..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Tuesday, July 1, 2008

Pro-M: TNC HEP...jaga perbuatan kalian!!!

Assalamualaikum wbt

Tanggal 24 Jun 2008, satu kemungkaran besar telah berlaku di dewan Kolegiat Kolej 13, Universiti Putra Malaysia. Pada jam 9-11 malam, Timbalan Naib Canselor UPM, Prof Dr Azali Mohamed telah mengepalai satu ceramah yang berunsur perkauman dan bermatlamat politik Machiavelli nya. Kali ini dia telah memanipulasikan Islam untuk kepentingan dirinya, kepentingan kaumnya. Tegarnya dia melakukan sedemikian! Menggunakan Islam sebagai alat dan politik sebagai matlamat.

Berselindung di sebalik pengisian program Kem Penghayatan Islam, ceramah pada malam itu tidak satu pun berunsur keislaman, malah bertentangan dengan Islam itu sendiri. Dengan ucapan yang sarat dengan agenda survival bangsa melayu dan sesi ‘membasuh’ fikiran dengan dakyah politik parti tertentu, dia, yang kononnya menganggap dirinya pejuang bangsa telah menjadikan agama, tidak hanya lebih melainkan sebagai salah satu alatnya untuk mencapai motif politik.

Berbohonglah jika mereka yang seramai ratusan ribu mahasiswa yang mengikuti ceramah berkenaan tidak terasa kejanggalan tentang ceramah yang sarat dengan isu perkauman itu yang bertajukkan Kem Penghayatan Islam, sedangkan pengisiannya bertentangan dengan Islam. Semangat dan sifat asobiyah jelas ditunjukkan dengan laungan “Hidup Melayu”, nyanyian lagu “Warisan” dan resolusi Jemaah Presiden Kolej Kediaman yang kononnya akan memastikan survival Melayu di UPM.

Amaran untuk tidak merakam apa-apa ucapan sepanjang program itu adalah salah satu bukti kesedaran kesalahan mereka . Alasannya ialah, mereka khuatir jika masyarakat luar akan salah tanggapan terhadap program itu. Kerisauan mereka juga menjalar tentang kemungkinan blogger akan menghentam mereka. Walaupun tiada bukti, tetapi kami ada ramai saksi. Tanyalah kepada mahasiswa Pembantu Universiti sesi 2008/2009 yang beragama Islam. Cukuplah jenayah ini dibicarakan dihadapan Allah di padang mahsyar kelak.

0 comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox