..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Wednesday, October 15, 2008

Notis 24 jam dibuang kolej pada minggu peperiksaan akhir



Tanggal 15 oktober 2008, UPM sekali lagi digemparkan dengan peristiwa yang menyayat hati. Dua orang mahasiswi daripada kolej Tun Perak telah menerima notis kurang daripada 24 jam untuk mengosongkan bilik. Disaat pelajar lain sedang bergelumang dangan nota dan ulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir, dua siswi ini menerima nasib yang sebaliknya.
Berikut kronologi kes pembuangan siswi :

1) Pada akhir semester yang lalu (semester 2 sesi 2007/2008) Syafiqa dan Farhana tidak dapat menginap di kolej semester seterusnya ( semester sekarang). Mereka dibuang tanpa alasan dan tiada notis dikeluarkan oleh pihak kolej.

2) Sejurus selepas itu, mereka membuat surat rayuan dan dihantar kepada pihak kolej, kerana mereka berpendapat mereka tidak patut dibuang kolej kerana mereka memenuhi syarat-syarat untuk meneruskan penginapan dikolej ( memenuhi merit yang ditetapkan, aktif dan mendapat keputusan akademik yang cemerlang).

3) Seminggu sebelum kemasukan semester baru ( semester 1 sesi 2008/2009) mereka disahkan mendapat penempatan di kolej Tun Perak. No bilik Blok Lekir 3-113.

4) Awal semester baru (semester sekarang), semasa pendaftaran masuk kolej, mereka dimaklumkan oleh pihak pengurusan kolej bahawa nama mereka tidak ada didalam senarai pelajar yang mendapat penempatan. Alasan yang diberikan ialah tiada kekosongan kerana kolej menerima kemasukan pelajar baru dari SUKSIS.

5) Walaubagaimanapun, setelah berbincang dengan Timbalan Pengurus Kolej iaitu En Khairul, pihak kolej bersetuju untuk membenarkan mereka menginap di kolej.

6) Pada 10 oktober 2008, pintu bilik mereka dimangga oleh pihak pengurusan kolej, dan diselitkan borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) tanpa sebarang notis dan surat secara rasmi.

7) Pada 14 oktober 2008, notis kurang daripada 24 jam untuk mengosongkan bilik ditampal dihadapan pintu bilik mereka. Sekali lagi surat arahan mengosongkan bilik diselitkan pada pintu tersebut.

8) 15 oktober 2008, mereka terpaksa mengangkat sebahagian barang dan menumpang dibilik kawan. Sebanyak 2 buah kereta BHEP memenuhi perkarangan Kolej Tun Perak, dan juga segelintir daripada geng “Harimau Maut” berada ditempat kejadian. Kedatangan mereka dipercayai bertujuan untuk mendesak Syafiqa dan Farhana supaya meninggalkan kolej dengan kadar segera.

Bayangkan anda berada ditempat mereka….kurang 7 hari lagi mereka akan menghadapi Peperiksaan Akhir. Bagaimanakah nasib mereka? Adakah mereka mampu mempertahankan gelaran “al-Biruni” (al-Biruni adalah kelab mahasiswa melayu yang cemerlang dalam akademik di UPM) pada semester ini? Adakah ini yang dikatakan demokrasi? Inikah keadilan? Dimana nilai dan perikemanusiaan pihak pentabiran kolej dan Universiti?...Tepuk dada Tanya iman.

Nur Shafiqa bt Mohd Ali (870223025862)-0125282415 Nor Farhana Farzieana bt Ali (870203085788)-0124871842

8 comments:

sangsapurba said...

aik...delete komen ker....
naper ler mcm tu perangainyer...

Unknown said...

Apa yang berlaku sebenarnya.. Aku teruja nk tahu la...

sebenarnya said...
This comment has been removed by the author.
sebenarnya said...

betul ker cerita tue..saya dengar lain pula kata felo KTP.Tahniah kerana ada lari objektif promahasiswa dan dikambing hitamkan oleh rakan2 anda...kesian awak shafiqa..jangan melaung2.

Anonymous said...

Memang kesian... Kena buli pengurusan.. penindasan.. Kesian.. kesian.. oh kesian.. Ayuh, kita hapuskan penindasan!

Anonymous said...

padan muker korang... dah bangsat tue bangsat jugak

Anonymous said...

MAnusia celaka macam korang patut dinyahkan dari kolej... masuk kolej pegi tabur fitnah, pecah belahkan keharmonian penduduk kolej,tanamkan kebencian pelajar untuk bencikan universiti... tak habis2 nak memusnahkan nama baik universiti....

Anonymous said...

iyeke al-kisah nye mcm tu? ke korg yg reka cipta cte tu? pro-m bajet btol la.. pdhal nk carik pengaruh je..

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox