..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Showing posts with label Respon Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Respon Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, February 11, 2009

Siakap, Senohong, Gelama, Ikan Duri…(Part 1)


Alkisah sebuah cerkon (cerita kontot) bermula..

Di sebuah negeri . berhampiran sebuah perairan yang dikenali tasek serdang, tinggallah sekumpulan penghuni rimba dengan amannya..Setelah sekian lama raja harimau memegang tampuk kepimpinan,sudah tiba masanya untuk berubah kepimpinan. Slogan “Harimau Maut” yang sering dilaungkan Sang Raja Harimau akhirnya memakan diri sendiri.Raja harimau telah ditemui mati dengan hinanya kerana tertelan biji durian yang dirampas daripada rakyat. Memandangkan raja Harimau tidak mempunyai keturunan kerana mengalami masalah mandul,satu pemilihan baru terpaksa dilakukan untuk menggantikan kepimpinan beliau.Dipendekkan cerita,rakyat sepakat memilih di kalangan ikan untuk menerajui tampuk kepimpinan. Ini kerana, mereka menganggap ikan adalah satu makhluk yang tenang,tegas, mesra dan yang penting tidak mempunyai kuku untuk menjadi “kuku besi” (seperti raja harimau).

Pada awal kepimpinan, pembesar-pembesar ikan memerintah negeri dengan amannya walaupun berlainan pemahaman politik. Mereka rela mengenepikan kepentingan diri sendiri demi menjaga kebajikan rakyat. Namun pada suatu hari…

Bertanya Sang Pembesar Ikan Emas kepada Pembesar Ikan Gelama,” Wahai sahabatku ikan gelama, bagaimana dengan rancangan kita tentang kem induksi kepimpinan? Adakah jadi dibuat pada 7-9 Februari ini?” Maka, menjawablah si Ikan Gelama, “Setahu hamba, program itu tidak jadi pada 7-9 ini dan ditunda pada 22 Februari ini…”..”ooo…begitu..kalau begitu, tidak mengapalah, apa-apa perkembangan nanti, tolong informkan, yea..”jawab si Ikan Emas lalu berlalu dari situ untuk menyelesaikan beberapa permasalahan rakyat.

Alkisahnya pula, pada pagi 7 Februari, berenang-renanglah Si Pembesar Ikan Duyung berhampiran Batu Karang Astaka Seni . Maka ternampaklah oleh beliau akan kroni ikan Siakap, Senohong, Gelama dan Ikan duri bersama Ikan Buntal dan beberapa pembesar yang lain sedang menaiki Kenderaan Rasmi Negeri. Terfikirlah di hati Ikan Duyung “Kemana pembesar itu semua mahu pergi? Bukankah, kem induksi kepimpinan sudah dibatalkan?”…maka, denagn tergopoh-gapahnya, Si IKan Duyung menghubungi Pembesar Ikan Emas melalui telefon 3G nya untuk memberitahu akan hal itu.

Untuk mendapatkan kepastian, Si Pembesar Ikan Emas pun menghubungi Pembesar Ikan Duri..”Assalamualikum Ikan Duri, Ikan Emas di sini. Hamba nak Tanya, Tuan hamba di mana sekarang? Di kem induksi ke?” maka menjawablah Si Pembesar Ikan Duri tanpa ragu-ragu( disebabkan kenaifannya)” Ye, hamba di kem induksi. Di Hotel Empress berhampiran perairan Sepang. Datanglah, tuan hamba belum terlambat. Kami pun belum check in lagi”. Maka sedarlah Si Ikan Emas bahawa terdapat konspirasi di pihak Ikan Siakap dan kroninya untuk mengadakan kem induksi tanpa pengetahuan Pembesar Ikan Emas dan sahabat2nya.

Teringat Sang Ikan Emas akan perbualannya dengan Si Pembesar Ikan Buntal….” Tuan hamba di mana sekarang? Adakah sudah check in hotel untuk kem induksi?” Dijawabnya ikan Buntal” Check in hotel? Kem induksi? Mana ada..kem Induksi tak ada minggu ni.” Si Ikan Emas merasa teramatlah hairannya padahal menurut Si Ikan Duyung, dia melihat dengan mata kepalanya sendiri yang Ikan Buntal turut sama menaiki Kenderaan rasmi Negeri dan bertoalk ke Empress Hotel..” Mungkin ini satu helah. Maka bertanyalah lagi Si Ikan Emas dengan bertujuan untuk memerangkap Ikan Buntal yang sudah pandai menipu padahal sebelum ini dikenali sebagai seorang yang taat pada perintah tuhan..”Jadi tuan hamba di mana sekarang?”. Dijawabnya oleh si Ikan Buntal(melalui telefon)..”hamba berada di sekitar perairan Kuala Lumpur…” kedengaran suaranya agak gagap dan tersekat-sekat.. sayup2 kedengaran suara garau Si Ikan Gelama memberi pengumuman melalui corong telefon 3G Si Ikan Emas….

To be continue…


p/s: kisah ini bukan rekaan semata-mata tapi ada kaitan dengan y hidup dan bukan dengan y mati. kepada kepada semua spisies ikan terutamanya siakap, senohong, gelama ikan duri, termasuk buntal, sila tinggalkan comment untuk membela diri.

pantun termahal di sini adalah hasil inspirasi mantan NC UPM, Dato' Zohardie Bardaie

siakap, senohong, gelama, ikan duri
bercakap bohong boleh jadi menteri

Sunday, July 6, 2008

PRODUK ASPIRASI YANG GAGAL

Sekali lagi Negara digemparkan dengan isu jijik tentang dakwaan orang besar meliwat. Aku tak bercadang untuk sentuh perkara yang sebegitu aib. Apa pun gelodak yang kita tahu dalam dan luar tentang kes ini tidak sewajarnya ia membawa negara ke kancah yang tidak harmoni. Memang sulit kita untuk faham apa yang sedang bermain dalam kotak fikiran orang-orang politik yang sedang menghiasi suasana negara masa kini.

Dalam suasana terkini yang berlaku aku masih lagi tertanya-tanya, kemana kelompok mahasiswa yang pernah ditarbiyyah oleh Biro Tata Negara dengan label ASPIRASI semasa mereka dikampus dahulu? Kemana ya???

Diberitakan mereka ini pernah kononya hebat kerana berjaya merampas penguasaan Majlis Perwakilan Palajar daripada kelompok Pro-Mahasiswa. Di didik supaya lebih taat serta berjiwa bangsa. Dibina personaliti dan kredibiliti. Ditanam supaya perlu pertahankan maruah dan jangan sesekali diperalat oleh orang lain.

Tapi........ kenapa si x-mpp uniten terjebak dalam agenda aib sebegitu. Diakan pernah berada dalam kem aspirasi. Kenapa dia mudah diperalat oleh orang-orang berkepentingan. Kenapa pula terlalu rela di aibkan. Munkin ada la tu yang tak kena dengan modul yang kawan-kawan lama ku yang ada di BTN susun. Bahaya tu untuk jangka masa panjang MALAYSIA.

Ralat sangat aku rasa kalau dihabiskan berjuta untuk program Aspirasi tetapi akhirnya sekadar menjadi barang dagangan yang mudah diperalat. Sekali lagi kawan-kawan ku yang ada di BTN, mai kita bincang, susun modul lain untuk yang lebih berkesan untuk pastikan parti yang memerintah la ni ada pelapis yang bermaruah.

*Terkenang sungguh kat ahli-ahli PMI dari dulu sampai sekarang, pi mana pun jumpa. Dalam sektor kerajaan, swasta, wakil-wakil rakyat, ada yang jadi menteri.

Monday, June 9, 2008

Dos kecil dahulu...


Oleh : Tendang Tepi

Baju sekolah putih?

Apa masalahnya?

Sejak akhir-akhir ni, semua orang sibuk berdebat pasal pakaian seragam putih pelajar perempuan sekolah rendah dan menengah. Sana-sini kedengaran orang bercakap. Pengetua tampil meluahkan kebimbangan. Para guru sepakat bersetuju. Makcik-makcik pula mula cuak. Tak senang duduk. Mula mengukur ketebalan,kenipisan baju sekolah anak gadis. Mula sedar dari lena. Aktivis-aktivis agama rancak memberi pandangan dan cadangan. Pertubuhan lain juga sibuk mengeluarkan respon. Pak menteri juga tak duduk senyap. Semua ni merespon saranan saudari munirah Bahari, Pengerusi HEWI PKPIM supaya kerajaan menilai semula pemakaian seragam sekolah putih bagi pelajar perempuan sekolah menengah dan rendah.

Apa yang tak kenanya dengan seragam putih?

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ. Lebih-lebih lagi ia akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan...." (Saudari Munirah Bahari,Pemimpin wanita PKPIM)

Ternyata ada yang gembira dengan saranan tersebut. Berbakul-bakul pujian, sokongan dan pandangan membina yang dilemparkan. Tapi tidak kurang juga yang kurang senang dengan amal maaruf dan nahi mungkar yang cuba ditegakkan.Malah melabelkan orang yang menyarankan sebagai kelakar, katak di bawah tempurung dan pelbagai lagi gelaran.Beberapa respon daripada pelbagai pihak:

“Baju kurung seragam berwarna putih telah sekian lama dipakai tanpa menimbulkan sebarang masalah. Masalah sosial dan gejala seksual yang semakin meruncing di kalangan pelajar sebenarnya berpunca dari krisis nilai, hakisan pegangan agama dan moral yang sedang hebat melanda masyarakat kini,” (Dr. Harlina Siraj,Wanita JIM )

”Something must be seriously wrong with local men if the sight of girls in their school uniform turns them on,” (Sisters in Islam)

" Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan sokongan yang tinggi terhadap cadangan tersebut dan turut mendesak agar pihak Kementerian Pelajaran segera mengambil tindakan sesuai dengan tuntutan agama yang mendidik agar kita senantiasa menutup apa jua ruang dan peluang yang menghela ke arah jenayah dan mungkar….” ( Ustz.Nasaruddin Hassan Tantawi,Pemimpin Pemuda PAS )


" Tuntutan agama ialah menutup dan menjaga aurat termasuk memakai tudung bagi pelajar perempuan Islam. Oleh itu Kementerian mestilah mengambil kira cadangan pelbagai pihak khususnya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk memastikan soal berpakaian ini dititik beratkan….” (Ustzh Nuridah Salleh,Muslimat PAS)

" Soal pakaian seragam sekolah pelajar perempuan bukanlah punca peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar " ( Dato' Seri Hishamuddin Hussein -Menteri Pelajaran Malaysia )

Pada pandangan peribadi saya, saranan daripada PKPIM itu amat baik. Walaupun jika kita melihat dari sudut lain, akar permasalahan yang sebenar bukanlah warna atau ketebalan pakaian seragam yang harus dibincangkan tetapi ada pokok masalah lain yang tersembunyi. Apa yang saya faham, masalah sebenar ialah masalah kroniknya moral dan akhlak masyarakat kita sekarang. Masalah ini telah lama disedari dan sekarang semakin meruncing. Bertitik tolak dari permasalahan ini, pelbagai masalah lain pula timbul. Untuk menyelesaikan masalah sebesar ini, kita memerlukan satu formula yang amat ampuh.

Formula itu sebenarnya sudah ditemui sekian lama. Cuma belum masih boleh diterima oleh masyarakat. Formula yang dimaksudkan ialah kembali kepada ajaran agama masing-masing. Disebabkan ’penyakit’ terlalu parah, dos ubat yang terlampau tinggi tidak mampu ditanggung oleh badan. Mungkin kita boleh bermula daripada dos yang rendah dahulu. Kemudian dos itu ditambah sedikit demi sedikit. Analoginya disini, penukaran warna seragam sekolah yang dicadangkan oleh PKPIM. Jika saranan ini diterima, kita yakin ia tidak dapat pun menyelesaikan masalah sebenar.

Tetapi sekurang-kurangnya,penyakit baru dapat dicegah sementara kita merawat penyakit yang sedia ada. Bagi kementerian yang berkaitan, saya mencadangkan penukaran warna seragam sekolah dapat dipercepatkan. Untuk mengatasi bebanan kewangan para ibu bapa, saya menyarankan penukaran seragam itu dilakukan secara berperingkat. Maksudnya, diwajibkan kepada pelajar yang baru mendaftar (sesi kemasukan pelajar baru).

Dengan ini, dalam beberapa tahun, semua pelajar akan berseragam baru tanpa membebankan ibubapa. Ini lebih baik daripada cadangan supaya pelajar diwajibkan memakai camisole, memilih kain jenis tebal atau melabuhkan tudung. Kerana, pada pengalaman saya, syarat itu tidak semestinya dipatuhi oleh pelajar. Dalam ramai2, pasti ada yang ingkar dengan alasan ”bukannya orang tahu kita ikut peraturan atau tak”.Tetapi jika warna yang diwajibkan diubah, pelajar tidak mampu beralasan lagi kerana perubahan yang ketara yang perlu dilakukan. Akhir kata, saya sekali lagi menyambut baik cadangan PKPIM dan mengharapkan pihak yang berkaitan segera bertindak...!
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox