Setiap tahun sambutan Maulidur Rasul akan disambut oleh Negara kita tidak kira di peringkat sekolah, university, daerah, negeri, kebangsaan dan sebagainya yang bertujuan untuk mengingati perjuangan dan pengorbanan baginda dalam menyebarkan Islam. Pelbagai bentuk program dianjurkan sempena menyambut Hari Keputraan baginda seperti perarakan, syarahan dan termasuklah anugerah maulidur rasul serta pelbagai lagi aktiviti dalam usaha meningkatkan penghayatan untuk mengenali Rasulullah dan peruangan baginda dengan lebih dekat lagi.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir umat Islam yang lebih mengagong-agongkan hari kekaksihnya malah langsung tidak mengetahui bilakah hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bayangkanlah Nabi Muhammad hingga ke saat wafat bagida masih lagi mengingati umatnya, kita sebagai umatnya tidak langsung mengingati baginda apatah lagi menjadikan baginda sebagai idola dan mengikut sunnah baginda. Kebanyakan manusia di akhir zaman ini lebih mengagong-agongkan orang lain dan lebih menurut hawa nafsu yang cintakan dunia melebihi segalanya serta berkehendakkan budaya hedonism dalam kehidupan mereka.
Janganlah kita menjadikan sambutan Maulidur Rasul sebagai adat semata-mata tanpa menghayati sirah perjuangan baginda dan tidak mengambil semangat perjuangan roh Islam dalam jiwa kita. Kita perlulah sentiasa mengingati dan mensyukuri akan kelahiran Nabi Muhammad yang telah menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan.Janganlah kita mengingati baginda Nabi Muhammad pada hari kelahiran baginda semata-mata tetapi perlulah sentiasa agar hati kita sentiasa bersama Allah dan Rasulullah serta dijauhkan daripada sifat keji dan mungkar serta ditiupkan semangat perjuangan baginda dalam menegakkan Islam di muka bumi Allah yang sementara ini.
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang beriman! Berselawatlah kamu dan berilah salam ke atas baginda”.-siapakah kita di pandangan Allah dan Rasul sekiranya masih lagi tidak mengingati dan berselawat ke atas baginda.
‘Selamat Menyambut Maulidur Rasul’.