1)Menggabungkan kelompok mahasiswa UPM di bawah satu agenda perjuangan
2)Memperjuangkan hak-hak mahasiswa khususnya di UPM
3)Melahirkan mahasiswa beridealis dan berakhlak mulia
4)Memberikan kesedaran tentang tugas mahasiswa sebagai suara kepada masyarakat.
KALENDAR 2009
Saturday, September 20, 2008
Friday, September 5, 2008
Jejak-jejak Pro-M
Jejak-jejak Pro-M di UPM mula menampakkan jejaknya…JEJAK PRO-M UPM adalah risalah bersiri terbitan pakatan Pro-Mahasiswa UPM yang mula diedarkan sejak seminggu yang lalu. Antara kandungan utama JEJAK PRO-M UPM adalah hal-hal kemahasiswaan dalam usaha membangkitkan sensitiviti sebagai seorang pelajar di kalangan mahasiswa UPM. Squad Pro-M melihat kelesuan suasana politik di UPM berpunca daripada mahasiswa yang hanya berfikiran exam-oriented dan memikirkan hal akademik semata tanpa mempedulikan permasalahan lain di sekeliling mereka..namun...kehadiran JEJAK PRO-M bakal merubah suasana...
Thursday, September 4, 2008
Falsafah Gerakan Mahasiswa
‘belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak maju tanpa pemimpin pengalaman(mencabar) dan terpelajar’Ungku Aziz
Gerakan pelajar merupakan satu gerakan yang dipelopori segolongan anak muda yang menuntut di universiti. Gerakan pelajar muncul apabila ketidak-adilan sosial yang berlaku dalam masyarakat termasuk tribulasi dalaman yang dilakukan oleh penguasa universiti. Akibat tekanan yang hebat, mahasiswa telah mengambil langkah drastik bagi menonjolkan protes mereka melalui demonstrasi jalanan. Mahasiswa mempunyai falsafah perjuangan yang tersendiri berasaskan kesedaran dan kepekaan dalam permasalahan politik dan isu massa negara.Menurut Mohamad Abu Bakar, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi dari status mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan situasi mereka sebagai kumpulan individu yang seringkali terdedah kepada dunia semasa. Elemen ini memberi kesan kepada kehidupan mereka di dalam masyarakat khususnya di kampus.
Labels:
Isu Mahasiswa
Subscribe to:
Posts (Atom)