..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Thursday, October 16, 2008

KENYATAAN MEDIA
Pakatan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (Pro-M UPM) berhubung hasrat
Mengisytiharkan Pro-M UPM sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (Kabinet Bayangan)
Universiti Putra Malaysia
Khamis 16 Oktober 2008 Universiti Putra Malaysia, Serdang

FAKTOR PENDESAK

Kami, aktivis-aktivis Pakatan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (Pro-M UPM) mengisytiharkan Pakatan Pro-Mahasiswa UPM sebagai kabinet bayangan bagi Majlis Perwakilan Pelajar UPM berkuatkuasa 16 Oktober 2008 sehingga hari penamaan calon bagi pilihanraya kampus yang dijadualkan berlaku pada Januari 2009. Kami dengan rasminya membuat pengisytiharan ini berhubung beberapa faktor;

PERTAMA – Tujuan pengisytiran ini adalah atas ingin melaksanakan 5 faktor utama Pro-Mahasiswa UPM iaitu :

1. Terlibat bersama dengan Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) dalam usaha memansuhkan AUKU.

AUKU menjadi halangan kepada mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Ia menggariskan bahawa hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia.
Oleh sebab itu Pro-Mahasiswa UPM bersama Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) mengambil inisiatif mencadangkan supaya AUKU dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru – termasuk menimbangkan cadangan yang dikemukakan gabungan itu dalam 'Piagam Agung untuk Akta Mahasiswa 2008'.

2. Menghimpunkan mahasiswa berbilang kaum dan agama di bawah satu wadah perjuangan.

Pro-Mahasiswa UPM juga tidak mengenepikan semangat perpaduan dengan persatuan-persatuan agama lain. Hal ini menunujukkan bahawa Pro-Mahasiswa UPM telah bersama-sama dengan mahasiswa berbangsa Cina melalui Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) dalam memperjuangkan suara mahasiswa di kampus ini. Melalui hubungan antara kaum ini, ia berjaya menonjolkan sikap toleransi dan saling hormat menghormati dalam beragama ahli-ahli Pro-Mahasiswa UPM kepada warga kampus.

3. Menuntut pilihanraya kampus bersih, adil dan telus.

Pro-Mahasiswa UPM telah menggesa pihak Universiti Putra Malaysia supaya Pilihanraya Kampus (PRK) pada sesi ini bebas, adil dan telus tanpa wujud sebarang elemen kacau-ganggu sepanjang pengendaliannya. Hal ini kerana, setiap kali pilihanraya kampus berlaku akan ada sahaja kes ugutan, buang kolej tanpa sebab, dipanggil oleh pengetua, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) menelefon waris calon dan memburukkan calon kepada waris mereka dan seribu satu perkara lagi akan dilakukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) seolah-olah pilihanraya kampus ini adalah kepunyaan mereka dan mahasiswa dinafikan hak untuk memasuki plihanraya kampus. Apa yang berlaku ini, tidak lain dan tidak bukan membuktikan demokrasi kampus telah kotor setelah berlaku campur tangan daripada pihak luar terutamanya Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan konco-konconya.
Selain itu pengendalian sistem pilihanraya menggunakan e-voting tetap diragui kerana sistem ini mempunyai peluang besar untuk di manipulasi.

4. Menuntut kuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai wakil pelajar dikembalikan.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dilantik telah diberi mandat oleh majoriti mahasiswa yang turun mengundi dan sewajarnya amanah tersebut dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Mahasiswa menaruh harapan sepenuhnya kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk membawa suara mereka. Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tidak ubah sekadar boneka Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dalam menjalankan gerak kerja mereka. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini dilihat bersifat “oriented program“ semata-mata dan tidak lebih dari itu. Mereka berjaya dimandulkan oleh pihak pengurusan universiti, kredabiliti dan karisma sebagai pemimpin tidak wujud pada mereka. Sudah 5 tahun Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hanya menjadi tong kosong dan hanya tahu melancong dan bergambar dengan figure-figure besar negara, kebajikan mahasiswa jauh sekali dibincangkan.

5. Tampil sebagai entiti utama dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa.

Hal ini adalah merupakan inisiatif Pro-Mahasiswa UPM yang mengambil peduli tentang kebajikan mahasiswa yang berterusan tanpa mengira masa ataupun musim. Berdasarkan apa yang berlaku hari ini, kebajikan mahasiswa tidak pernah diambil peduli. Mahasiswa dan MPP dilihat mempunyai jurang yang dalam, sepanjang semester, tidak ada sesi ’turun padang’ yang dilakukan, bantuan kewangan dan sokongan moral dan sebagainya. Kami tampil sebagai satu alternatif untuk membawa dimensi baru kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) agar yang berjiwa besar, tidak hanya duduk di bawah telunjuk bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP),berpaksikan modal insan dalam menjalankan gerak kerja dan menjunjung kebajikan mahasiswa sebagai matlamat utama kami.

KEDUA – Sebagai perantara antara mahasiswa dengan pihak universti dan juga sebagai model MPP yang sebenar.

Ini merupakan sejarah baru dalam episod peralihan kuasa Majlis Perwakilan Pelajar yang mana tempohnya terlalu lama dan tidak pasti lagi bila peralihan kuasa kepada generasi yang akan datang bakal berlaku.
Oleh itu, dengan wujudnya kabinet bayangan ini, dapat membuka minda mahasiswa bahawa kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini bukan sahaja boleh dikuasai oleh pihak aspirasi semata-mata tetapi adalah milik wakil mahasiswa yang bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan kemaslahatan mahasiswa.

SARANAN KAMI
Kami, Pro-Mahasiswa UPM mengisytiharkan Pro-Mahasiswa UPM sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (Kabinet Bayangan) sesi 2008/2009 dan mengharapkan sokongan yang jitu daripada semua mahasiswa Universiti Putra Malaysia.

AYUH! KAMPUS MILIK MAHASISWA!

5 comments:

CIUBnet said...

Ok Gak tu... Saya setuju... tapi apa kate sy tmbah perencah... Pro-M menjalankan aktiviti berkaitan kebajikan mahasiswa tanpa meminta... tapi manjalankan kebajikan dengan care yang menunjukkan saudara saudari seperti pejuang di zaman nabi yang mana bertindak secara musyauwarah.. tak perlulah nak menunjuk-nunjuk kepada warga dunia khasnya warga UPM yang mana Pro M cencern terhadap pelajar UPM.

Apa kate bertindak secara ikhlas... klu MPP yang bakal dipilih bukan dikalngan saudara, saudara boleh memperjuangkan hak mahasiswa dengan cara yang menunujukkan saudara mahasiswa malaysia yang punyai budi pekerti yang mana ISlam di junjung...

UKHWAH FILLAHI LESTARI SELAMNYA...

Pakatan Pro Mahasiswa UPM said...

terima kasih saudara fauzan. idea sebegini yang kami inginkan, bukan teguran tak berasas.

AYUH MAHASISWA, KITA GONCANG DUNIA!!!

Anonymous said...

dah xde mende laen ke nak buat?ingat ni uni bapak dier...jangan giler wat kecoh. bawak-bawaklah gi study...kejar 4.0 macam aku.m

Anonymous said...

MAAF... KALAU KAMPUS MILIK KAMU.. JADI KAMU MESTI CARI PERBELANJAAN SENDIRI DAN KERAJAAN TIDAK PERLU MENGELUARKAN DANA LAGI...

Anonymous said...

ProM.... boleh blah la... korang kan hamba jer dalam PAS.... Nak perjuang MAhasiswa aper kalau asyik kene ikut cakap orang.. Kalau org PAS suruh demo pegi la demo... kalau org PAS suruh pecah pintu bilik kolej, haaa semua puak ProM pegi pecah pintu bilik, bile org PAS suruh burukkan nama universiti, maka besemangat la korang burukkan nama universiti... what the **** man

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox