

Kad Diskaun Pelajar?

Oleh : Hazirah Hussin

Bangi 8 Jun ( Utusan Malaysia)- Kementerian Pengajian Tinggi akan memperkenalkan kad diskaun pelajar bagi memastikan impak kenaikan harga barang dan perkhidmatan ketika ini tidak membebankan mereka.

Timbalan Menterinya , Datuk Idris Haron berkata, kad tersebut akan membolehkan pelajar menikmati potongan harga barang dan perkhidmatan yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Menurutnya, kertas cadangan mengenai kad tersebut akan dibawa kepada pihak kementerian untuk dibincangkan bulan depan sebelum dihantar kepada Kabinet untuk membuat keputusan.

“ Kerajaan akan menimbangkan cadangan memperkenalkan kad itu dan ia bergantung pada kertas cadangan yang dihantar kepada kementerian, ”

Menurut beliau, kad diskaun itu boleh digunakan oleh kira-kira 850,000 pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)….(berita lanjutnya boleh rujuk akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Jun 2008)

Satu langkah yang bagus. Sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar, saya merasakan idea yang dicadangkan itu amat bernas dan seharusnya dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan masalah kewangan di kalangan pelajar. Memandangkan harga minyak petrol sudah meningkat dengan terlampau drastiknya, secara langsungnya ia akan memberi kesan kepada kehidupan pelajar itu sendiri. Harga barang basah juga sudah ada yang naik (dan mungkin beberapa barang lagi yang akan naik harganya). Saya percaya, harga makanan di kafe juga akan naik (beras, petrol mahal).

Persoalan yang ingin dikembalikan kepada semua mahasiswa, antara kad diskaun dan kenaikan biasiswa, yang mana lebih digemari pelajar? Pastinya ada pro dan kontranya. Bergantung pada latar belakang pelajr itu sendiri. Yang mendapat biasiswa mestilah mengharapkan kenaikan kadar biasiswa. Tetapi bagi yang mendapat pinjaman, kenaikan kadar pinjaman bermakna kenaikan hutang yang harus dilunaskan nanti.

Kalau kad biasiswa, ianya berguna untuk semua samada penerima biasiswa, pinjaman atau tajaan PAMA( papa mama).Satu harapan saya, cadangan ini tidak hanya tinggal sebagai satu cadangan untuk melegakan hati pelajar. Pertimbangkanlah pelajar yang mendapat pinjaman atau biasiswa yang hanya sekadar cukup sahaja. Harga barang sudah naik, cadangan nak naikkan kadar pinjaman atau biasiswa pula seakan tidak ada setakat ni.

“Peruntukkan biasiswa telah dinaikkan dua tahun lalu dan tidak mungkin ia akan dinaikkan lagi dan sebagai pengganti, kad diskaun pelajar kebangsaan adalah jawapannya,”- Datuk Idris Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Itu dua tahun dahulu. Dalam dua tahun macam-macam boleh berlaku. Dalam dua minggu pun macam-macam boleh berlaku, inikan dua tahun..Fikir-fikirkan.
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox