( Siri 1) Lestari @ Wasatiah
Apa itu pembangunan lestari? Diri ini mula tertarik dengan isu ini bila berjumpa dengan sahabat sefikrah dari USM. Isu ini sudah agak lama sebenarnya. Cuma kurang diberi perhatian oleh banyak orang. Bila bercakap pasal pembangunan lestari, biasanya ia terbahagi kepada 3 aspek iaitu lestari dari segi:
1. Ekonomi
2. Persekitaran
3. Sosial
Mungkin diri ini bukan orang yang arif atau sesuai untuk membicarakan tentang isu ini. Tetapi, sekadar perkongsian apa yang difahami sepanjang sehari membincangkan bab ini. Ya, mungkin saudari Rogayah atau Izzati boleh membetulkan kefahaman diri ini.
Secara definisi mudahnya, lestari bermaksud kita menggunakan sumber yang ada di sekeliling kita secara optimum tetapi tidak menafikan hak generasi akan datang. Sebagi contoh, kita menggunakan kayu kayan dan juga hutan untuk pembangunan tetapi dalam masa yang sama kita mencari jalan supaya generasi akan datang dapat juga mengecapi sumber tersebut. Langkahnya ialah menanam semula pokok2.
Mengamalkan kehidupan lestari dapat mengelakkan gejala yang tidak sihat. Stress merupakan salah satu tanda kita sebenarnya tidak mengamalkan kehidupan lestari.
Contohnya dari segi Ekonomi. Apa yang dikatakan kita lestari dari segi ekonomi? Kita lestari dalam ekonomi apabila kita berjaya menguruskan kewangan dengan bijak. Dari konteks pelajar, pinjaman PTPTN atau biasiswa sepatutnya diuruskan dengan baik supaya duit itu mencukupi sehingga akhir semester. Yang biasanya berlaku, di awal sem( ketika duit baru masuk), kehidupan pelajar cukup mewah. Setiap hari makan makanan segera, menukar model handphone, membeli belah x ingat dunia dan sebagainya. Akhirnya di akhir sem, dah pokai. Makan meggi sahaja untuk menampung kehidupan. Alangkah tidak lestarinya kita.
Baru- baru ini kita ada mendengar rungutan pelajar tentang ketidakcukupan wang untuk menampung perbelanjaan di universiti. Kebanyakan harga barangan sudah naik tetapi kadar biasiswa masih di takat 5 tahun dahulu. PTPTN contohnya, masih RM3500 semester. Ditolak yuran pengajian, yuran kolej dan sebagainya,baki yang tinggal hanyalah beberapa ratus. Secara logiknya, memang tidak mencukupi untuk menampung hidup selama enam bulan.Dengan bukunya, fotostatnya, makan minum. Itu belum ditambah dengan belanja top up dan juga petrol. Sesekali membaiki kenderaan yang meragam.. Jadi ada beberapa usul supaya PTPTN dinaikkan kadarnya (cth; RM5000). Tetapi masalah yang dapat dilihat dari segi masa panjang, pelajar akan menghadapi risiko yang lagi besar untuk menjadi graduan yang berhutang( hutang yang lagi besar).Mana mungkin dapat kita merealisasikan kehidupan lestari kelak? Kenapa tidak kita usulkan supaya kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar ( seperti satu pihak pernah menjanjikan dulu) ? Jadi,kadar PTPTN tidak perlu dinaikkan. (hehe…macam senang jer-sekadar lontaran). Sebenarnya dalam Islam,lestari memang ditekankan. Kita ada satu istilah iaitu “Wasatiah” iaitu kesederhanaan. Inilah sebenarnya jalan terbaik untuk mencapai Kehidupan Lestari. Betapa sesuainya Islam itu, bersesuaian dengan fitrah manusia. “Islam is my waf of Life”…bersambung di siri 2.

0 comments:
Post a Comment