..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Showing posts with label Lidah Editor. Show all posts
Showing posts with label Lidah Editor. Show all posts

Tuesday, July 1, 2008

Hentikan ceroboh talian mahasiswa

Promahasiswa UPM kali ini sudah agak serik dengan tindakan HEP yang makin melampau. Walaupun keadaan HEP yang makin "rosak" disebabkan oleh barua UMNO yang memegang tampuk TNC HEP, namun kami (proM-UPM) sentiasa berdoa dan berharap agar mereka-mereka ini sedar dengan tindakan mereka yang semakin melampau itu.

Kalau tahun lepas heboh dengan peristiwa UTK merampas laptop mahasiswa yang kononnya terlibat dengan gerakan haram, kali ini proM-UPM agak tidak puas hati dengan tindakan HEP yang masih lagi menggunakan taktik kotor yang sama sejak dahulu lagi, iaitu menceroboh talian mahasiswa secara HARAM. Ini bertentangan dengan kebebasan dalam kehidupan seharian apabila maklumat sistem mesej ringkas dan juga talian berjaya diceroboh oleh balaci-balaci TNC HEP menggunakan teknologi terkini, tanpa keberanan tuan hak berkenaan.

ProM-UPM melihat perkara ini bukan perkara main-main, kerana perkara sebegini boleh menyebabkan keaiban dan juga hal-hal peribadi individu terutamanya dikalangan mahasiswa yang berbeza pendapat dari mereka, terdedah begitu sahaja. Selain itu, perkara seperti ini menyumbang kepada kegiatan jenayah di kalangan ahli yang dilatih oleh TNC HEP itu sendiri. Bukan itu sahaja, malah tindakan TNC HEP melatih dan memekploitasi golongan-golongan tertentu untuk mendapatkan maklumat adalah cukup tidak disenangi.

Oleh yang demikian, mahasiswa-mahasiswa proM-UPM perlulah berhati-hati semasa menggunakan teknologi telekomunikasi bagi memastikan perbuatan jahat HEP ini tidak merosakkan keadaan di universiti seperti sesi lepas.

p/s: sekiranya anda mahu menukar nombor henset kerana mahu dikesan, lebih baik tukar henset sekali. Kerana sekiranya anda menukar nombor, mereka tetap dapat mengesan nombor IMEI henset anda. TQ.

Monday, June 9, 2008

Salam Perubahan

Salam perubahan kepada semua insan yang bergelar mahasiswa. Anda adalah generasi muda negara ini. Aset terpenting negara, agama dan bangsa. Melihat kepada kelesuan dan kebekuan minda pelajar pada masa kini, kami merasa terpanggil untuk menyediakan satu ruang, pentas untuk kita sama-sama berpencak di gelanggang mahasiswa. Generasi baru seharusnya berfikiran baru dan tidak takut untuk bersuara atas tiket mahasiswa yang diiktiraf keintelekkannya.

Nyatakan pandangan dengan lantang, telus dan dan berilmu. Buktikan mahasiswa bukan lesu, beku. Jangan takut untuk menentang arus. Tidak salah untuk mencuba dan salah. Yang salah ialah kita tidak mencuba dan tidak pernah salah. Jangan bimbang untuk mengubah paradigma lama, tidak sependapat dengan majoriti kerana kita mahasiswa dan generasi muda yang berfikiran segar. Peranan “orang tua” ialah menegur kepincangan kita. Bukannya mencantas pemikiran generasi baru dengan mewujudkan pelbagai kekangan atas dasar kuasa dan senioriti. Malaysia baru tidak akan tercorak tanpa pemikiran generasi baru. Buka mindamu, keluar dari nostalgia lama. Ini zaman kita. Kita yang harus mencoraknya. Bersama kita memimpin perubahan.Bersama mencorak sejarah kita yang tersendiri..[^_^]
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox