Oleh : Hazirah Hussin
Bangi 8 Jun ( Utusan Malaysia)- Kementerian Pengajian Tinggi akan memperkenalkan kad diskaun pelajar bagi memastikan impak kenaikan harga barang dan perkhidmatan ketika ini tidak membebankan mereka.
Timbalan Menterinya , Datuk Idris Haron berkata, kad tersebut akan membolehkan pelajar menikmati potongan harga barang dan perkhidmatan yang lebih murah berbanding harga pasaran.
Menurutnya, kertas cadangan mengenai kad tersebut akan dibawa kepada pihak kementerian untuk dibincangkan bulan depan sebelum dihantar kepada Kabinet untuk membuat keputusan.
“ Kerajaan akan menimbangkan cadangan memperkenalkan kad itu dan ia bergantung pada kertas cadangan yang dihantar kepada kementerian, ”
Menurut beliau, kad diskaun itu boleh digunakan oleh kira-kira 850,000 pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)….(berita lanjutnya boleh rujuk akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Jun 2008)
Satu langkah yang bagus. Sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar, saya merasakan idea yang dicadangkan itu amat bernas dan seharusnya dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan masalah kewangan di kalangan pelajar. Memandangkan harga minyak petrol sudah meningkat dengan terlampau drastiknya, secara langsungnya ia akan memberi kesan kepada kehidupan pelajar itu sendiri. Harga barang basah juga sudah ada yang naik (dan mungkin beberapa barang lagi yang akan naik harganya). Saya percaya, harga makanan di kafe juga akan naik (beras, petrol mahal).
Persoalan yang ingin dikembalikan kepada semua mahasiswa, antara kad diskaun dan kenaikan biasiswa, yang mana lebih digemari pelajar? Pastinya ada pro dan kontranya. Bergantung pada latar belakang pelajr itu sendiri. Yang mendapat biasiswa mestilah mengharapkan kenaikan kadar biasiswa. Tetapi bagi yang mendapat pinjaman, kenaikan kadar pinjaman bermakna kenaikan hutang yang harus dilunaskan nanti.
Kalau kad biasiswa, ianya berguna untuk semua samada penerima biasiswa, pinjaman atau tajaan PAMA( papa mama).Satu harapan saya, cadangan ini tidak hanya tinggal sebagai satu cadangan untuk melegakan hati pelajar. Pertimbangkanlah pelajar yang mendapat pinjaman atau biasiswa yang hanya sekadar cukup sahaja. Harga barang sudah naik, cadangan nak naikkan kadar pinjaman atau biasiswa pula seakan tidak ada setakat ni.
“Peruntukkan biasiswa telah dinaikkan dua tahun lalu dan tidak mungkin ia akan dinaikkan lagi dan sebagai pengganti, kad diskaun pelajar kebangsaan adalah jawapannya,”- Datuk Idris Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Itu dua tahun dahulu. Dalam dua tahun macam-macam boleh berlaku. Dalam dua minggu pun macam-macam boleh berlaku, inikan dua tahun..Fikir-fikirkan.

5 comments:
Salam dari ydp anda hazirah,
Proposal kepada menteri pengajian tinggi akan dihantar hasil daripada mesyuarat MPPK tidak lama lagi. Perlukan pandangan dan justifikasi secara material dan pembangunan letari pada universiti dan peniaga daripada your side since you dah secara rasmi declare your side.
Kad diskaun ini untuk pelajar jadi perlu idea kolektif daripada semua termasuk pelajar IPTS.
Perlu idea on "discount card models" baca artikel saya tentang kad diskaun pelajar.
'Kita' berkhidmat untuk semua
Sabrie
Saya harap survey tentang isu ni dilakukan secara meluas lagi.untuk mencapai suara kolektif.syabas untuk MPPK.
kapada sabrie..
terima kasih atas respon. ni untuk kebaikan semua. mestilah kita sokong. tahniah MPPK. artikel yg sab buat 2 nak baca katne?terima kasih sekali lagi.
boleh rujuk pada blog saya ye,
http://sabrie.wordpress.com
bawah tajuk Kad Diskaun Pelajar Malaysia.
thanks, teruskan artikel ilmiah untuk pembangunan pelajar UPM.
pemuja malam, saya sangat bersetuju. Mungkin pada peringkat tertinggi kita akan syorkan untuk tidak mengamalkan convenience sampling supaya pendapat meluas dapat diambil daripada pelajar.
tq
Wakakaka. Pandai sembang je ni, bukan reti bertindak pun. Pro-M tu ringkasan "Pro Mahasiswa" atau "Pro Mampus"?
Tak yah la menulis kalo wat menyemak je. Wat berat server je menulis artikel macam ni. Blah la PRO-M!!!
Post a Comment