..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Friday, December 26, 2008

Budaya konsumer punca kemelesetan ekonomi

Hishamuddin Rais Dec 11, 08 7:01pm


Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang sebesar ini belum pernah dialami oleh dunia kapitalis selama 200 tahun.
Krisis kali ini lebih buruk daripada zaman kemelesetan tahun 1929.Kita hanya membaca zaman kemelesetan pada 1929 di Amerika Syarikat. Kita tidak mengalaminya. Kita mengetahui hanya melalui surah sejarah, tidak lebih dari itu. Apa yang kita lihat hanyalah gambar-gambar hitam putih tentang zaman itu. Apa yang kita hayati hanyalah filem-filem yang cuba menggambarkan suasana dan drama di zaman itu.

Zaman kemelesetan besar di Amerika Syarikat berlaku 80 tahun dahulu. Lapan puluh tahun dahulu Tanah Melayu masih bawah penjajah Inggeris. Getah baru sahaja sampai dari Brazil pada 1902. Sistem ekonomi kapitalis belum melebar. Jual-beli duit ringgit belum menjadi budaya. Malah banyak warga langsung tidak memiliki duit. Bertukar-tukar barangan masih lagi budaya ekonomi.
Masyarakat konsumer yang kita lihat di sekeliling kita hari ini masih belum wujud.Rumah kita di kampung memakai lampu damar, kita memasak dengan kayu dan mengambil air dari perigi. Kita ke sawah setahun sekali. Di pekan, lampu jalan memakai lampu minyak pam. Kereta satu benda yang ajaib – kalau bernasib baik kereta melintasi kampung kita – kita berkumpul berkerumun untuk melihatnya.Saya sendiri belum wujud pada 1929. Apa yang saya tulis ini hanyalah menyambung surah daripada arwah ibu dan ayah saya.

Zaman itu telah lama berakhir. Hari ini kita melihat zaman itu sebagai Zaman Dahulu, kita panggil zaman ini Zaman Lampau atau Zaman Tok Kaduk. Apakah ini tepat?Sebelum menjawab soalan itu, kita wajib melihat apakah budaya yang sedang kita anuti hari ini.Untuk ujian pertama, sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini.

Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul?Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut, maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumerisme – budaya yang lahir daripada sistem ekonomi kapitalis.

Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset.Jangan dengar cakap-cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu.

Jangan percaya bahawa kita semua selamat daripada krisis ekonomi ini. Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis, mana mungkin hanya Malaysia terselamat! Ini mustahil. Jaminan politik ini pembohongan. Ia betul-betul macam penafian bahawa Najib Razak tidak mengenal Altantuya Shaariibuu. Bohong.

Fakta: Amerika Syarikat rakan niaga terpenting Malaysia telah memasuki zaman meleset bukan pada 2008 tetapi tahun lalu lagi. Inilah fakta rasmi kerajaan Amerika Syarikat.

Negara Iceland telah jatuh muflis. Tiga syarikat kereta yang terbesar di dunia – Ford, General Motors dan Chrysler – telah jatuh muflis.

Di United Kingdom, syarikat kereta Vauxhall menjalankan dasar “beli satu kereta, dapat satu percuma”. Ini kerana tidak ada lagi orang yang ingin membeli kereta.


Di Malaysia pada ketika ini kita boleh beli kereta tanpa duit pendahuluan. Trend ini hanya permulaan. Akan sampai masanya apabila kereta dari kilang Proton akan tinggal terbengkalai. Satu demi satu bank besar dan syarikat kewangan gergasi tutup kedai.



Harga minyak sawit kita telah jatuh. Harga minyak mentah telah juga jatuh. Bila harga minyak sawit dan harga mentah jatuh, ertinya pendapatan negara kita kurang. Tahun lalu indeks komposit bursa saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata. Lupa? Bukankah Abdullah Ahmad Badawi berasa amat bangga dan mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi kita cermerlang, gemilang dan terbilang?

Hari ini indeks komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum? Apakah kalau indeks naik maknanya ekonomi baik - jika indeksnya turun, tidak ada seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka semua telah jadi rabun dan buta.

Tahun hadapan kita akan diamuk lagi. Krisis luaran ini badainya akan sampai. Seperti ombak tsunami – ia bermula di Wall Street New York. Limpahan ombak tsunami ini akan sampai enam bulan kemudian ke Malaysia. Ombak ini pasti akan datang tahun hadapan.Apakah kita semua sedar bahawa nilai ringgit kita telah jatuh.

Maknanya, kalau dulu kita boleh membeli kapal selam dari Perancis dengan harga 10 ringgit sebuah. Hari ini kapal selam yang sama harganya menjadi 12 ringgit. Duit ringgit rupanya dan warnanya tidak berubah. Apa yang berubah ialah nilainya.

Titik sebenar pertanyaan: apakah ada jalan untuk menghadapi krisis ini?Pasti ada. Sebelum ombak krisis ekonomi ini menggelora sampai kita wajib menilai kembali budaya konsumer yang kita rayakan. Budaya ini ialah budaya pembaziran yang sedang membawa laknat kepada umat manusia.

Kita wajib kembali melihat bumi ini sebagai rahmat untuk kita bercucuk tanam. Tidak ada jalan lain kecuali kita menghidupkan tanaman yang boleh kita makan. Bukan menanam getah atau sawit untuk dieksport agar negara dapat membeli kapal selam. Ini kerja bodoh.

Di Amerika Syarikat dan di Eropah – berjuta-juta buruh telah mula kehilangan pekerjaan. Apabila mereka hilang kerja, mereka tidak ada duit. Apabila mereka tidak ada duit, mereka tidak membeli barang. Apabila mereka tidak membeli barang – kilang kita yang membuat barang akan ditutup sama. Apabila kilang kita ditutup, kita pula hilang pekerjaan dan kita pula tidak ada duit. Beginilah lingkaran setan dalam sistem global ekonomi kapitalis.

Lingkaran setan ini dapat kita putuskan jika kita kembali berbakti kepada bumi. Bumi bukan untuk diruntuh-rantahkan. Bumi tempat kita bercucuk tanam dan memakmurkan tanaman untuk makanan.

Kita wajib memisahkan diri kita daripada terjerut dalam sistem global ekonomi kapitalis yang memaksa kita menjadi konsumer.Bernoktahlah sebentar dan lihat kembali Zaman Tok Kaduk dahulu. Tidak ramai yang memiliki duit dan ringgit. Mereka bertukar tenaga bantu-membantu, bergotong-royong. Mereka hidup bukan sebagai konsumer. Mereka hidup sebagai manusia.

Kini telah muncul kembali di banyak tempat di Amerika Syarikat dan di Eropah di mana warga-warga menolak pengunaan duit rasmi dan menggunakan duit mereka sendiri. Ia diamalkan untuk memastikan mereka tidak terperangkap dalam ekonomi konsumer. Mereka menjalankan perniagaan tukar-menukar. Mereka mahu menjadi manusia yang merdeka bebas daripada belenggu sistem ekonomi kapitalis.

Satu perkara yang wajib kita semua sedari. Pada tahun tahun 1930-an, apabila ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah meleset, apa yang muncul? Perang Dunia Kedua bermula. Dalam sistem ekonomi kapitalis, perang adalah jalan pintas untuk kaum pemodal menjual barangan mereka.

Dalam masa yang sama perang akan memusnahkan apa yang telah mereka buat. Buat, kemudian musnahkan. Buat lagi, dan musnahkan lagi. Ini cara untuk memastikan kilang akan terus bergerak.Perang menjanjikan industri senjata berkembang. Industri senjata adalah satu-satunya industri yang menjadi pasak dan menjana ekonomi sistem kapitalis.

Dalam perang, kemusnhan akan berlaku. Kapal terbang hancur, kereta kebal musnah, peluru dan bom diletupkan – semua ini perlu diganti dan dibuat lagi. Industri perang adalah industri terbesar - numero uno - untuk Amerika Syarikat. Negara ini, atau lebih tepat Wall Street, sarang kaum pemodal multinasional berkumpul dan merancang.

Pada ketika ini, di kilang-kilang industri perang sedang menggunung dengan peralatan senjata yang belum terjual atau belum musnah.Justeru, kemungkian perang besar akan bemula tidak boleh diketepikan.

Sejarah telah menunjukkan apabila kaum pemodal dilanggar krisis, maka tidak dapat tidak mereka akan merancang perang. Perang di Iraq, di Afghanistan, Kosovo, Somalia dan di Sudan ini masih belum mencukupi untuk memusnahkan senjata-senjata yang telah sedia dibuat. Kerana itu perang wajib diluaskan ke Iran, Pakistan dan India.

Apa yang berlaku di Mumbai baru-baru ini adalah sebahagian daripada perancangan perang yang lebih luas.Bernoktahlah sebentar dan mari kita melihat diri kita sendiri. Apakah kita telah terperangkap dalam sistem dan budaya yang dimunculkan secara terancang oleh kaum pemodal internasional?

Apakah kita diperangkap untuk terus menjadi hamba sebagai pengguna dan konsumer untuk membeli barangan yang kini telah menyempit bilik kita sendiri?

Jawapannya – sila buka kembali almari kain baju dan lihat apa yang ada di dalamnya. Jawapannya di hadapan mata.

Perkasakan Pendidikan Kerohanian Untuk Banteras Jenayah Juvana


Gejala jenayah dikalangan pelajar bukan isu baru yang ingin dibincangkan. Menurut Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 5,543 kes dilaporkan melibatkan jenayah juvana pada tahun 2004. Baru – baru ini, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan lebih 3,000 pelajar sekolah menengah ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah sepanjang tahun lepas.


Fenomena ini hendaklah dipandang serius oleh semua pihak, lebih – lebih lagi kelompok pelajar ini merupakan generasi yang akan mencorak negara pada masa akan datang. Adakah kita sanggup melihat negara yang kita cintai ini dirosakkan oleh anak – anak dan cucu – cucu kita sendiri? Sudah pasti jawapannya tidak, dan kita sentiasa berdoa kepada tuhan supaya keluarga kita tidak terlibat dengan gejala tersebut.


Setiap orang menggimpikan kehidupan yang aman damai dan sejahtera tetapi adakah kita pernah bertanya kepada diri sendiri apakah usaha yang telah kita lakukan bagi mencapai matlamat tersebut?atau adakah kita hanya pandai menuding jari menyatakan kesalahan pihak – pihak tertentu apabila jenayah tersebut berlaku.


Menurut Timbalan Ketua Polis Negara,Tan Sri Ismail Omar, kadar indeks jenayah di negara ini dijangka meningkat pada tahun depan berikutan ramai yang hilang pekerjaan akibat kesan krisis ekonomi dunia. Beliau turut menyatakan aktiviti jenayah telah meningkat dengan kadar 5 peratus antara tahun 2007 dan 2008.


Pepatah Melayu ada menyebut melentur buluh biarlah pada rebungnya, manakala pepatah arab ada menyebut mencegah lebih baik daripada merawat. Apa yang ingin saya cadangkan disini adalah pihak Kementerian Pelajaran hendaklah memperkasakan pendidikan kerohanian dikalangan pelajar – pelajar sekolah bermula dari peringkat rendah hingga peringkat menengah.
Ini bukan bermaksud, tanggungjawab sepenuhnya diletakkan kepada pihak kementerian pelajaran semata – mata tetapi ia merupakan salah satu alternatif disamping pihak – pihak lain menggembeleng usaha tenaga bagi membenteras gejala tersebut.
Cadangan ini dilihat bersesuaian dengan usaha pihak kerajaan yang bercadang untuk merombak kurikulum pendidikan di sekolah menjelang tahun 2010.


Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, antara tujuan rombakan tersebut adalah bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata. Ia juga bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai lebih ketrampilan, daya saing dan keyakinan diri yang tinggi, di samping mampu menempatkan diri mereka dalam suasana dunia lebih mencabar nanti.
Oleh itu, saya berpandangan sudah tiba masanya subjek – subjek yang berbentuk kerohanian seperti pendidikan Islam dan pendidikan moral dinilai dari sudut keberkesanannya. Modul atau silibus pengajaran tersebut hendaklah lebih bersifat praktikal dan menarik berbanding sekarang yang lebih kepada teori dan hafalan semata – mata.


Secara tidak langsung, ia menimbulkan penghayatan dan minat dikalangan pelajar. Seterusnya menjadi bekalan atau penampan kepada para pelajar daripada terjebak ke dalam gejala jenayah yang durjana.


Mohd Khairul Hidayat BerahimPresidenPersatuan Mahasiswa Melaka Universiti Malaya ( PERSAMA )

Thursday, December 25, 2008

Pilihanraya Kampus 2009 : KPT berat sebelah?


Pindaan AUKU 2008 yang telah dipinda pada tahun ini di parlimen antara lain memberikan semula kuasa autonomi kepada universiti. Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi sendiri, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin sendiri di parlimen memaklumkan kepada wakil parlimen bahawa tarikh pilihanraya kampus dan penggunaan e-voting ditentukan oleh Naib Canselor setiap kampus. Perkara yang penting ialah parti politik tidak dibenarkan sama sekali mengganggu urusan universiti. Namun ucapan dan kata-kata ini hanya berkumandang di parlimen sahaja.



Beberapa rangka kerja yang telah dilakukan diperingkat kementerian talah dibuat untuk memastikan kumpulan mahasiswa yang menyokong kerajaan menang pada kali ini. Ini terbukti dengan beberapa bengkel yang telah diadakan diperingkat kampus dan nasional untuk binding group ASPIRASI.

Pada hujung bulan 12 dan pada ketika ini , kelihatan kumpulan ASPIRASI yang pro kepada Barisan Nasional telah pun mengumpulkan kekuatan untuk menghadapi pilihanraya kampus yang dijangkakan pada awal bulan Januari 2009. Ini terbukti dengan beberapa bengkel bersiri yang diadakan. Sahabat boleh melihat gerak kerja yang telah mereka lakukan adalah seperti berikut :

a) Pada 24 hingga 26 November yang lalu bertempat di Hulu Langat telah diadakan Bengkel Jentera peringkat UM anjuran HEP. Setiap kolej kediaman diminta menghantar 4 orang wakil untuk brainstorm kemenangan ASPIRASI di kampus nanti
b) Pada 24 hingga 27 juga diperingkat IPT dan nasional telah diadakan bengkel jentera ASPIRASI bertempat di Kem PLKN Rachado Bay, Port Dickson. Antara objektif bengkel jentera ini diadakan ialah : meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahun serta mengatur langkah gemilang dikalangan pemimpin mahasiswa IPTA ke arah perlaksanaan pilihanraya kampus 2009 yang majlis penutupnya oleh YB Datuk Idris Haron, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi.
c) Pada 21 Disember 2008 (semalam), semua presiden kolej kediaman telah berkumpul di PWTC untuk berbincang tentang calon mereka di peringkat nasional diatur oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal pelajar di setiap kampus terutamanya di Lembah Kelang.

Adalah tidak adil dan mendukacitakan bagi sesebuah kementerian dan Hal Ehwal Pelajar yang mengadakan bengkel calon dan jentera hanya pada kumpulan mahasiswa tertentu sahaja. Persoalannya kenapa tawaran ini hanya dinikmati oleh kelompok mahasiswa ASPIRASI?

Kita sedia maklum bahawa jentera ASPIRASI ini hanya akan hidup selepas arahan daripada KPT dan HEP juga tawaran-tawaran yang ditawarkan seperti duit elaun, tinggal di kolej dan kerjawa sebagai pegawai HEP selapas tamat belajar. Namun asuhan seperti ini sedikit sebanyak mematikan idealis mahasiswa dan menjadikan pemimpin mahasiswa yang lebih kepada menurut perintah berbanding pemimpin yang berprinsip dan kalibernya sendiri.

Moga keseluruhan mahasiswa lain sedar bahawa, mereka perlu berubah gaya berfikir dan tindakan. Diperingkat global, Barack Hussein Obama telah membuktikan rakyat Amerika boleh berubah, diperingkat nasional dalam Pilihanraya Umum Ke-12 juga menyaksikan rakyat Malaysia membuktikan kuasa rakyat yang boleh berubah arah dengan dibuktikan 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Hanya tinggal generasi baru mahasiswa sahaja yang tidak diuji lagi. Indikatornya berlaku semasa Pilihanraya Kampus. Kini adalah masa untuk perubahan dan ianya bermula dengan anda seorang insan bergelar mahasiswa

Penulis merupakan Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional. Blog beliau boleh dilawati di http://razalizaidin.blogspot.com



Saturday, November 1, 2008

UPM Menang Universiti Penyelidikan Cemerlang

PUTRAJAYA, 1 Nov – Kecemerlangan Universiti Puta Malaysia (UPM) dalam penyelidikan dan pendidikan terbukti apabila diumumkan sebagai pemenang Technology Business Review ASEAN Award 2008 for Excellence in the ASEAN Education Management Sector (Research University).

Naib Canselor UPM Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah menerima trofi kristal kemenangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Chopard Malaysia, A. B. M. Shah Jahan pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada panel Technology Business Review yang memilih UPM buat kali kedua dan melafazkan penghargaan kepada semua warga UPM yang turut sama melonjakkan penyelidikan dan pendidikan universiti itu ke tahap tertinggi.

UPM merupakan universiti tunggal yang memenangi kategori Research University selepas memenangi anugerah dan kategori yang sama pada tahun lalu.

Anugerah yang diperkenalkan sejak tahun 2006 itu diberikan kepada organisasi yang cemerlang meningkatkan prestasi, inovasi, kepuasan pelanggan, pengurusan sumber manusia dan tanggungjawab sosial korporat.

Pada tahun ini sebanyak 25 organisasi daripada 11 sektor korporat, 20 individu bagi kategori kepimpinan dan lima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerima anugerah tersebut.

Lebih seribu tetamu daripada sektor korporat, awam dan diplomatik hadir pada majlis tersebut, antaranya Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadhilah Yusof dan Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Tan Lian Hoe.

Sumber: Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat UPM.

1001 cara mereput pemerintahan MPP pasca PRK

Oleh: Sdr. Ali Bukhari Amir *

POLITIK KAMPUS | Perang adalah angka. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Perang yang pertama dalam Islam menyaksikan bagaimana 313 tentera Islam telah menewaskan 1,000 tentera Musyrikin. Bermodalkan semangat dan tawakal bulat, mereka akhirnya menang!

Tidak dapat dinafikan bahawa hal kemenangan dan kekalahan itu memang berkait rapat dengan angka. Selalunya, angka yang besar menewaskan dan menumbangkan yang kecil. Sekiranya yang berlaku sebaliknya, tentu ia adalah kesan mukjizat.
Mukjizat berlaku apabila jumlah pasukan yang kecil dan kerdil, tapi baik amalannya lalu dengan berkat amalan itu, mereka mendapat bantuan Tuhan. Contoh-contoh klasik selain perang Badar adalah perang Talut melawan Jalut, kes Bani Israel melarikan diri daripada tentera Fir’aun di Laut Merah dan lain-lain.

Mukjizat besar terjadi, lautan terbelah dua dengan sebab amalan pengorbanan Bani Israel; berhijrah meninggalkan Mesir, meninggalkan hasil tanaman meranum untuk mencari satu penempatan baru. Amalan ini berkaitan dengan pengorbanan.

Mana-mana amalan yang menuntut pengorbanan, biasanya mewujudkan gegaran besar di dalam sejarah. Jelas.. angka bukannya kayu ukur muktamad dalam kemenangan. Menang itu boleh jadi tercipta dengan sebab mahir menyusun strategi.

Menang kerana strategi
Tentera Islam dalam kebanyakan perang, Perang Khandaq dan lain-lain peperangan, telah mencedok strategi ilmu peperangan daripada tamadun lain juga seperti Parsi dan lainnya. Soalan awal yang patut kita tanya diri sendiri .. adakah kita menyusun strategi?

Saufi daripada Upsi akhirnya melayangkan sms, “Aspirasi meletakkan calon menang tak bertanding sebagai YDP. Calon undi tertinggi PRK Upsi hanya diletakkan sebagai exco, memang mainan HEP.” Saya tidak menjawab sms itu kerana penjelasannya panjang.

Maka, buang jauh-jauh pendapat selama ini, bahawa yang mendapat undi (angka) tinggi akan menang. Berasaskan pengalaman sebelum ini pun, kita dah tahu bahawa HEP Umno dan Aspirasi akan melakukan 1001 macam kaedah dan strategi untuk menang.

Kisah pilihan raya di USM itu belum tamat. Inilah sambungannya. Selesai pengiraan undi malam itu, wakil-wakil PMI, Dema yang membentuk pakatan propelajar berasa riang dan gembira. Puas hati kerana mereka mendapat undi tertinggi.

Dalam senarai calon umum itu, 4 orang wakil propelajar telah menang dan seorang sahaja wakil Aspirasi yang tersenarai dalam undian tertinggi. Sebahagian rakan-rakan PMI telah menuju ke Masjid al-Malik Khalid di USM malam itu kerana usaha mereka berbaloi.

“Kita mahu sujud dan solat syukur!” kata mereka beramai-ramai. Dan rakan-rakan Dema pun menghala ke arah Restoren Khaleel, membuang penat yang lama bertakung di tubuh mereka menjelang PRK. Demikianlah cara mereka melepaskan ketegangan di kepala.

Malam itu, sejurus pengumuman dilakukan oleh Dato’ Profesor Jamaludin Mohaiadin di dewan kuliah, kumpulan Islamis melaungkan takbir dengan kemenangan itu. Gema takbir disambut TNC dengan gurauan sadis, “Yang itu (laungan) Pas!”

Deraian ketawa pun melimpah, memenuhi dewan kuliah yang bertukar menjadi tempat mengira undi. Propelajar meraikannya penuh gembira. Tak pernah tercuit, selepas itu, ada hari-hari gelap dan mendung suram mendatang, menyaksikan mereka kalah percuma!

Warga Berita Kampus berkerut dahi seperti biasa. Ya.. kerja kami belum lagi selesai. Dan saat pulangnya ke desasiswa Indah Kembara, saya terlihat kelibat juak-juak Aspirasi yang berkumpul bersama TNC di tanah lapang yang berhampiran tempat pengiraan itu.

“Kau agak.. apa TNC buat di situ?” demikian saya bertanya ‘Deep Throat’.

“Entahlah, aku pun tak tahu,” duri dalam daging HEP itu membalas ringkas.

“Kan kau yang selalu rapat dengan mereka?” saya bertanya kembali. Saya syak ada suatu rancangan baru yang bakal menyusul tiba. Tapi, kami gagal memahami apa-apa.

Tiba-tiba, selesai perbincangan antara TNC dan mahasiswa Aspirasi itu, mereka bertepuk tangan penuh kegembiraan. Dan mereka menyanyikan sebuah lagu. Sah! Mereka gembira ini tentunya ada apa-apa. Mereka tahu mereka akan menang! Tetapi, strategi apa?

Perang tiga peringkat
Sebab itulah dalam tulisan baru-baru ini, saya menyatakan bahawa saya mestilah gembira dengan kemenangan siswa Upsi, tapi peratus kegembiraan itu tak sampailah 100%. Saya hadam benar strategi dan pola pemikiran HEP. Bukan saya nak berlagak. Percayalah..

Sudahkah saudara menyiapkan pelan peperangan tiga peringkat? Saya percaya, ramai pro siswa menyediakan dua rancangan saja, iaitu sebelum PRK dan ketika berlangsung PRK. Sebenarnya, ada satu lagi strategi terakhir, iaitu ‘backup plan’ .. strategi selepas PRK.

Suatu malam, ketika berbual di ruang maya YM, Hamzah mengirim maklumat yang sama seperti Saufi. Iaitu, meminta cadangan tentang bagaimana mahu bertindak.

“Tiga calon umum yang menang PRK di Upsi dilantik jadi exco saja. Walhal, kami minta dua kerusi MT saja, iaitu NYDP dan bendahari.

“Dengan rakusnya, Proaspirasi bolot semua kerusi MT. Bagi saya, mereka dah menafikan majoriti undi siswa yang mengundi promahasiswa khasnya untuk kerusi umum,” katanya. Beliau antara yang yakin sepenuhnya bahawa promahasiswa menang besar di Upsi.

Baiklah, yang tersurat telah pun terjadi. Saya teringat ungkapan Einstein yang tidak kalah menariknya. Lebih kurang begini, “Keburukan terjadi bukan kerana dunia ini dihuni oleh ramainya penjahat. Tetapi, keburukan berlaku kerana orang-orang yang sedar, melihat hal kemungkaran berlaku di depan matanya, tetapi tidak mengubahnya.”

Pengajarannya..masalah ini terjadi bukan kerana Umno, HEP, Aspirasi berbuat kejahatan. Tapi, kerana orang-orang baik tidak berbuat apa-apa. Nah! Saya yakin saudara pasti rasa ‘tension’ lagi mendengar kenyataan ini.

Sudahlah kami kalah dan tidak mendapat kuasa, hasil penipuan HEP, kini anda menghina kami pula sebagai kelompok siswa yang tak bertindak?! Baik..dengar dulu apa penjelasan saya yang berikutnya. Asas kenapa saya berkata demikian memang wujud.

Saya bercakap melalui pengalaman, bukan cakap ikut suka hati. Di USM, hal yang sama telah berlaku. Ketika kes itu terjadi, kumpulan mahasiswa ini, Aspirasi dan promahasiswa telah dibawa ke kem BTN. Maka, gerak kerja ‘brainwash’ pun bermula.

Ceritanya sangat panjang di sini. Tapi, memadailah kalau saya ringkaskan di sini bahawa pada akhirnya, USM jatuh juga ke tangan Aspirasi.

“Hangpa buat apa lepas ni?” tanya saya kepada seorang pemimpin propelajar. Diam..

Kepada seorang pimpinan pelajar lagi saya turut bertanya, “Tak bolehkah buat kenyataan untuk bantah..” Dia juga mati akal. Selalunya begitulah, pimpinan siswa diam pada pasca PRK. Di sini HEP suka, sebab dia tahu pada pasca PRK propelajar akan diam sahaja.

Dan percayalah, bahawa hal ini akan terus menjadi satu budaya yang berterusan. Tahukah saudara betapa azabnya ketika saya terpaksa memujuk seorang pimpinan propelajar untuk memberikan kenyataan di Berita Kampus bahawa promahasiswa di USM menang?

“Tak apa, kalau HEP panggil nanti, kita pergi sekalilah,” demikianlah saya memujuknya. Akhirnya dia bersetuju, memberanikan diri untuk memberi kenyataan kepada BK.

Saya masih ingat, hari Jumaat pagi dia menelefon saya. “Abang, HEP dah panggil.”

Atas keinginan mahu bertanggungjawab dan rasa ingin bergaduh dengan HEP, maka saya jadi gembira kerana perangkap saya mengena. En. Nazrul memang marah saya. Dia halau saya keluar dari pejabat. Saya enggan. Saya merapati keraninya. Pendek kata, saya masih ingin menimbulkan kemarahan pegawai HEP itu. Fuh! Seronoknya!

“Jangan rapat dengan kerani saya!” marahnya lagi. Saya enggan. Ketika itu saya sudah di luar biliknya. Saya tak mahu menunjukkan bahawa saya akan tunduk pada arahannya. Di sini, kita harus tahu bahawa pegawai HEP berasa gembira kalau arahannya dipatuhi.

Anda mesti cuba melanggar sebanyak mungkin arahan ini dengan sengaja hingga mereka sakit hati. Semua ini pasti akan melemahkan mereka dan anda jadi kuat tiba-tiba.

“Saya bukan panggil awak! Saya panggil dia seorang saja!” katanya ketika merujuk siswa itu. Saya masih diam, buat-buat memandang siling, pintu, meja dan apa-apa sajalah yang boleh dipandang. Anda mesti tekan perasaan HEP, tapi kenapa hal ini tak dilakukan?

Sesekali, anda perlu berlawak jenaka juga dengan HEP. Ini sebagai menunjukkan bahawa mereka ini tidak dihormati oleh warga kampus. Ada banyak lagi yang mahu diceritakan. Tetapi, biarlah saya berhenti di sini dahulu.

Syor dan cadangan
Baiklah..ketika saya mengarang ini, saya sendiri tak tahu apa yang sedang dilakukan oleh HEP dan apa yang sedang dirancang oleh mahasiswa Upsi itu. Tapi inilah syor-syor yang mungkin boleh saudara usahakan.

Pertama, himpunkan mahasiswa Upsi seluruhnya yang telah mengundi propelajar tempoh hari. Gunakan kebijaksanaan, mengguna persatuan-persatuan tertentu di Upsi yang anda kuasai untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Kedua, sebarkan ‘flyers’ maklumat tentang perhimpunan itu. Minta pandangan-pandangan mereka berhubung kaedah bagaimana yang perlu mereka lakukan bagi mengatasi hal ini. Katakan kepada siswa, undi anda telah dinafikan oleh HEP, maka apa tindakan kita?

Ketiga, lantik barisan ‘MPP alternatif” dan isytiharkan kepada semua mahasiswa bahawa inilah MPP yang sah sebenarnya dan MPP yang dilantik HEP itu adalah MPP haram.

Keempat, kenyataan dan pendirian saudara berhubung MPP alternatif itu hendaklah juga dirakam melalui YouTube dan salinannya disebarkan seluas-luasnya di internet.

Kelima, berjumpa dengan pihak media cetak, media eletronik, Buletin Utama, NTV7 dan sebagainya untuk mengisytiharkan bahawa MPP anda adalah sah dan HEP telah khianat kepada perjalanan demokrasi kampus.

Keenam, melalui kenyataan terbuka di media eletronik, desak Idris Haron agar menjawab segala kenyataan saudara itu termasuklah pegawai HEP anda sendiri.

Ketujuh, undang bersama pensyarah-pensyarah yang berani sebagai penasihat anda dalam hal ini. Ertinya, mahasiswa propelajar yang dilantik sebagai exco di dalam MPP haruslah meletakkan jawatan untuk dimasukkan dalam kerajaan MPP alternatif itu.

Dan banyak lagi yang boleh anda rancangkan nanti. Perhatian.. semua langkah di atas ini memang jelas menyalahi Auku. Anda tak boleh membuat kenyataan media melainkan ia mestilah melalui TNC. Ini semua, anda sedia maklum bukan?

Tetapi, kalau ingin berjuang dan tak mahu ditembak mati seperti Gandhi, Hasan al-Banna atau tidak mahu dipenjarakan seperti Nelson Mandela atau maut di tali gantung sebagai Syed Qutb, lupakan sajalah syor-syor di atas. Berehatlah dan wariskan derita batin untuk generasi seterusnya pada sidang hadapan. Wariskan kekalahan ini untuk bakal guru.

Saya tidak suka menyindir, menaikkan suhu bahang kemarahan, mendidihkan kegeraman yang telah lama menggelegak di kolam perasaan saudara. Saya tahu apa perasaan disindir itu. Ek, eleh.. macamlah kami ini tidak berguna walau seduit pun.

Proteslah seperti Sivaji!
Duit satu rupee kalau jatuh dalam genggaman seorang Sivaji pun besar maknanya kerana bermodalkan duit syiling itulah dia sanggup dan berani melawan. Tengok tak filem Sivaji The Boss baru-baru ini? Kalau tak sempat tonton, belilah VCD atau DVD satu.

Tapi, janganlah berlatih baling duit syiling, berlatih makan ‘chewing gum’, berlatih pakai cermin mata ala Sivaji. Bukan apa syeih..Ana dah cuba banyak kali dah. Memang tak jadi pun! Jadi, saya harap saudara berlatih bijak bertindak seperti Sivaji yang mengesan wang haram dan mengguna video di mana hal itu hampir sama dengan kes klip video Linggam correct, correct, correct. Gunalah YouTube, media elektronik perdana dan lainnya.

India itu walau terjebak dalam barah rasuah menggila, masih berani bermimpi membunuh pemimpinnya lewat filem. Labu Labi walau diherdik, masih berani protes dalam mimpi, mewajahkan watak majikan mereka, Hj Bakhil sebagai pelayan bar dan beruk mat ye.

Saudara memang berani protes di dalam blog. Tahniah.. saya memang gumbira. Tapi, apa kata jika anda lanjutkan protes sebagai Labu yang terbawa-bawa protesnya di alam realiti ketika Hj Bakhil simbah wajahnya dengan air. Kita boleh lihat ketakutannya bukan?

Syahadan, tentang syor-syor cara melawan HEP pasca PRK itu bukanlah saya harapkan sangat saudara mengikuti langkah-langkah tersebut. Mungkin, dalam pertemuan saudara bersama pelajar-pelajar Upsi itu nanti, saudara akan dapat menemukan lebih banyak syor yang berguna, baik dan sesuai dengan situasi di Upsi. Itulah yang terlebih baik.

Saat mengarang ini banyak limpahan perasaan berkubang di dalam dada. Rasa nak marah dan berlagak pun ada. Justeru itu saya mohon maaf. Rasa mahu ketawa pun ada, sebab itu saya pun tergelak, terguling dan tersenyum sendirian tatkala mengarang ini.

Kata Sukarno, berikan saya 10 orang pemuda nescaya saya akan goncangkan dunia. Saya bukan Bung Karno. Cuma, nak tanya.. berapa ramai yang boleh bergerak untuk melawan dalam tempoh pasca PRK ini? Takkan Saufi dan Hamzah saja kot?!

Kee.. saudara nak saya turun ke Upsi? Haa.. jawab-jawab..

3:02 a.m, 29 Syawal 1429
Sekolah Pemikiran Kg Baru.

Keyakinan Masyarakat (Public Confident) perlu selari dengan pelantikan Naib Canselor

Isu pelantikan Naib Canselor menjadi perhatian masyarakat umum kembali. Kali ini, situasinya berlaku di Universiti Malaya yang mana Dato’ Rafiah Salim secara kontraknya akan menamatkan perkhidmatan sebagai Naib Canselor pada 7 November ini.

Secara faktanya, Naib Canselor (NC) adalah merupakan orang nombor satu di dalam pentadbiran sesebuah Universiti. Walaupun tidak dinafikan kewujudan Pro Canselor dan Canselor sebagai simbol keagungan Universiti. Tetapi dari segi autoriti dan juga tanggungjawab, jelas bahawa Naib Canselor merupakan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah Universiti. Ia merupakan jawatan tertinggi dan cukup penting bagi sesebuah universiti kerana beliaulah yang menentu hala tuju Universiti dalam mencapai kecemerlangan, terutama dari segi akademik dan juga mutu graduannya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan peraturan dan amalan sekarang, Menteri Pengajian Tinggi mempunyai kuasa mutlak melantik mana-mana tokoh akademik yang dirasakan layak menduduki kerusi Naib Canselor atau Rektor universiti di negara ini. Hal ini adalah sejajar dengan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2008) iaitu Seksyen baru 4(a) dan 4(b) AUKU yang memperuntukkan bahawa "Menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu". Jelas bahawa peruntukkan AUKU ini akan menimbulkan satu perdebatan yang panjang kerana ia memberi kuasa pemutus kepada menteri bertanggungjawab untuk melantik Naib Canselor di sesebuah Universiti dan nasihat yang diberikan jawatankuasa itu adalah tidak mengikat menteri terbabit.

Walaupun bakal Naib Canselor kebiasaannya dicalonkan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU), tetapi kata pemutus (final outclause) datangnya daripada tangan menteri kerana beliau mempunyai kuasa mutlak (absolute power) menerima atau menolak nama-nama yang dicalonkan LPU. Justeru tidak hairanlah isu pelantikan Naib Canselor ini sentiasa menimbulkan kontroversi dan juga pendebatan ahli politik serta masyarakat umum termasuk ahli Parlimen sendiri.

Pelantikan Naib Canselor, yang dianggap sebagai CEO kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sering dipertikai dan didakwa sebagai tidak telus. Ada sesetengah pihak mengaitkan pelantikan Naib Canselor di beberapa IPTA dipengaruhi kuasa politik pihak tertentu Ada juga suara yang menyatakan mereka adalah kalangan tokoh akademik berkelayakan yang tidak harus dipertikaikan, sama ada dari segi akademik, pengalaman, pengaruh, komitmen dan kemampuan mentadbir. Ini merupakan satu persoalan akademik yang perlu dilakukan penelitian dan hujahan fakta.

Tetapi dalam sejarah berkaitan pelantikan dan penamatan Naib Canselor ini, kita tentu masih ingat bahawa isu yang paling hangat dalam bidang akademik telah tercetus pada awal Mei 2005 lalu iaitu mengenai desakan supaya Dr.Muhamad Zohadie meletakkan jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Akhbar-akhbar perdana pada ketika itu telah membawa isu tersebut di halaman depan di dada akhbar-akhbar masing-masing. Antaranya ialah Berita Harian keluaran 9 Mei 2005 yang bertajuk ``Dr Zohadie didesak letak jawatan Naib Canselor UPM`` dan juga New Straits Times : `Universiti Putra V-C asked to resign``. Ia adalah kerana bekas NC UPM itu telah mempersoalkan arahan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dato' Dr Shafie Mohd. Salleh, berkaitan penukaran Program Aerospace Engineering di UPM ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau turut mengirim satu memorandum membantah arahan penukaran tersebut kepada kementrian terbabit. Atas budaya kritis beliau yang diajar di universiti untuk bersuara lantang bagi mempastikan kebenaran ini, Menteri Pengajian Tinggi ketika itu telah menyatakan dengan tegas bahawa beliau mempunyai kuasa mutlak untuk melantik atau memecat naib canselor atau rektor 17 universiti dan kolej universiti awam. Ia sebagai satu ugutan kepada bekas Naib Canselor UPM yang lantang itu, situasi yang tidak dapat dilihat pada hari ini

Amat malang sekiranya pemahaman politik dan juga prinsip Pegawai Tadbir Diplomatik digunakan, bukannya pemahaman keintelektualan, menyebabkan pelantikan NC dibuat secara pemilihan diktator, bukannya pemilihan secara kolektif. Sekiranya dahulu, para Naib Canselor dipilih secara majoriti oleh dekan-dekan, tetapi situasi pada hari ini amat berbeza. Jadi tidak terkejutlah bahawa ada Naib Canselor dipilih hanya berstatus lulusan master kerana ia hak mutlak dan budi bicara menteri sendiri.

Justeru dicadangkan agar penubuhan satu jawatankuasa bebas untuk mencari Naib Canselor yang benar-benar berkemampuan dan berkelayakan. Jawatankuasa tersebut mestilah dianggotai orang-orang berkelayakan dan semua dekan-dekan fakulti. Dicadangkan juga agar mahasiswa diberikan peranan yang sama untuk menyuarakan pendapat berhubung pelantikan Naib Canselor ini. Pandangan mahasiswa melalui Majlis Perwakilan Pelajar turut diambil kira sebelum melantik atau menyambung tugas seseorang Naib Canselor yang habis tempoh kontraknya.

Selain itu, proses pemilihan bakal Naib Canselor ini hendaklah dilakukan secara telus dan jujur. Urusan penyenaraian pendek nama-nama calon haruslah dilakukan oelh pihak lain dan bukannya Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengelakkan sebarang pelantikan yang tidak terhad kepada kakitangan kerajaan atau Timbalan Naib Canselor sahaja. Kalau difikirkan perlu, dicadangkan agar proses mendapatkan calon Naib Canselor ini perlu diuar-uarkan melalui iklan termasuklah di peringkat antarabangsa.

Pelantikan Naib Canselor juga perlu dibuat berasarkan merit atau kelayakan dari segi public confident atau keyakinan masyarakat. Memang susah untuk mencari seseorang yang boleh memiliki kepercayaan masyarakat, dalam pada masa yang sama juga yang beliau pakar dalam lapangan akademik yang dipeloporinya. Calon Naib Canselor ini juga turut pakar dalam profesion lapangan akademik lain dan bukan hanya bidang pengkhususan dirinya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya Naib Canselor itu pakar dalam bidang undang-undang, beliau juga perlu pakar dalam bidang lain seperti politik dan hubungan antara kaum. Antara ahli akademik yang dilihat pakar dalam pelbagai bidang ini ialah Profesor Dr. Aziz Bari, Profesor Dr. Khoo Khay Kim, Profesor Dr.Shamsul Amri Baharuddin dan beberapa nama lagi.

Keyakinan masyarakat turut diterjemahkan dalam bentuk penulisan ahli akademik tersebut di dalam buku mahupun dada akhbar yang mendapat tempat di hati masyarakat. Juga pandangan dan komentar mereka ini yang selalu dicari oleh pihak media apabila timbulnya isu yang melibatkan kepentingan masyarakat dan negara. Oleh kerana itu, tidak hairanlah pelantikan Profesor Dr. Zaini Ujang sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia baru-baru ini mendapat pengiktirafan masyarakat atas kewibawaan dan kepakaran beliau yang juga merupakan seorang pakar air di negara ini. Perlantikan beliau adalah hasil daripada keyakinan masyarakat yang selama ini mengenali beliau sebagai tokoh yang berjasa kepada negara ini

Sekiranya kita menyelongkar sejarah, YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid boleh diambil rujukan sebagai seorang tokoh Naib Canselor yang mendapat keyakinan masyarakat terutamanya dalam bidang pengajian tinggi dan ekonomi. Ketokohan beliau memimpin Universiti Malaya selama 20 tahun telah diakui oleh semua pihak. Gelaran Profesesor Diraja telah menceritakan segala-galanya akan kewibawaan beliau sebagai seorang Naib Canselor. Penubuhan UM, Pusat Asasi Sains UM, pengenalan Dasar Ekonomi Baru dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara, kewujudan Lembaga Tabung Haji, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) adalah merupakan senarai panjang jasa beliau yang disumbangkan kepada negara tanpa terhad kepada bidang akademik semata-mata. Inilah contoh Naib Canselor yang wajar dilahirkan oleh negara kita terutamanya dalam hasrat melahirkan Intitusi Pengajian Tinggi Awam yang disegani di peringkat antarabangsa.

Secara tuntasnya, dihujahkan bahawa pemilihan NC mesti dibuat berdasarkan merit kelayakan yang dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan yang telus dan bukannya kemahuan dan budi bicara pihak Menteri sahaja. Keyakinan masyarakat turut diperlukan dalam membuat sesuatu pelantikan Naib Canselor bagi sesebuah Universiti kerana roh masyarakat penting untuk berada di dalam Universiti dan ini boleh dimulai dengan pelantikan NC. Sejarah pernah menceritakan bagaimana pejuang-pejuang UKM yang dipelopori oleh rakyat tidak berpelajaran, telah mengutip derma dengan membawa tabung-tabung ke kampung-kampung untuk menubuhkan UKM seperti yang kita lihat pada hari ini.

Sejarah ini menjelaskan bahawa gerbang ilmu ini amat dekat di hati rakyat Malaysia. Janganlah kerana kepentingan politik, maka sesuatu keputusan yang dibuat itu memingkirkan rakyat daripada bersuara. Hal ini termasuklah dalam isu pelantikan Naib Canselor ini. Ingatlah bahawa pelantikan NC ibarat pelantikan seorang nakhoda yang berwibawa, untuk memandu sebuah bahtera yang besar dalam mengharungi badai arus globalisasi dan isu-isu keintelektualan. Hal ini tidak lain dan tidak bukan, adalah bertujuan untuk mewujudkan negara Malaysia yang maju dan terkehadapan serta dapat melahirkan mahasiswa sebagai jantung pemikiran negara kita pada masa hadapan.

Hisyamuddin Bin Che Ali

Penulis merupakan Setiausaha Agong Ikatan Studi Islam (ISIUKM)

dan juga seorang pelajar Undang-Undang UKM

http://tunhisyamuddin.bogspot.com

Tuesday, October 28, 2008

Siswi jawab UPM,dakwa mangsa diskriminasi

kemaskini 9:51pm Belum reda isu pembuangan kolej dua mahasiswi Universiti Putra Malaysia (UPM) - mereka mendakwa layak tinggal di asrama kerana cukup merit tetapi disingkirkan kerana menganggotai Persatuan Mahasiswa Islam (PMI).

"Rakan kami, ketua aras blok Lekir, yang terlibat dalam pengiraan merit memberitahu kami merit kami mencukupi dan masih ada lain yang lebih rendah meritnya tetapi layak untuk tinggal di kolej," kata Nor Farhana Farzieana Azmi (kiri) dan Nur Shafiqa Mohd Ali dalam satu kenyataan bersama.

Tambah mereka, menurut seorang felo blok di Kolej Tun Perak, "merit kami memang mencukupi untuk terus menginap di kolej dan kami diberitahu bahawa kami terpaksa dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu iaitu kerana kami merupakan ahli PMI".

farhana pelajar upm 221008Rabu lepas, PMIUPM mendakwa barisan pemimpin dan ahlinya menjadi mangsa penyingkiran sistematik universiti itu dari kolej-kolej kediaman.

Presidennya Mohd Safwan Ab Ghani berkata, sejak tiga tahun lepas, mereka "dibuang kolej beramai-ramai tanpa sebab yang munasabah."

"Kami tertanya-tanya apakah salah kami sehingga kami dilayan sebegini buruk. Apakah dosa kami sehingga kami dinafikan hak dan didiskriminasikan oleh pihak pengurusan kolej dan universiti."

Nor Farhana Farzieana, seorang exco PMI, dan Nur Shafiqa (kanan), ahli persatuan itu serta bekas exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM, yang dibuang pada 15 Oktober, dibenarkan kembali ke kolej seminggu lepas itu.

Kenyataan mereka itu bagi mengulas siaran media UPM minggu lalu berhubung penyingkiran mereka daripada kolej.

Bagi menjawab dakwaan UPM bahawa mereka mendiami secara "tidak sah", pelajar-pelajar itu juga berkata mereka dibenarkan menduduki kolej berkenaan setelah berjumpa dan membuat rayuan dengan seorang pegawai kolej.

shafiqa pelajar upm 221008"Selepas beberapa minggu, ketua blok Lekir, datang ke bilik dengan membawa buku rekod pelajar, kami diminta untuk mengisi buku tersebut.

"Jadi sepatutnya pihak kolej mengetahui tentang penempatan kami disitu," kata Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa lagi.

Menolak kenyataan ketua bahagian komunikasi korporat UPM Abdullah Arshad pada 22 Oktober yang menyebut dua mahasiswi itu berdegil setelah pemeriksaan dijalankan pada September, mereka menafikan pernah menerima sebarang notis, surat dan peringatan supaya berpindah sehingga beberapa hari sebelum dikenakan tindakan dua minggu lepas.

Abdullah juga menyatakan Kolej Tun Perak diberikan keutamaan kepada pelajar Kor SUKSIS dan pelajar baru, bagaimanapun dua pelajar cemerlang itu menafikannya kerana wujud rakan-rakan mereka yang dibenarkan menetap di asrama tersebut.

Tambahan pula, kata Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa, pendaftaran Kor SUKSIS semakin berkurangan dan pelajar baru sedikit sahaja.

Sambil menyifatkan kenyataan UPM itu "palsu dan berunsur fitnah", mereka juga mendakwa ia "mempunyai banyak paradoks dan fakta yang tidak benar".

Tambah mereka, setelah menghubungi Abdullah dan memintanya membetulkan semula kenyataan media UPM, ketua bahagian komunikasi korporat itu meminta mereka menghantar kronologi kes.

"Malangnya sehingga hari ini (26 Oktober - tarikh kenyataan dua pelajar ini) tidak ada tindakan lanjut dibuat olah pihak universiti," kata mereka.

Dakwa Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa lagi, mereka dimaklumkan pengurusan kolej sendiri yang menyediakan kenyataan media UPM minggu lalu.

Sumber:http://www.malaysiakini.com

Thursday, October 23, 2008

Aktivis siswa nafi tumbuk pegawai UPM



Seorang aktivis pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat laporan polis hari ini terhadap blog yang mendakwa beliau telah menumbuk pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar sewaktu dua mahasiswi berpindah kolej minggu lepas.


Mohd Lukman Al-Hakim Low Abdullah memberitahu Malaysiakini, laporannya di balai polis Serdang pagi ini berkaitan artikel 'Pegawai HEP Dipukul Mahasiswa Propembangkang' pada 16 Oktober yang didakwa "palsu" dan "menjatuhkankan maruahnya".

Dalam blog Angin Perubahan, aktivis itu didakwa memukul pegawai berkenaan Fahmi Azar Mistar sewaktu mereka hadir menyaksikan perpindahan keluar dua mahasiswi Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali dari Kolej Tun Perak sehari sebelumnya.

Blog itu mendakwa aktivis pelajar bertelingkah dengan Fahmi Azar "sebelum bertindak ganas memukul pegawai terbabit" pada 12.15 tengah hari 15 Oktober lepas.

Kejadian itu telah dilaporkan kepada polis dengan nombor Serdang/006582/08, lapor blog itu lagi.

"Mangsa menegur Norfarhana dan rakan-rakannya agar menjelaskan hutang kepada kolej sebelum berpindah kerana menduduki kolej secara haram.

"Kemudian tiba-tiba mangsa dipukul sekuat hati oleh Lokman," coretan di blog itu dipetik.


Dalam laporannya, Mohd Lukman Al-Hakim yang juga jurucakap kumpulan pelajar 'promahasiswa' itu turut menyebut Fahmi Azar mempunyai kaitan dengan blog tersebut berdasarkan gambar yang dimuatkan dalam blog itu.

"Pada masa itu, ada seorang pekerja ambil gambar menggunakan telefon bimbit,” katanya. “Macam mana gambar itu boleh ada (termuat) dalam blog itu?"

Pada masa kejadian, tambahnya, beliau tidak nampak orang lain mengambil gambar.

Jelasnya, pada waktu kejadian, beliau hanya menepis tangan pegawai tersebut kerana tidak puas hati dengan kata-kata yang dianggapnya "menghina Islam".

Laporan ini dibuat selepas beliau menemani presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM, Mohd Safwan Ab Ghani mengadu kenyataan Fahmi Azar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya.

Nur Shafiqa, exco persatuan itu, dan Nor Farhana Farzieana, bekas exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM, dibenarkan kembali ke kolej kediaman itu mulai semalam sepanjang minggu peperiksaan sekarang.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini, Fahmi Azar enggan mengulas isu beliau didakwa ditumbuk dan mengeluarkan kenyataan tersebut.

Kenyataan media UPM

kenyataan yang dikeluarkan oleh UPM berhubung kes pembuangan kolej adalah PALSU dan TIDAK BENAR. Mangsa telah menghubungi pihak universiti meminta supaya mereka menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan berbaur penipuan dan ketidakadilan. Tindakan selanjutnya akan diambil jika universiti gagal berbuat demikian.


"Universiti Putra Malaysia (UPM) ingin merujuk kes dua pelajar yang dibuang oleh pihak pengurusan Kolej Tun Perak sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini pada 16 Oktober 2008.

UPM ingin memaklumkan bahawa dua pelajar berkenaan iaitu Nor Farhana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali didapati menginap secara tidak sah di kolej berkenaan setelah merujuk kepada Sistem Maklumat Pelajar.

Kedua-dua pelajar ini tidak memenuhi kriteria untuk terus menginap pada sesi kemasukan 2008/2009 seperti yang ditetapkan oleh pihak kolej dan universiti.
Pelajar berkenaan sedia maklum akan peraturan berkenaan memandangkan setiap pelajar dibekalkan buku merit.

Berikutan itu, pelajar berkenaan telah disenaraikan sebagai pelajar yang tidak berjaya menginap di Kolej Tun Perak pada 23 April 2008 (cuti akhir semester bermula 28 April – 6 Julai 2008).

Bagaimanapun, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej dan terus tinggal di kolej berkenaan secara tidak sah setelah pemeriksaan dilakukan oleh pihak pengurusan kolej pada 25 September 2008.

Peringatan kepada pelajar telah dimaklumkan tetapi pelajar berkenaan masih degil dan terus menginap sehingga pihak kolej mengambil tindakan pada 15 Oktober 2008.

Secara asasnya, kes ini menunjukkan pelajar tetap bersalah kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Pada awal semester, pihak kolej telah memberi peluang dan menasihatkan pelajar berkenaan untuk membuat permohonan semula untuk tinggal di kolej berkenaan serta pada masa yang sama, pihak kolej telah mendapatkan tempat untuk dua pelajar berkenaan di kolej kediaman lain yang lebih besar kapasitinya memandangkan Kolej Tun Perak memberi keutamaan kepada kemasukan Kor SUKSIS dan pengambilan kedua universiti.

Pada asalnya, pelajar tersebut telah bersetuju setelah pihak kolej menggunakan budi bicara yang memberi masa tiga hingga empat hari untuk pelajar berkenaan memindahkan barang-barang ke kediaman baru.

Sebaliknya, dua pelajar berkenaan hanya memindahkan barang-barang mereka daripada stor simpanan ke bilik lain yang tidak diketahui dan menurut ahli blok, mereka juga jarang berada di blok kerana takut dikesan oleh pihak pengurusan.

Ini menunjukkan pelajar tersebut tidak merasa bersalah walaupun terdapat keputusan yang dipersetujui bersama dengan pihak kolej berkenaan.

Pada pandangan UPM, pelajar berkenaan telah melanggar peraturan kolej kediaman.

Bagaimanapun berdasarkan laporan kes, Naib Canselor UPM telah menimbang situasi pelajar berkenaan dan atas dasar prihatin yang mengambil kira minggu peperiksaan akhir, Naib Canselor UPM bersetuju membenarkan pelajar terbabit untuk terus tinggal di Kolej Tun Perak sehingga tamat minggu peperiksaan akhir.

Pelajar juga boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman lain tertakluk kepada kekosongan penginapan dan peraturan kolej berkenaan.

Dengan keputusan ini, Naib Canselor UPM berharap pelajar berkenaan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan akhir bagi semester pertama sesi 2008/2009. "


Abdullah Arshad
Ketua, Bahagian Komunikasi Korporat
Universiti Putra Malaysia


Wednesday, October 22, 2008

"di halau dari pintu depan, dijemput masuk semula melalui pintu belakang"

22 okt 08, lebih kurang jam 3.45 ptg iaitu lebih kurang 3 jam selepas sidang media diadakan di parlimen berhubung kes buang kolej, saudari Syafiqa mendapat panggilan telefon daripada pegawai dari pejabat NC UPM, En Abdullah Arshad, Ketua Bahagian komunikasi Korporat yang memaklumkan bahawa Syafiqa dan Farhana diterima masuk semula ke kolej Tun Perak.

namun, apa yang menjadi persoalan, sebab kedua-dua siswi terbabit dibuang dari kolej masih belum diterima. pemakluman mengenai penerimaan semula itu yang hanya dibuat melalui panggilan telefon dilihat ibarat "di halau dari pintu depan tapi dijemput masuk semula melalui pintu belakang"..

UPM: Farhana, Shafiqa boleh tinggal semula di kolej



Serdang, 21 Oktober - Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dibuang kolej kediaman menjelang minggu peperiksaan, akan mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen esok.

Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Ali mengesahkan, mereka akan menyertai satu sidang media bersama wakil rakyat Ampang, Zuraida Kamaruddin jam 12.30 tengah hari.

Nur Shafiqa, yang juga exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, memberitahu Malaysiakini hari ini, wakil persatuan itu dijangka turut hadir.

Kedua-duanya mencapai keputusan lebih CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai 15 Oktober, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

Selain kecemerlangan akademik, Nor Farhana Farzieana juga aktif dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas yang berakhir awal bulan ini.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam surat arahannya, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu “secara tidak sah” dan “tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej”.

Malaysiakini difahamkan universiti itu dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan petang esok.

Menurut siaran media pejabat Zuraida, yang juga ketua Wanita PKR, dua mahasiswa itu hadir “bagi mendedahkan hal sebenar” yang berlaku terhadap mereka.

“Mereka juga mahu masyarakat sedar dan mengambil perhatian terhadap isu institusi pendidikan tinggi khususnya di bahagian pentadbiran yang secara langsung merupakan akibat utama terhadap kejatuhan kualiti dan taraf institusi pengajian tinggi awam,” kenyataan pejabat ahli parlimen Ampang dipetik.

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakinidifahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut-Malaysiakini

Tuesday, October 21, 2008

Dua pelajar UPM dedah isu di Parlimen

Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dibuang kolej kediaman menjelang minggu peperiksaan, akan mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen esok.

Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Azmi mengesahkan, mereka akan menyertai satu sidang media bersama wakil rakyat Ampang, Zuraida Kamaruddin jam 12.30 tengah hari.

Nur Shafiqa, yang juga exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, memberitahu Malaysiakini hari ini, wakil persatuan itu dijangka turut hadir.

Kedua-duanya mencapai keputusan lebih CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai 15 Oktober, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

Selain kecemerlangan akademik, Nor Farhana Farzieana juga aktif dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas yang berakhir awal bulan ini.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam surat arahannya, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu “secara tidak sah” dan “tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej”.

Malaysiakini difahamkan universiti itu dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan petang esok.

Menurut siaran media pejabat Zuraida, yang juga ketua Wanita PKR, dua mahasiswa itu hadir “bagi mendedahkan hal sebenar” yang berlaku terhadap mereka.

“Mereka juga mahu masyarakat sedar dan mengambil perhatian terhadap isu institusi pendidikan tinggi khususnya di bahagian pentadbiran yang secara langsung merupakan akibat utama terhadap kejatuhan kualiti dan taraf institusi pengajian tinggi awam,” kenyataan pejabat ahli parlimen Ampang dipetik.

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakini difahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.

Thursday, October 16, 2008

KENYATAAN MEDIA
Pakatan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (Pro-M UPM) berhubung hasrat
Mengisytiharkan Pro-M UPM sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (Kabinet Bayangan)
Universiti Putra Malaysia
Khamis 16 Oktober 2008 Universiti Putra Malaysia, Serdang

FAKTOR PENDESAK

Kami, aktivis-aktivis Pakatan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (Pro-M UPM) mengisytiharkan Pakatan Pro-Mahasiswa UPM sebagai kabinet bayangan bagi Majlis Perwakilan Pelajar UPM berkuatkuasa 16 Oktober 2008 sehingga hari penamaan calon bagi pilihanraya kampus yang dijadualkan berlaku pada Januari 2009. Kami dengan rasminya membuat pengisytiharan ini berhubung beberapa faktor;

PERTAMA – Tujuan pengisytiran ini adalah atas ingin melaksanakan 5 faktor utama Pro-Mahasiswa UPM iaitu :

1. Terlibat bersama dengan Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) dalam usaha memansuhkan AUKU.

AUKU menjadi halangan kepada mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Ia menggariskan bahawa hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia.
Oleh sebab itu Pro-Mahasiswa UPM bersama Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) mengambil inisiatif mencadangkan supaya AUKU dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru – termasuk menimbangkan cadangan yang dikemukakan gabungan itu dalam 'Piagam Agung untuk Akta Mahasiswa 2008'.

2. Menghimpunkan mahasiswa berbilang kaum dan agama di bawah satu wadah perjuangan.

Pro-Mahasiswa UPM juga tidak mengenepikan semangat perpaduan dengan persatuan-persatuan agama lain. Hal ini menunujukkan bahawa Pro-Mahasiswa UPM telah bersama-sama dengan mahasiswa berbangsa Cina melalui Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) dalam memperjuangkan suara mahasiswa di kampus ini. Melalui hubungan antara kaum ini, ia berjaya menonjolkan sikap toleransi dan saling hormat menghormati dalam beragama ahli-ahli Pro-Mahasiswa UPM kepada warga kampus.

3. Menuntut pilihanraya kampus bersih, adil dan telus.

Pro-Mahasiswa UPM telah menggesa pihak Universiti Putra Malaysia supaya Pilihanraya Kampus (PRK) pada sesi ini bebas, adil dan telus tanpa wujud sebarang elemen kacau-ganggu sepanjang pengendaliannya. Hal ini kerana, setiap kali pilihanraya kampus berlaku akan ada sahaja kes ugutan, buang kolej tanpa sebab, dipanggil oleh pengetua, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) menelefon waris calon dan memburukkan calon kepada waris mereka dan seribu satu perkara lagi akan dilakukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) seolah-olah pilihanraya kampus ini adalah kepunyaan mereka dan mahasiswa dinafikan hak untuk memasuki plihanraya kampus. Apa yang berlaku ini, tidak lain dan tidak bukan membuktikan demokrasi kampus telah kotor setelah berlaku campur tangan daripada pihak luar terutamanya Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan konco-konconya.
Selain itu pengendalian sistem pilihanraya menggunakan e-voting tetap diragui kerana sistem ini mempunyai peluang besar untuk di manipulasi.

4. Menuntut kuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai wakil pelajar dikembalikan.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dilantik telah diberi mandat oleh majoriti mahasiswa yang turun mengundi dan sewajarnya amanah tersebut dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Mahasiswa menaruh harapan sepenuhnya kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk membawa suara mereka. Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tidak ubah sekadar boneka Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dalam menjalankan gerak kerja mereka. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini dilihat bersifat “oriented program“ semata-mata dan tidak lebih dari itu. Mereka berjaya dimandulkan oleh pihak pengurusan universiti, kredabiliti dan karisma sebagai pemimpin tidak wujud pada mereka. Sudah 5 tahun Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hanya menjadi tong kosong dan hanya tahu melancong dan bergambar dengan figure-figure besar negara, kebajikan mahasiswa jauh sekali dibincangkan.

5. Tampil sebagai entiti utama dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa.

Hal ini adalah merupakan inisiatif Pro-Mahasiswa UPM yang mengambil peduli tentang kebajikan mahasiswa yang berterusan tanpa mengira masa ataupun musim. Berdasarkan apa yang berlaku hari ini, kebajikan mahasiswa tidak pernah diambil peduli. Mahasiswa dan MPP dilihat mempunyai jurang yang dalam, sepanjang semester, tidak ada sesi ’turun padang’ yang dilakukan, bantuan kewangan dan sokongan moral dan sebagainya. Kami tampil sebagai satu alternatif untuk membawa dimensi baru kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) agar yang berjiwa besar, tidak hanya duduk di bawah telunjuk bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP),berpaksikan modal insan dalam menjalankan gerak kerja dan menjunjung kebajikan mahasiswa sebagai matlamat utama kami.

KEDUA – Sebagai perantara antara mahasiswa dengan pihak universti dan juga sebagai model MPP yang sebenar.

Ini merupakan sejarah baru dalam episod peralihan kuasa Majlis Perwakilan Pelajar yang mana tempohnya terlalu lama dan tidak pasti lagi bila peralihan kuasa kepada generasi yang akan datang bakal berlaku.
Oleh itu, dengan wujudnya kabinet bayangan ini, dapat membuka minda mahasiswa bahawa kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini bukan sahaja boleh dikuasai oleh pihak aspirasi semata-mata tetapi adalah milik wakil mahasiswa yang bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan kemaslahatan mahasiswa.

SARANAN KAMI
Kami, Pro-Mahasiswa UPM mengisytiharkan Pro-Mahasiswa UPM sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (Kabinet Bayangan) sesi 2008/2009 dan mengharapkan sokongan yang jitu daripada semua mahasiswa Universiti Putra Malaysia.

AYUH! KAMPUS MILIK MAHASISWA!

Wednesday, October 15, 2008

Notis 24 jam dibuang kolej pada minggu peperiksaan akhir



Tanggal 15 oktober 2008, UPM sekali lagi digemparkan dengan peristiwa yang menyayat hati. Dua orang mahasiswi daripada kolej Tun Perak telah menerima notis kurang daripada 24 jam untuk mengosongkan bilik. Disaat pelajar lain sedang bergelumang dangan nota dan ulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir, dua siswi ini menerima nasib yang sebaliknya.
Berikut kronologi kes pembuangan siswi :

1) Pada akhir semester yang lalu (semester 2 sesi 2007/2008) Syafiqa dan Farhana tidak dapat menginap di kolej semester seterusnya ( semester sekarang). Mereka dibuang tanpa alasan dan tiada notis dikeluarkan oleh pihak kolej.

2) Sejurus selepas itu, mereka membuat surat rayuan dan dihantar kepada pihak kolej, kerana mereka berpendapat mereka tidak patut dibuang kolej kerana mereka memenuhi syarat-syarat untuk meneruskan penginapan dikolej ( memenuhi merit yang ditetapkan, aktif dan mendapat keputusan akademik yang cemerlang).

3) Seminggu sebelum kemasukan semester baru ( semester 1 sesi 2008/2009) mereka disahkan mendapat penempatan di kolej Tun Perak. No bilik Blok Lekir 3-113.

4) Awal semester baru (semester sekarang), semasa pendaftaran masuk kolej, mereka dimaklumkan oleh pihak pengurusan kolej bahawa nama mereka tidak ada didalam senarai pelajar yang mendapat penempatan. Alasan yang diberikan ialah tiada kekosongan kerana kolej menerima kemasukan pelajar baru dari SUKSIS.

5) Walaubagaimanapun, setelah berbincang dengan Timbalan Pengurus Kolej iaitu En Khairul, pihak kolej bersetuju untuk membenarkan mereka menginap di kolej.

6) Pada 10 oktober 2008, pintu bilik mereka dimangga oleh pihak pengurusan kolej, dan diselitkan borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) tanpa sebarang notis dan surat secara rasmi.

7) Pada 14 oktober 2008, notis kurang daripada 24 jam untuk mengosongkan bilik ditampal dihadapan pintu bilik mereka. Sekali lagi surat arahan mengosongkan bilik diselitkan pada pintu tersebut.

8) 15 oktober 2008, mereka terpaksa mengangkat sebahagian barang dan menumpang dibilik kawan. Sebanyak 2 buah kereta BHEP memenuhi perkarangan Kolej Tun Perak, dan juga segelintir daripada geng “Harimau Maut” berada ditempat kejadian. Kedatangan mereka dipercayai bertujuan untuk mendesak Syafiqa dan Farhana supaya meninggalkan kolej dengan kadar segera.

Bayangkan anda berada ditempat mereka….kurang 7 hari lagi mereka akan menghadapi Peperiksaan Akhir. Bagaimanakah nasib mereka? Adakah mereka mampu mempertahankan gelaran “al-Biruni” (al-Biruni adalah kelab mahasiswa melayu yang cemerlang dalam akademik di UPM) pada semester ini? Adakah ini yang dikatakan demokrasi? Inikah keadilan? Dimana nilai dan perikemanusiaan pihak pentabiran kolej dan Universiti?...Tepuk dada Tanya iman.

Nur Shafiqa bt Mohd Ali (870223025862)-0125282415 Nor Farhana Farzieana bt Ali (870203085788)-0124871842

Tuesday, October 14, 2008

Terbaru!!Ahli Pro-M UPM di beri notis 24 jam keluar kolej

Dua orang ahli ProM UPM diberi notis keluar kolej (baca: dibuang kolej) semalam. Tunggu berita lanjut malam ini.

Friday, October 10, 2008

Pro-Mahasiswa UPM Mula Bertempur Dengan "Harimau Maut' Aspirasi UPM



SEORANG pengawal keselamatan memperkatakan sesuatu kepada salah seorang pimpinan GAMIS di UPM
ketika beliau bersama Pro-Mahasiswa UPM menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor di UPM semalam.


SERDANG, 9 Oktober - Barisan pakatan promahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) menggesa pihak pengurusan universiti berkenaan supaya memastikan tiada gejala samseng atau pergaduhan terutama daripada 'Harimau Maut' pada kempen pilihan raya kampus kali ini.

Wakil pakatan berkenaan, Mohd. Lukman Al Hakim Low Abdullah yang juga bakal calon bagi pilihan raya itu nanti berkata, 'Harimau Maut' telah mengganggu calon dan ahli jentera pilihan raya melaksanakan tugas mereka sewaktu kempen tahun lalu.

"Mereka ini (Harimau Maut) telah bertindak mencabut dan menyembur cat merah ke poster-poster calon promahasiswa serta turut mengugut bagi menakutkan kami.

"Ada juga poster kami yang ditampal dengan pelekat bergambar kepala harimau yang tertulis perkataan 'Harimau Maut'," katanya.

Mohd. Lukman berkata demikian ketika ditemui selepas beliau bersama beberapa ahli promahasiswa UPM menyerahkan Memorandum Terbuka Berhubung Tuntutan Terhadap Pilihan Raya Kampus 2008 kepada Naib Canselor UPM, Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, di sini semalam.

Isu 'Harimau Maut' itu merupakan salah satu daripada sembilan tuntutan mahasiswa yang tercatat dalam memorandum berkenaan.

Ditanya adakah 'Harimau Maut' akan terus mengganggu kempen pilihan raya kampus kali ini, Mohd. Lukman berkata, berkemungkinan ia akan wujud semula.

"Apa yang kami mahu ialah kembalikan peranan mahasiswa sebab kami bertanggungjawab sebagai generasi pelapis negara," jelasnya.

Sumber : WAN FAKHRUL BAKAR, Kosmo

‘Student Power’ kembali bergema di kampus hijau (UPM)


Tanggal 8 Oktober 2008 satu sejarah yang telah diukir oleh Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia apabila pada jam 11 pagi tadi tiga orang wakil Pro-Mahasiswa, Mohd Lukman Al hakim b Low Abdullah, Khairul Azwin bt Puzi dan Lau Wai Seng telah menghantar memorandom kepada Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah.

Lebih kurang 30 orang penyokong turut hadir di foyer pentadbiran untuk bersama-sama mengiringi tiga orang wakil tersebut semasa penyerahan memorandum. Kehadiran media juga menghangatkan suasana pada pagi itu apabila pihak media juga mengadakan sidang media selepas penyerahan memorandum tersebut.



Setelah tiga orang wakil Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia naik ketingkat atas pentadbiran untuk menyerah memorandum tersebut, keadaan kelam-kabut apabila ramai pegawai keselamatan yang hadir cuba menghentikan penyerahan memorandum dan sesi pembacaan memorandum dari salah seorang daripada wakil Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia.

Dalam menuntut pilihanraya yang telus, bersih dan adil, Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia telah mengemukakan beberapa tuntutan mahasiswa menjelang pilihanraya kampus 2008 iaitu:

1. Suruhanraja pilihan raya melibatkan pemerhati daripada pihak luar yang adil dan saksama seperti SUHAKAM dan MAFREL sebagai badan perlaksana pilihan raya.

2. Pilihan raya kali ini tidak berat sebelah dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

3. Memansuhkan penggunaan e-voting untuk mengundi semasa pilihan raya kerana perlaksanaanya amat meragukan.

4. Sistem bertanding atas tiket parti bukan individu, antara alasannya:

- Mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua ahli parti

- Akan menghasilkan impak atau kesan yang lebih besar kepada suasana Piliharaya kampus.

5. Tiada gejala samseng atau pergaduhan berlaku semasa tempoh kempen pilihanraya terutamanya daripada pihak ‘harimau maut’ dan seantero dengannya yang cuba mengganggu calon dan ahli jentera pilihanraya untuk melaksanakan tugas mereka.

6. Tiada campur tangan daripada pihak yang tiada kena-mengena dengan pilihan raya kampus ini terutamanya pihak keselamatan dan pihak pengurusan kolej yang cuba mengugut calon dan jentera pilihanraya..

7. Wang cagaran untuk calon yang bertanding dikurangkan.

8. Tempoh kempen calon semasa pilihanraya kampus dipanjangkan kepada tujuh hari bekerja.

9. Membenarkan jentera pilihanraya menggunakan bahan kempen yang berwarna.

Selain daripada itu, Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia mengemukakan beberapa tuntutan mahasiswa terhadap bidang kuasa MPP UPM:

1. Pihak pentadbiran universiti mengembalikan kuasa dan hak MPP yang sebenarnya kepada MPP yang telah menang.

2. Semua peruntukan untuk aktiviti pelajar mengikut persatuan diserahkan kembali kepada kuasa MPP.

3. Beberapa pelajar yang telah menjadi MPP supaya bersidang bersama dalam SENAT UPM.

4. MPP merupakan badan bebas yang tidak perlu dikawal oleh mana-mana pihak terutamanya pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Sekalung penghargaan untuk pihak keselamatan Universiti Putra Malaysia kerana telah membenarkan wakil Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia untuk melakukan penyerahkan memorandum kepada Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Jutaan terima kasih kepada pihak media kerana sudi hadir pada sesi penyerahan memorandum semalam tadi.

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox