..Mengoptimakan sinergi GERAKAN MAHASISWA ke arah merealisasikan IMPIAN MAHASISWA.. ..dari MAHASISWA untuk MAHASISWA.. ayuh!!! bersama realisasikan misi ::KAMPUS MILIK MAHASISWA::

KALENDAR 2009

Monday, August 25, 2008

petikan BERITA HARIAN, 23 OGOS 2008

Denda lewat bayar yuran UPM membebankan

SAYA adalah pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), ingin meminta pengurusan universiti terutama Bahagian Hal Ehwal Pelajar memberi perhatian terhadap masalah yang timbul membabitkan pelajar.

Untuk pengetahuan, sistem baru yang diperkenalkan Bahagian Bendahari dilihat kurang mesra pelajar. Ini berlaku apabila pelajar gagal menjelaskan yuran pada masa ditetapkan Bendahari, denda yang dikenakan terlalu tinggi.

Denda RM600 yang dikenakan cukup membebankan pelajar dan mereka yang terbabit tentu mempunyai masalah tersendiri sehingga lewat menjelaskan yuran.


Mengenai sistem pengurusan kolej kediaman UPM, pelajar yang memasuki semester kedua pada akhir tahun perlu memperbaharui kad letak kenderaan sedangkan tempoh kad berkenaan untuk setahun. Caj pula dikenakan untuk memperbaharui kad itu dan ini membebankan pelajar.


Selain itu, harga makanan di kafe kolej kediaman juga tidak berpatutan, harga nasi ayam di kafe kolej ialah RM3.80 berbanding RM3 di luar kampus. Mengapa harga makanan di kolej terlalu mahal.

MAHASISWA UPM,
Tampin, Negeri Sembilan.

Tuesday, August 19, 2008

angin perubahan..

angin perubahan yang mula mendesir di kampus upm kelihatan lemah dan sayu... gelombang oren yang sedikit demi sedikit mengambil tempat di ceruk-ceruk kampus masih tidak jelas arah dan halatujunya. akan sepikah angin2 yang hanya menjenguk kampus secara sipi2 itu..

gendang pilihanraya kampus mula berdetak perlahan membawa kepada kemuncak dengan pembubaran mpp yang bakal berlaku bila2 masa dari sekarang. namun, yang masih menjadi teka-teki, siapakah yang akan menjadi pemukul gendang. apakah pro-aspirasi yang akan mencorak suasana dengan ngauman "harimau maut", atau akan dikepalai oleh gelombang oren barisan pro-mahasiswa yang baru mengorak langkah di kampus upm. atau dijuarai oleh pmiupm selaku penentang tradisi bagi pro-aspirasi?

segala-galanya masih menjadi tanda tanya yang belum pasti selagi pembubaran mpp masih tidak berlaku. desir-desir yang kedengaran tidak memberikan suatu kepastian...angin perubahan yang berlaku dalam arus politik negara tidak mampu menembusi tembok kampus UPM...

Sunday, August 10, 2008

pro-m..meneraju perubahan

Pro mahasiswa bukanlah sebuah persatuan atau pertubuhan pelajar, tetapi pro mahasiswa adalah suara bersama pelajar atau mahasiwa yang berkesedaran tentang perlunya suatu pendirian atau prinsip yang mendokong supaya mahasiswa di mana-mana IPT dijenamakan semula bagi memenuhi keperluan kepemimpinan negara dan masyarakat.
Pro mahasiswa merupakan suatu pakatan yang terdiri daripada persatuan-persatuan atau mana-mana individu yang menyokong satu usaha menuntut hak mahasiswa di kampus dan usaha untuk melahirkan golongan mahasiswa yang berkaliber, berakhlak mulia, berani bersuara dan mampu membawa negara ke mercu jaya pada masa akan datang.

Thursday, August 7, 2008

kitar hidup mahasiswa



penat mengejar ikhtiar, bimbang kaki tersadung di lorong kecil..

aku melihat satu-satu tingkah, gaya, pesen ,mahasiswa yang keluar masuk di pintu SS itu. ada yang berdua, bertiga, berlima dan ada juga yang seorang. tidak termasuk pelajar asing yang bilangannya saban tahun meningkat. al maklumlah universiti ini dalam usaha menghasilkan nisbah 1:1 bagi pelajar degree dan post-degree. lantas aku terfikir apa sebenarnya kitar hidup kita sebagai mahasiswa.

yalah, bangun pagi mandi, solat subuh, breakfast, ke kelas. pastu assignment, lab report, ujian, jumpa lecturer (kadang2), beriadah, makan malam, ulangkaji dan tidur. begitulah saban hari. satu rutin yang telah ada skema. saban hari, minggu, bulan, tahun.. hingga habis pengajian 3, 4, (5?) tahun..

hmm, kalau begitulah gamaknya, apa beza kita dengan
zaman sekolah? dimana hebatnya istilah menara gading yang menjdi kebanggaan? apa taraf peningkatan institusi pengajian tinggi? apa pula beza pelajar dan mahasiswa? aku kecewa lantas mengerti.

tidak kusangka rupanya kehebatan istilah mahasiswa begitu ditakuti segolongan pihak. yelah, ikut hati mati, ikut iman aman, ikut nafsu lesu, ikut mahasiswa? bergoncanglah dunia!. tidak dinafikan akhir2 ini gelombang kebangkitan mahasiswa yang sudah punya kesedaran untuk menentang kebobrokan yang ada. mahasiswa kini sudah tahu untuk bersuara dan membela masyarakat.


sejak zaman DSAI lagi suara mahasiswa sudah bisa mendesingkan telinga pemimpin atasan dan mamapu menyelinap masuk ke mesyuarat2 tertinggi parti politik. hebat juga ya..

paling menyedihkan istilah mahasiswa di kad matrik pelajar telah ditukar kepada pelajar.. alangkah huduhnya...

(dipetik dari http://kafalifmim.blogspot.com)

Sunday, August 3, 2008

Anti-intelektualisme


Oleh: Hazirah Hussin

Sedikit perkongsian apa yang diperolehi ketika konvensyen MPP 20 IPTA baru-baru ini.

Satu lagi “isme” baru yang melanda masyarakat terutamanya golongan pelajar atau mahasiswa. Sekali lagi, isu ini bukan isu baru tetapi mula di beri nama yang ‘cantik’. Apabila disebut intelek, focus kita adalah lebih kepada golongan yang bijak pandai atau ahli akademik. Intektualisme merujuk kepada semua aktiviti yang menjurus kepada perkara yang melibatkan akademik atau bersifat sesuatu yang bijak pandai. Seperti mentelaah, perbincangan, SCL, analisis, kaji selidik, pembacaan, penaakulan, penulisan tesis dan sebagainya. Tetapi apabila diberi tambahan “Anti” di hadapannya, maknanya akan berubah menjadi sebaliknya.

Cirri-ciri pelajar dilanda “virus” ini ialah:

  • Lebih sukakan hiburan
  • Lebih berminat dengan carnival,konsert, membeli-belah
  • Suka berpesta dan keraian berlebihan
  • Tidak minat aktiviti percambahan minda dan bersifat akademik
  • Pergaulan bebas yang keterlaluan
  • Malas berpersatuan akademik

Dan beberapa ciri lain lagi. Jika disemak semula, segala ciri ini boleh disimpulkan menjadi satu perkataan mudah iaitu “hedonism” ( satu lagi spesies isme). Hedonism bermaksud satu gejala atau fenomena ketaksuban yang melampau seseorang atau golongan terhadap hiburan.

Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan pelajar atau mahasiswa boleh terperangkap dalam “anti-intelektualisme” ?

Golongan bergelar mahasiswa sepatutnya golongan yang mencintai ilmu dan taksub kepada aktiviti bersifat akademik dan percambahan minda. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. ( tidak semua).

Jawapan yang mudah..

Persekitaran mahasiswa itu sendiri yang menggalakkan fenomena ini berlaku. Ya, kita tidak boleh menyalahkan pelajar itu semata. Harus dilihat dari pelbagai aspek dan juga pelbagai pihak. Pada pandangan peribadi, suburnya gejala ini adalah bermula atau bercambah di kampus sendiri. Mungkin bukan di sini ia bermula tetapi kampus menjadi satu medium yang penuh “nutrient” dan “zat” yang diperlukan oleh anti-intelektualisme ini hidup subur dan membaka-biak.

Lihat saja di kampus. Apa yang tidak disediakan?Minggu pertama kemasukkan sahaja, pelajar didedahkan dengan pelbagai cheers, malam tunas budaya, malam tradisi kolej dan sebagainya. Kemudian di sambut pula dengan senior yang memperkenalkan pelbagai suasana baru. Tempat membeli-belah. Pesta sana-sini. Jom heboh merata negeri, konsert penyanyi itu, penyanyi ini, pementasan musical, tayangan gambar percuma. Wah, belum sebulan berlalu, sudah arif semua.

Pihak pengurusan kolej dan university pula menabur baja. Pelbagai aktiviti hiburan yang disembunyikan di bawah nama “kebudayaan” diperkenalkan. Tarian, teater sudah hidanagn wajib bagi setiap kolej. Setiap minggu ada sahaja pertandingan yang diadakan. Setiap kali program rasmi kolej, tarian juga menjadi hiburan.

Pendek kata aktiviti hiburan memang subur di mana-mana kampus.

Mana mungkin pelajar tidak dilekakan dengan anti-intelektualism jika pihak kampus sendiri yang membuka seluas ruang untuk pelajar.

Mana mungkin terhasilnya bayang yang lurus jika kayunya bengkok.

Mana mungkin……

Saturday, August 2, 2008

tinta moderator

salam perjuangan mahasiswa...

mahasiswa.. istilah yang begitu membanggakan dan gah di mata masyarakat
namun mengapa istilah ini begitu menakutkan bagi sesetengah pihak?
zaman kebangkitan mahasiswa, suara mahasiswa, gerakan mahasiswa, keberanian mahasiswa.. begitu lantang akhir-akhir ini..

ya! kitalah itu .. MAHASISWA..
yang bisa menggoncang negara
dengan idea yang bernas
bicara yang tegas dan tuntas
kepimpinan yang ideal

teruskan langkah wahai mahasiswa
dunia menantimu..

inert
moderator

Friday, August 1, 2008

Sustainable development@ Pembangunan Lestari

Oleh: Hazirah Hussin

( Siri 1) Lestari @ Wasatiah

Apa itu pembangunan lestari? Diri ini mula tertarik dengan isu ini bila berjumpa dengan sahabat sefikrah dari USM. Isu ini sudah agak lama sebenarnya. Cuma kurang diberi perhatian oleh banyak orang. Bila bercakap pasal pembangunan lestari, biasanya ia terbahagi kepada 3 aspek iaitu lestari dari segi:

1. Ekonomi

2. Persekitaran

3. Sosial

Mungkin diri ini bukan orang yang arif atau sesuai untuk membicarakan tentang isu ini. Tetapi, sekadar perkongsian apa yang difahami sepanjang sehari membincangkan bab ini. Ya, mungkin saudari Rogayah atau Izzati boleh membetulkan kefahaman diri ini.

Secara definisi mudahnya, lestari bermaksud kita menggunakan sumber yang ada di sekeliling kita secara optimum tetapi tidak menafikan hak generasi akan datang. Sebagi contoh, kita menggunakan kayu kayan dan juga hutan untuk pembangunan tetapi dalam masa yang sama kita mencari jalan supaya generasi akan datang dapat juga mengecapi sumber tersebut. Langkahnya ialah menanam semula pokok2.

Mengamalkan kehidupan lestari dapat mengelakkan gejala yang tidak sihat. Stress merupakan salah satu tanda kita sebenarnya tidak mengamalkan kehidupan lestari.

Contohnya dari segi Ekonomi. Apa yang dikatakan kita lestari dari segi ekonomi? Kita lestari dalam ekonomi apabila kita berjaya menguruskan kewangan dengan bijak. Dari konteks pelajar, pinjaman PTPTN atau biasiswa sepatutnya diuruskan dengan baik supaya duit itu mencukupi sehingga akhir semester. Yang biasanya berlaku, di awal sem( ketika duit baru masuk), kehidupan pelajar cukup mewah. Setiap hari makan makanan segera, menukar model handphone, membeli belah x ingat dunia dan sebagainya. Akhirnya di akhir sem, dah pokai. Makan meggi sahaja untuk menampung kehidupan. Alangkah tidak lestarinya kita.

Baru- baru ini kita ada mendengar rungutan pelajar tentang ketidakcukupan wang untuk menampung perbelanjaan di universiti. Kebanyakan harga barangan sudah naik tetapi kadar biasiswa masih di takat 5 tahun dahulu. PTPTN contohnya, masih RM3500 semester. Ditolak yuran pengajian, yuran kolej dan sebagainya,baki yang tinggal hanyalah beberapa ratus. Secara logiknya, memang tidak mencukupi untuk menampung hidup selama enam bulan.Dengan bukunya, fotostatnya, makan minum. Itu belum ditambah dengan belanja top up dan juga petrol. Sesekali membaiki kenderaan yang meragam.. Jadi ada beberapa usul supaya PTPTN dinaikkan kadarnya (cth; RM5000). Tetapi masalah yang dapat dilihat dari segi masa panjang, pelajar akan menghadapi risiko yang lagi besar untuk menjadi graduan yang berhutang( hutang yang lagi besar).Mana mungkin dapat kita merealisasikan kehidupan lestari kelak? Kenapa tidak kita usulkan supaya kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar ( seperti satu pihak pernah menjanjikan dulu) ? Jadi,kadar PTPTN tidak perlu dinaikkan. (hehe…macam senang jer-sekadar lontaran). Sebenarnya dalam Islam,lestari memang ditekankan. Kita ada satu istilah iaitu “Wasatiah” iaitu kesederhanaan. Inilah sebenarnya jalan terbaik untuk mencapai Kehidupan Lestari. Betapa sesuainya Islam itu, bersesuaian dengan fitrah manusia. “Islam is my waf of Life”…bersambung di siri 2.
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox